Monday, 31 December 2012

hope that i can understand it =)


بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH, syukur atas segala nikmat yg ALLAH kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam ke atas jujungan besar kita, NABI MUHAMMAD SAW dan juga ke atas ahli keluarganya.

Semalam, my only sister balik rumah saya, sekali dgn familinya. Hari ni, anaknya yang sulung (Muhammad Ashraf) yang belajar di Sekolah Rendah Sri al-Amin, Bangi akan mendaftar di Maktab Mahmud Alor Setar. Insya-ALLAH.. dah besar dah sekarang. Teringat dulu-dulu masa dia kecik2 lagi. Dok suap dia makan nasi, mandikan dia, bawak jalan2 naik moto dan macam2 lagi la.. tapi sekarang, dah besar dah. =) dia pun dah nak sama tinggi dah dengan saya yang tak berapa nak tinggi ni.. hehe


tengok..dulu kecik lagi..dok main buai lagi..hehe..


Masa dia dapat tawaran maktab Mahmud tu, kakak ada hantar mesej pada saya. Katanya,

“Ashraf dah dapat maktab Mahmud. Dia nak pi. Kak pulak, sedih dan berat hati nak tinggal dia jauh2.”

Jangan cakap kakak je yang sedih dan berat hati.. saya pun sama. Saya rasa dia macam budak kecik lagi. Macam perlu diberi perhatian lagi. Macam kena buat macam2 lagi kat dia. Rasa macam dia tak pandai nak urus diri lagi. Risaunya saya bila memikirkan dirinya yang akan berjauhan dari mama dan babanya, hanya ALLAH yang tahu. Hakikatnya, usia yang semakin hari, semakin sikit ini lah yang akan mendewasakan dirinya, mematangkan fikirannya. Macam2 saya pesan pada anak buah saya seorang tu. Pilih kawan, belajar rajin2, jangan lupa call mama dan baba, jaga kebersihan, jaga kesihatan, usrah jangan tinggal dan macam2 lagi lah. Sampaikan kadang2 saya rasa macam saya pulak yang jadi ibunya..hehe..

~~terdetik di hati saya. Mungkin masa saya nak masuk form 1 dulu, mak ayah saya pun fikir macam tu. Rasa macam saya ni kecik lagi. Diorang pesan macam2 kat saya. Ada jugak saya terfikir, kenapa ea mak ayah selalu pesan dan cakap perkara yang sama.? Kini, saya mengerti. =) kalau saya sebagai ibu saudara pun risau macam2 bila memikirkan Ashraf, kakak saya yang sememangnya ibu kandungnya, lagi lah berganda2 risaunya. Saya cuma mintak ALLAH pelihara anak2 buah saya dari perkara2 yang tidak baik untuk diri mereka, mintak ALLAH kurniakan hati dan akal yang benar2 berfikir dalam melakukan sesuatu perkara.


Sedihnya saya bila fikir anak buah saya yang jauh dari kakak dan abang ipar saya. Kadang2, rasa macam Ashraf tu anak saya pun ada.. hehe.. cantik sungguh kejadian yang ALLAH jadikan. Dititipkan naluri keibuan dalam hati seorang wanita. Walaupun ada naluri keibuan (mungkin laa..hehe), tapi saya tak bersedia lagi utk jadi seorang ibu..hehe.. sekali baca statement tu, macam nak kahwin dah pun ada..haha… tapi tu bukan point saya. Nak cakapnya kat sini, saya tak lepas lagi part pembinaan individu muslim dalam diri saya. Jadi, macam mana saya nak bina baitul muslim..? kan..? betul tak..? ke saya salah tafsir..? hee.. =) moga2, usia yang ALLAH kurniakan untuk saya, saya dapat gunakan untuk terus perbaiki diri saya dan mematangkan pemikiran saya.. ameen3..

Sebagi kesimpulannya, kini saya semakin mengerti kenapa seorang ibu dan ayah tu fikir macam2 bila anak2 jauh dari mereka. Mak selalu cakap,

“kita tak kan faham macam mana hati seorang ibu sampailah kita ada anak sendiri..”




mungkin apa yang saya rasa itu tidaklah sama seperti apa yang emak dan kakak saya rasa, sebab mereka sememangnya dah bergelar ‘ibu’. Tapi, apa yang saya harapkan untuk diri saya, saya akan bertambah faham kenapa emak buat macam tu, kenapa emak buat macam ni. Salah satu impian saya, saya nak jadi anak yang mampu membahagiakan emak dan ayah di dunia ini dan di akhirat sana.. ameen3.. moga ALLAH beri kekuatan pada saya untuk terus perbaiki diri dan menjadi anak yang solehah.. amen

Wallahu'alam.. sekian saja utk kali ini.. ;) wassalam.. lots of luv.. <3 ^_^


Monday, 24 December 2012

exam mood =)


بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH, syukur di atas segala nikmat yg ALLAH kurniakan pada diri ini. Masih lagi diberi modal usia dan kesihatan, dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dan segala nikmat yg terlalu banyak dari ALLAH hatta nikmat untuk menggerakkan jari untuk menaip entri ini dan kerlipan mata untuk menghadap laptop. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita NABI MUHAMMAD sollallahu’alaihiwasallam dan juga ke atas ahli keluarganya.

Currently, saya ada di kampung. =) balik untuk study week. =) dok buka balik video2 lama, tengok apa yang ada. And finally, I found and watched Aiman Azlan’s video which is “why we SHOULD NOT CHEAT on EXAMS..?” he is a famous vlogger and blogger ~maybe~ hee.. it’s really interesting since I’m now in the exam mood. =) kepada sesiapa yang tak tengok lagi video tu, boleh klik link ini. =)


ni orangnya.. Aiman Azlan. now, beliau di Toronto

Berdasarkan video Aiman Azlan tersebut, menipu time exam adalah masalah global. And it means that, ianya merupakan masalah yang besar. Dan sebagai seorang MUSLIM, satu perkara yang mesti kita tahu adalah:

“menipu sewaktu peperiksaan berkait rapat dengan keJUJURan dan AMANAH pada diri sendiri dan juga keBERKATan dalam hidup”.. =)

Kata Imam al-Ghazali :

“perkara yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH”..

Jangan kita ingat amanah tu bila kita jadi bendahari ja.. hee.. =) kuku, rambut, suara, air liur, bulu roma yang kita ada ni dan macam2 lagi, semuanya adalah amanah dari PENCIPTA kita. =)
Kenapa ya kita tak boleh menipu time exam..??? =) jom baca kat bawah ni berdasarkan apa yang Aiman Azlan cakap dan ditambah sikit2 oleh saya.. ^_^

1. ALLAH SWT memberi ganjaran untuk usaha kita, bukannya result yang kita dapat. =)

Sebagai seorang MUSLIM yang berpegang pada Ahli sunnah wal jamaah, kita wajib tahu bahawa “manusia berusaha, ALLAH yang tentukan”. Jadi, usaha itu adalah hak kita, kejayaan itu adalah hak ALLAH. So, we’ve choice right..? kita ada pilihan untuk berusaha dengan bersunguh-sungguh ataupun tak. ALLAH akan memberi ganjaran berdasarkan usaha kita.

ALLAH dah berfirman dalam Al-Quran (13 : 11) ;

“ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”..

kalau kita usaha sungguh2 dah tapi tak dapat jugak A tu, it’s doesn’t matter. =) analogi : MUSLIM yang tengah berperang dekat GAZA sana nuu.. how hard they are..??? tapi, kejayaan untuk mereka (mungkin jugak kita) tu, ALLAH tak bagi lagi. See.. =) we should try our BEST.

2.  Kita tak boleh control keputusan yang kita dapat, tapi kita boleh control usaha kita. =)

Kita boleh pilih untuk baca dan study before masuk exam tapi kita tak boleh pilih untuk dapat A tau pun tak sebab seperti yang telah ditulis kat atas, kejayaan itu ALLAH yang punya. Bukan kita punya. Sebagai analoginya, kita tanam pokok mangga. Kita ada pilihan untuk usaha jaga pokok tu atau pun tak. Kita boleh usaha dengan cara siram air, letak baja, pastikan tanah tu sentiasa ada nutrient yang sepatunya untuk pokok tu dan segala macam yang kita boleh usaha, tapi…….. penghujungnya, boleh kah kita pasti kan yang pokok mangga tu benar2 akan membesar dengan jayanya..? menghasilkan buah yang banyak..? tak boleh kan..?? =)

Sebagai analogi lagi, cuba kita singkap kembali sirah para Anbiya’, bagaimana NABI NUH a.s berdakwah kepada umatnya..? berapa lama Baginda berdakwah..? 950 tahun..!! lama kan..? orang utara kataa, “lama gila”.. hee.. =) betapa bersungguh-sungguhnya Baginda berusaha tapi penghujungnya…….?? ALLAH tak murka pun bila Baginda gagal menarik ramai manusia untuk kembali kepada ALLAH. sebab hidayah tu milik ALLAH.

3.  We want to EARN that A man..!! (nada : macam Aiman Azlan cakap.. hee)

If kita dapat A dalam subjek yang kita menipu time exam tu, dengan bangganya kita tunjuk kat parents kita A yang kita dapat tu. Kononya, itu adalah usaha kita. Jom tanya diri, “usaha aku ke ni”..?? kesalahan pertama, kita menipu ibu bapa kita. Ketahuilah, dengan A yang kita dapat tu lah, kita akan graduate, then dapat kerja hasil “usaha yang tak betul” and lastly, we will earn what we get for ourselves and our FAMILY seacara haram tanpa kita sedar. Jom sama2 kita fikir untuk jangka masa yang panjang.. =) bukan untuk grad semata2, bukan untuk orang cakap kita ni pandai. =)

Siapa kenal Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud? Alaaa.. yg selalu masuk tv tu.. beliau selalu jadi moderator untuk rancangan2 ilmiah di TV1.. beliau pernah pesan kepada saya dan sahabat seperjuangan, “jangan kerana sebuah kebahagiaan, sanggup kita lacurkan sebuah kejujuran..”

Ustaz Mohd Hariri. salah seorang trainer di JAKIM

Pesan saya, pada diriku terutamanya dan juga sahabat2, jangan kerana untuk dapat pointer 3.0 above, sanggup kita gadaikan kejujuran dalam diri kita..” hidup ini adalah pilihan. Pilihlah yang terbaik untuk diri kita sendiri dengan meminta petunjuk dari ALLAH, jalan yang membawa diri ke neraka atau jalan yang membawa diri ke syurga.. Ingin juga ku berpesan lagi kpd diriku dan juga sahabat2, sama2lah kita jadikan solat sunat istikharah itu sebagai amalan yg lazim dalam hidup kita. Jangan bila nak kahwin, baru nak solat istikharah..hehe..

~dari hati yang tulus dan sebenar2nya, sama2lah kita memperingatkan diri kita sendiri, “kalau kita ada rasa nak menipu time exam, tak kisahlah dgn apa cara sekalipun, tolong jangan libatkan orang lain dan tolong JANGAN tarik orang lain untuk sama2 buat salah dan tanggung dosa. Dan tolonglah sama2 kita hormati hak orang lain untuk jawab exam dengan lapang dada dan tenang tanpa sebarang gangguan.” tak nak la kan, nanti ada pulak yang cakap2 belakang seperti :
“kedekut la dia ni. tanya sikit pun tak boleh..”
“Berlagak baik la pulak minah ni..”

Selamat study kpd sahabat2 yang akan mengahadapi apa jua jenis exam. Dan moga2 kita mendapat KEJAYAAN YANG BERKAT.. ^_^

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg
terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya
 seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang
 akan memberi peringatan."

(Al-Imam Hassan al-Basri)"

Ampun maaf dipinta andai entri ini ada membuatkan jiwa dan hati yang terluka. Sesungguhnya, entri ini ditujukan jugak kepada diri ini terutamanya. Segala kelemahan itu adalah dari diri saya, dan segala kelbihan itu adalah dari ALLAH SWT. Wallahu’alam. Wassalam. (panjang la pulak entri kali ni..hee)







Friday, 21 December 2012

pelembut jiwa


بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH, syukur atas segala nikmat yg ALLAH kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam ke atas jujungan besar kita, NABI MUHAMMAD SAW dan juga ke atas ahli keluarganya.

Hari ni, hari last untuk sem nie. Yeayyyy..!!!! hee.. semalam saya dah submit report terakhir utk sem ni and seat for the last test for this semester. Heavennya rasa…Hehe.. tapi semua itu hanyalah untuk sementara. =) pesan sahabatku, “seorang Muslim itu tiada waktu untuk dibuang begitu sahaja..” lepas ni, Insya ALLAH, saya akan menduduki final exam yang akan start pada 7 januari 2013 nanti. Doakan saya.. =)



Insya ALLAH, malam ni saya akan bertolak pulang ke kampung pada pukul 10 malam. Doakan saya moga ALLAH pelihara perjalanan saya untuk bertemu dgn mereka2 yang saya rindu sangat2. Can’t wait for that precious moment. Moga ALLAH panjangkan umur saya. =)

Insya ALLAH, saya bercadang bila sampai kampung nanti, saya nak pergi tempat pelembut jiwa. Nak “jumpa dia”. Tau tak tempat pelembut jiwa tu apa..? =) itu adalah kubur. Bakal menjadi tempat persemadian diri saya nanti. =) “jumpa dia” tu merujuk kpd saya nak ziarah arwah ayah saya. Ya ALLAH.. betapa saya rindukan tempat itu dan ayah saya. =)

Percayalah, kubur adalah salah satu tempat yang mampu melembutkan hati kita yang keras (dgn izin ALLAH). Dulu, saya jarang ziarah kubur. Kalau lalu tepi kubur, tak rasa pun “aura” takut dan insaf tu. Tapi, bila ayah dah tak ada, setiap kali saya lalu tepi kubur, rasa mcm satu perasaan yang lain sangat.  Perasaan yang tak dapat digambarkan. ALHAMDULILLAH, ALLAH uji diri saya dgn pemergian ayah yang tersayang. Dgn ujian yg ALLAH berikan itulah, ianya mampu menjentik hati saya yang semakin hari semakin lalai untuk mengingati mati. Bersediakah saya..?? ya ALLAH…



Moga2 ALLAH izinkan saya untuk ziarah tempat pelembut jiwa itu dan “bertemu dengan dia”.. dan moga2 kalau saya diberi kesempatan itu, ziarah itu mampu melembutkan jiwaku yang semakin hari semakin lalai. T_T
Wassalam.

Friday, 14 December 2012

plan kita semua.... =)


BISMILLAH….
ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH atas segala nikmat yang dikurniakan kepada diri ini. Masih diberi peluang untuk bernafas hingga saat ini, dalam keadan diberi nikmat iman dan ISLAM.. selawat dan salam untuk junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW dan juga ke atas ahli keluarganya.
Sekarang saya tengah ada discussion untuk presentation sensori analysis next week. Salah satu subjek yang saya ambil untuk semester ni. It’s really interesting. It’s all about tasting all types of foods. Tiap-tiap minggu masuk lab , ada rasa-rasa makanan. Hehe. Memang tak kenyang pun sebab rasa air je. Rasa roti dengan varities of jam.  Tapi, bersyukurlah duhai diri. Masih lagi diberi nikmat deria rasa. Kalau tak ada deria rasa, macam mana tu..? kan susah nak masak nanti untuk family tersayang.. hehe.. (macam la rajin dan pandai masak sangat..hee.. =D)

Plan asalnya, nak start pukul 9am.. tapi tak boleh start lagi disebabkan soft copy proposal yang sahabat saya buat tu “terdelete” tanpa sengaja. So, kena tunggu saya punya teammate pegi ambik kat lecturer.. hee.. lagipun, before discussion ni, saya memang lambat pun.. sebab nak mandi kat rumah tu, ada satu bilik air je. Kena tunggu turn pulak..hehe.. sepatutnya saya pilih untuk mandi awal tapi tu la kan.. saya pilih untuk mandi lambat.. so, saya da lambat untuk discussion dan secara tak langsung bagi effect kat teammates saya yang lain.. maafkan diriku.. ^_^

Dalam al-Quran, ALLAH ada sebut :

“kita merancang, ALLAH juga merancang. Tapi, ALLAH adalah sebaik2 perancang”..


Kadang2, apa yang kita rancang tidak menjadi desebabkan beberapa factor dan salah satunya adalah diri kita sendiri. Memang ALLAH dah tetapkan segalanya untuk kita. Tapi we’re given choices.

Contohnya, kita akan menghadapi exam.. tak kisah la final exam ke, mid-term exam ke tau test yang biasa2, yang selalu lecturer buat tu. Hehe.. So, kita ada pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh atau tak bagi menghadapi exams tersebut. bila keluar result, result yang kita dapat tu tak berapa nak baik.. tak sampai pun target kita. Jadi, dengan mudahnya, kita cakap, “ALLAH dah takdirkan aku dapat result macam ni..”.. mudahnya bila berbicara.. tapi, ada tak kita muhasabah diri kita balik? Usaha yang kita pertaruhkan untuk exam tersebut, cukup ke tak..? usaha yang biasa-biasa atau usaha yang memang bersungguh-sungguh.. if kita dah berusaha bersungguh-sungguh, tapi still tak dapat apa yang kita target, jangalah kita sama sekali berburuk sangka pada ALLAH. Usaha itu hak kita tapi kejayaan itu milik ALLAH. HE do something for something that really precious (dah macam dalam status fb dah..hehe..).

Kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :

“jangan sesekali menghina ALLAH dengan berkata kegagalanmu adalah kehendak dan takdirNYA tatkala anda kurang berusaha, mudah berputus asa dan malas..”



Jom sama2 muhasabah diri kita balik.. ^_^ moga-moga kita lebih berhati2 dalam berbicara. Inginku berpesan pada diriku dan juga sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita lazimkan diri dgn solat sunat istikharah hanya kerana ALLAH.. ketahuilah, setiap hari kita berdepan dengan pilihan. Ke mana langkah kaki kita selepas ini pun, berkaitan dengan pilihan. Apa yang kita nak cakap pun, berkaitan dengan pilihan.. kan..? betul tak..? =)
~jom sambung balik buat keja..hehe.. may ALLAH ease everything.. tanx a lot for everything, my lovely teammates, untuk selama kita bersahabat dan untuk selama kita satu group sensori analisis.. walaupun kadang2, duduk sebelah2 pun tak tau nak cakap apa..hehe.. ^_^ maafkan diri ini selama kita bersahabat, ada perkara yang aku lakukan, tidak menyenangkan hati kamu.. love u a lot.. =) (kadang2, ada rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata2)

Monday, 10 December 2012

kadang-kadang.....


BISMILLAH…

Alhamdulillah, syukur kpd ALLAH atas segala nikmat yang diberi kepada diri ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW dan juga ke atas ahli keluarganya. Terasanak tulis something kat blog ni walaupun banyak kerja yang sedang menanti. =)
Masa saya bangun pagi tadi, tak tau kenapa rasa macam sedih sangat. Macam ada satu perasaan yang tak terluah.


                Kadang-kadang… ada rasa yang tak mampu diluahkan
                Kadang-kadang… ada rasa yang tak boleh diluahkan sewenangnya
                Kadang-kadang… ada rasa yang perlu dipendam
                Kadang-kadang… ada rasa yang perlu ditelan seorang diri
                Sakit…
                Tapi itu lebih baik daripada menyakitkan
                Sedih…
                Tapi itu lebih baik daripada membuatkan insan lain bersedih
                Menangis…
                Menangis dalam hati kadang tak mampu membuang segala rasa itu
                Menangis di bahu manusia lain juga kadang tak mampu menghapuskan duka di hati
                Tapi…
                Menangis pada ALLAH adalah pengubat segalanya
                Pengubat lara jiwa yang terbaik
                Tapi…. Kadang-kadang…..
                Aku malu….
                Malu bila….
                Waktu bahagia dan senangku, aku melupakanNYA
                Waktu sukaku, aku tingalkanNYA
                Namun…
                Waktu susah dan sedihku, tanpa segan silu aku pulang kepadaNYA

Minta segalanya tanpa sedikit pun rasa malu
DIA lah pengubat sakit jiwaku
Ayat-ayatNYA penyemvuh lukaku
Membuatkan jiwaku tenang
Tenang sesejuk air yang mengalir dari sungai yang indah
Ya ALLAH….
Ampunilah segala dosaku
Dosaku melupakanMU
Dosaku meninggalkanMU
Aku bertaubat tapi aku ketawa semula
Ya ALLAH, ampunilah daku
Ya ALLAH, Tuhan yang membolak balikkan hati ini
Tetapkanlah hatiku di atas agamaMU
Ya Allah janganlah Kau pesongkan hati ini sesudah Engkau beri hidayah kepadaku
Hanya padaMu ku tempatku bergantung dan memohon


Kadang-kadang, ada satu waktu tu, kita rasa sedih sangat. Sedih dengan diri sendiri terutamanya. Nak berubah jadi lebih baik tapi tak kuat. Rasa macam alone sangat. Rasa macam semua orang tak pedulikan kita. Tapi, ketahuilah, waktu itu lah peluang terbaik kita untuk kembali kepadaNYA, Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh alam semesta ini. Selalulah kita abaca ayat-ayatNYA dan tafsirnya sekali sebagai pengubat jiwa yang sedang sedih, yang sedang berserabut dan sebagainya. kta macam tak feel je bila tengok movie yang bukan made in malaysia, tak ada subtitle. sebab tak faham.. tapi, ada tak kita kisah bila baca ayat-ayat ALLAH tapi tak faham maksudnya. =)


Teringat saat ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Masa tu rasa sedih sangat-sangat. Sedih yang tak dapat nak diceritakan dan digambarkan. Baca Al-Quran pun asyik menangis je. Baca doa pun asyik menangis je. Sampaikan satu saat tu, sedih sangat-sangat sampai menangis dalam solat. Tapi satu benda yang saya ingat, masa tu bila saya baca Al-Quran, saya jumpa banyak sangat ayat yang berkaitan dengan sakaratulmaut. Saya tau, ALLAH nak pujuk saya. ALLAH nak saya belajar terima hakikat bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. ALLAH nak saya kembali kepadaNYA. ALLAH nak dengar rintihan saya padaNYA. Disebalik kesedihan saya, saya bersyukur sangat-sangat. Hikmah disebalik ujian yang menimpa kami sekeluarga tersingkap sedikit demi sedikit. Ujian dari ALLAH  itu jugalah yang telah mengubah diri saya dalam banyak perkara. ALLAH ambil sesuatu dari kita, tapi DIA gantikan sesuatu kepada kita. Saya sedang merasai “sesuatu” itu. ALHAMDULILLAH. Terima kasih ya ALLAH..


Saya tahu, saya bukanlah sebaik insan-insan di luar sana atau para pembaca entri ini tapi saya cuba kuatkan diri, berubah ke arah yang lebih baik walaupun kadang-kadang saya gagal. Saya tahu, mungkin ramai yang mengejek saya tapi saya tetap kena telan. Hakikat kepada satu perubahan itu adalah kepahitan. Mujahadah itu susah tapi saya tetap kena kuatkan hati walaupun kadang-kadang saya tersungkur dalam langkah saya. Bukanlah niat saya menceritakan segala duka di hati dan segala usaha saya berubah ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan simpati. Cuma berharap ada insan yang mendoakan diri saya agar terus istiqamah, ikhlas dan sabar dengan jalan yang saya pilih ini.



Saya mohon sejuta kemaafan andai entri ini ada membuatkan anda-anda rasa sangat annoying (sebab entri ni lebih kepada luahan hati, ditulis tanpa ada skrip dan lahir dari hati). wassalam.. =)

Sunday, 9 December 2012

How Much Our LOVE?


BISMILLAH..
Alhamdulillah3x… syukur kpd ALLAH atas segala nikmat yg ALLAH bagi pada diri ini. masih lagi diberi peluang untuk merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam kpd Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Alhamdulillah, finally, dapat jugak saya update blog ni setelah lama ditinggalkan..hehe..

Alhamdulillah, pagi semalam (8 dis 2012, 24 muharram 1434H) saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal secara live.. hee..best..plus teruja sebab kali pertama dapat tgk dan dengar secara live. =) kuliah ni diadakan di Masjid Hasanah, seksyen 9 Bandar Baru Bangi, dekat dengan rumah akak saya.

Tajuk kuliah dhuha tu yg sebetulnya,  saya tak pasti pulak..hee.. tapi yang pastinya pasal Hijrah Baginda SAW. Ya ALLAH.  rasa sayu sangat bila dengar kisah hijrah Nabi. Barulah diri ini menyedari, rupa-rupanya masih terlalu banyak yg saya tak tahu dan tak faham tentang hijrah Baginda. T_T insya ALLAH, dengan sedikit kekuatan yang diberi oleh ALLAH, saya nak kongsikan sedikit tentang inti kuliah tersebut. =)
Ada hikmah kenapa Nabi SAW mintak Saidina Ali r.a selimutkan dirinya dengan menggunakan selimut hijau (selimut kepunyaan Baginda) pada malam Baginda keluar berhijrah.


Betapa beratnya dugaan yang Baginda SAW terima semasa dakwahnya. Ketika sujudnya dalam solat, orang2 kafir letak perut unta atas belakang dan lehernya. Pointnya kat sini, perut unta tu sangat berat. Perut lembu pun 3 orang lelaki yang angkat. Inikan pula perut unta yang beratnya perlu 5 orang angkat.

Betapa bercahayanya tubuh badan badan Nabi SAW sehinggakan semasa berhijrah Baginda tidak menggunakan lampu suluh untuk mengelakkan daripada dikesan oleh musuh. Riwayat ada mengatakan tentang dua bayang2 yang kelihatan semasa peristiwa hijrah tersebut. Namun, bayang2 tersebut adalah bayang2 unta dan bayang2 Saiyidina Umar r.a. betapa bercahayanya tubuh Baginda SAW.

Bapa saudara Nabi, Abu Talib selepas menceritakan kepada Baginda SAW tentang rancangan jahat orang2 kafir (masa tu, Nabi dah tahu sebab ALLAH dah bagitau pada Nabi) ada berkata “betapa baiknya Tuhan kamu berbanding dengan Tuhan kami”.. hakikatnya, bapa saudara Baginda tidak menentang dakwah Nabi, tapi satu benda yang kita kena tahu, Hidayah itu milik ALLAH.. tapi kita diberi pilihan dengan cara BERUSAHA. Berusaha utk berfikir dan sebagainya.

Telah diceritakan jugak oleh Ustaz Don masa kuliah tu, Saiyidatina Aisyah r.ha rasa hairan sangat bila tiap2 hari beliau dengar Nabi SAW baca doa agar ditetapkan hati iaitu :
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU)
Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW, kenapa baginda selalu baca doa tu?

Nabi menjawab pertanyaan Saiyidatina Aisyah r,ha dengan satu ayat ALLAH dalan surah ali-Imran ayat 8 yang bermaksud :
(Mereka berdoa): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) sesatkan hati kami sesudah Engkau (Allah) berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat yang langsung daripada sisi Engkau (Allah). Sesungguhnya Engkau (Allah) adalah al-Wahhab (Maha Pemberi).”

Allah dah pesan pada kita, kalau kita dapat hidayah, kita still lagi perlu berdoa dan mintak padaNYA agar ditetapkan hati dlm agamaNYA. Sebab ALLAH maha kuasa dan berhak untuk tarik balik segala nikmat yang DIA bagi pada kita.. “Hidayah” tu nikmat dari ALLAH yang bukan semua orang boleh dapat tau.. =) betul tak..? ^_^

See… Nabi Muhammad SAW yang memang ALLAH dah janjikan syurga, masih amalkan dan mohon pada ALLAH agar ditetapkan hati dalam agamaNYA. Kita yang belum tentu macam mana penghujung hayat kita, lagi2 lah sangat2 digalakkan untuk amalkan dan hayati doa ini. =) kan..? hee.


Ya ALLAH.. rasa sayu dan sebak sangat dengar kuliah tu tadi. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW hanya kerana ALLAH dan sebagai syarat untuk kita layak mendapat syafaat dari Baginda SAW. Allahhumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. akhir kalam, sama2 kita tanya diri kita, sejauh mana kecintaan kita kpd Baginda SAW..tepuk dada, tanya iman. segala kekhilafan dan kelemahan dlm berkongsi entri ini, saya mohon sejuta kemaafan. =)



Monday, 29 October 2012

CANTIK KAN..?? ^_^


BISMILLAH..

Alhamdulillah, hari raya aidiladha dah berlalu.. macam mana raya sahabat-sahabat semua..? =) 

saya ada kisah yang saya nak kongsikan dengan kamu-kamu semua.. ^_^ insyaALLAH, moga ianya memberi manfaat kpd kita semua.. =)


saya teringat kisah sebelum saya ambik tiket untuk balik kampung raya haji baru ni. selalunya, saya akan naik bas A dan turun di stesen bas yang dekat dengan rumah saya.. tapi kalau nak naik bas tu dan turun di tempat saya, tiketnya ada 2 waktu ja.. satu, pukul 10.00am dan lagi satu pukul 10.00pm.. ditakdirkan masa saya nak ambik tiket tu, tiket bas A tu dah abes pada hari yg saya nak balik tu, 24 oktober 2012.. sedihnya saya masa tuuuu.... terpaksalah saya ambik tiket bas lain, bas B.. naik pukul 11.30am dan turun di alor star.. T_T alor star tu dah la jauh dari rumah saya.. sejam jugak la nak sampai alor star tu dari rumah saya.. kecik je benda tu kan..? tapi bukan main lagi saya sedih time tuuu... walaupun sedih, saya cuba untuk positifkan diri yang  semua tu ada hikmahnya..

24 oktober tu sepatutnya saya ada kelas malam tapi sebab semua nak balik kampung, so lecturer cancel kan kelas tu. and of cos la kan kena ada kelas ganti dan saya pulak ada presentation... hehehe.. ditakdirkan lecturer tu pilih nak buat kelas pada 24 oktober, pukul 8.00 hingga 10.00am.. tiket bas saya pukul 11.30am.. see....... cantik kan aturan ALLAH..?? =) ada hikmah disebalik kisah tiket habis tuuu.. hehe.. tiket bas yang pukul 10.00am tu habis tapi saya still sempat gi kelas dan setelkan saya punya presentation by 10.00am.. dan saya selamat naik bas pukul 11.30am dan selamat sampai di kampung halaman..

~jadi...... sebagai kesimpulannya, wajib ke atas kita untuk berbaik sangka pada ALLAH atas apa yang jadi pada diri kita.. kalau kita jadi manusia yang berfikir, kita akan nampak dan dapat hikmah nya.. kan..? hehe.. bukan saja-saja ALLAH nak uji kita melainkan kita ada daya upaya untuk menanggungnya..  ada jugak yang asyik menyesal dengan takdir dan ujian yang ALLAH timpakan pada dirinya.. yang tu terjadi sebab kita gagal untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa berfikir... kan ALLAH dah cakap dalam al-Quran.. =) mooga kita menjadi hamba ALLAH yang redha, bersyukur dan ikhlas dalam menghadapi ujian dariNYA.. =) jom bukak minda sama-sama!! ^_^

Saturday, 20 October 2012

EVALUATION TEST..!! =)


BISMILLAH..

Alhamdulillah, dapat jugak buat entri terbaru setelah sekian lama tak update blog ni.. ^_^ tiada apa yang sy nak kongsikan di sini melainkan kisah dalam realiti hidup kita yang mungkin terjadi pada diri kita sendiri atau pada orang lain atau kita adalah mangsanya.. hehe

Kdg2 kita selalu cari kekurangan org lain tanpa menyedari bhw kita sebenarnya juga punyai kekurangan. Kdg2 krn 1 kekurangan pd ssorang itu, kita dah tak nampak kebaikan seseorg tu..

hari khamis baru2 ni, sy egi bank (luar kampus) utk withdraw duit.. Masa tgh tunggu turn tu, ada sorang lelaki tgh keluarkan duit kat mesin atm.. Berpakaian tshirt pendek dan bseluar pendek yg cukup2 melepasai paras lutut.. Tak ada apa yg t'detik dlm hati, cuma bila pandang dia tu, sy pandang dgn 1 pandangan yg lain mcm.. (a bit -ve may be).. Lps tu dy kluar..dekat luar tu, ada sorang p.cik tngu sambil jaga bekas utk kutipan derma.. Lelaki td tu, terus bg beberapa helaian duit rm10 pd p.cik tu..

~ok..sy sentap! Itu lah yg jd kalau teralu cpt menilai org..

*gedebushhh3x!! muhasabahdiriyangterlalubanyakkhilaf*

Tuesday, 4 September 2012

BARAKALLAHULAKUMA....

BISMILLAH.....

1 september 2012 baru-baru ni, one of my ex-schoolmates masa sekolah menengah dulu kahwin. ^_^ Hanzalah dan isterinya, Khaulah Faizah.. beliau adalah sahabat saya yang kedua yang telah berkahwin. nothing much to say and write here. just pictures.. ^_^


lafaz sakinah


ayah hanzalah, En. Tarmizi dan ayah mertua, en. Rosli


Khaulah Faizah tengah sign surat nikah (kot.. hee.. tak pasti)



sarung cincin



 salam seorang isteri



sampai bila2 pun, kena taat pada ibu. ^_^



mereka sekeluarga



kami.... ex-SMK Agama Sik



sahabat muslimat SMK Agama Sik



masa pi kenduri kahwin ni, rasa teruja dan kagum dengan majlis tu.. simple tapi puas hati. tak ada lagu2 yang melalaikan, lauk pauk pun sederhana (boleh elak pembaziran), pengantin pun simple ja.. pengantin perempuan tak da make up tebal2 pun. segalanya terjaga mengikut syariat ISLAM.. tahniah buat Hanzalah dan isteri, Khaulah Faizah.. moga baitul muslim yang dibina ini bahagia hingga ke syurga, disirami mawaddah dan rahmah.


kami.... kami bertiga.. atikah, fatin dan rasyidah..
friend till jannah.. ameen..

gambar-gambar kenduri kahwin di atas adalah ehsan Afnan Muhyiddin, (^_^) sahabat SMKAS dulu.. photographer profesional ni.. hee.. lepas ni sapa2 yang ada nak buat event dan perlukan photogarpher, boleh la contact dgn mr.afnan.. ^_^



Monday, 3 September 2012

SANAH HELWAH..!!

BISMILLAH.....

lama sudah tak ber'update' blog ni.. ^_^ bulan puasa hari tu memang tak ada update langsung. terlintas dalam hati tu, macam-macam entri nak tulis tapi tak update jugak.. hihi.. macam2 cerita dah terlepas.. pengalaman pertama berpuasa tanpa ayah di sisi, hari raya, ziarah kubur ayah, reunion sekolah, hari lahir diri sendiri and the latest one is my ex-schoolmate's wedding.

masa BW tadi, ada terbaca satu entri ni, pasal MATI.. very interesting. hari lahir saya 26 ogos yang lepas. Alhamdulillah, ALLAH bagi saya peluang lagi untuk merasai segala nikmatNYA yang tak terhitung banyaknya.




Dulu, mak selalu cerita. Tahun 1990, mak tunai haji di mekah dgn ayah.. masa tu, mak ada anak 4 orang, 3 lelaki dan sorang ja perempuan (kakak). Masa mak dgn ayah pi mekah tu, mak memang teringin lagi sorang anak perempuan.. di mekah, mak dgn ayah ambik kesempatan utk berdoa , mintak kat ALLAH, nak lagi soran
g anak perempuan.. tahun 1991, I was born.. Alhamdulillah.. ^_^

ayah pulak selalu cerita pasal nama, macam mana beliau bagi nama pd saya. Dulu, abang sulung minat sangat dgn nama 'Masyitah' tapi mak dgn ayah nak letak nama lain.
Ayah pilih nama 'Rasyidah', yang telah diambil dari surah Hud, ayat 78 : ….'Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?'..
bijak = rasyid.. disebabkan saya perempuan, maka jadilah 'Rasyidah'.. ^_^ selama sy hidup bersama ayah hampir 21 tahun, ayah tak pernah panggil saya dgn nama singkatan seperti 'syidah', apatah lagi dgn gelaran 'adik' dan yang seangkatan dgnnya.. ayah akan panggil penuh nama saya. abg yg second selalu ckp, 'jgn nama ja maksud bijak.. kena bijak betoi2 la'.. whatever it is, sy syg bodyguardS sy.. ^_^

Sungguh, Allah dah ambil 21 tahun dari umur saya. Mesej hari lahir yg diberi oleh sahabat baik saya pada tahun 2009 sampai sekarang, still mesej yang sama tapi sgt mendalam maksudnya : "Semakin meningkat usia, semakin banyak tanggungjawab dan amanah, semakin dekat dengan kematian dan kubur, dan semakin dekat pertemuan dgn ALLAH".. pesanan dan soalan untuk diri saya, "fahamkan betul2 apa itu hakikat kehidupan yang sebenar..hidup bukan sekadar hidup..apa yang saya dah buat untuk agama ALLAH..?"

Friday, 27 July 2012

AJAIBNYA RAMADHAN

BISMILLAH....


Alhamdulillah, tadi lebih kurang pukul 9.40 malam, 26 julai 2012 bersamaan 6 RAMADHAN 1433 H saya telah bersempatan menonton rancangan 'SEMAIS KURMA' yang bertajuk "ajaibnya RAMADHAN'.. tetamu yang hadir adalah Ustaz Haslin dan dua orang mualaf perempuan.

antara yang sangat2 menarik perhatian saya rancangan semanis kurma malam ni adalah :

saya sangat kagum dengan dua mualaf tersebut. betapa mereka begitu teruja dan sangat2 menghargai bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. salah seorang dari mereka ada cakap, beliau paling sedih kalau datang 10 hari terakhir Ramadhan. betapa beliau mengharap agar Ramadhan tak pergi meninggalkannya. betapa mereka berjuang habis-habisan untuk menyempurnakan sebulan Ramadhan, tidak mencari sebarang alasan. betapa mereka menghargai solat tarawih dan sahur. kagumnya saya melihat cara berpakaian mereka. betapa mereka menjaga aurat. seinci lengan pun tak nampak. betapa mereka berusaha bersungguh2 untuk belajar al-Quran. seorang lagi mualaf tersebut ada cakap, "seorang syeikh pernah berkata pada saya, kalau kamu faham Al Quran walaupun sedikit dan melekat di hati, itu lebih baik daripada kamu ingat tapi tak faham dan tak lekat di hati.." sesungguhnya mereka yang mendapat cahaya ISLAM bukan dari keturunan itu sangat menghargai hidayah yang ALLAH bagi pada mereka. ya ALLAH.... Subhanallah....'azim

cuba kita bandingkan dengan diri kita yang memang sejak lahir dah hidup dalam agama ISLAM. macam mana puasa kita? macam mana aurat kita? sedihkah kita apabila RAMADHAN akan pergi meninggalkan kita? ada seorang dari mualaf tersebut menceritakan bagaimana beliau terpaksa bersahur secara sembunyi2 untuk mengelakkan daripada sahabat-sahabatnya yang beragama kristian tahu bahawa beliau telah memeluk agama ISLAM.

ada seorang penonton yang berkongsi pengalamannya tentang BETAPA AJAIBNYA RAMADHAN. beliau merupakan seorang wanita yang telah disahkan oleh doktor bahawa telah menghidap penyakit kanser ovari pada tahun 2001 yang mana penyakit ini menyebabkan beliau SANGAT SUSAH untuk hamil. jadi doktor telah meminta beliau untuk makan ubat kesuburan. setiap kali Ramadhan beliau akan berdoa bersungguh2 pada ALLAH untuk menyembuhkannya bagi mempunyai zuriat sendiri dan beliau sangat yakin dengan kuasa ALLAH. Alhamdulillah, berkat kesabaran beliau, keberkatan bulan Ramadhan dan kuasa ALLAH yang sangat hebat, pada bulan syawal tahun 2008, beliau telah disahkan hamil.

Subhanallah... betapa hebatnya kuasa ALLAH.. betapa ajaibnya Ramadhan.. betapa ruginya kalau kita membiarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa apa2 perubahan yang baik dalam diri kita.

sebagai rumusan, Ustaz Haslin cakap : Nabi SAW pernah bersabda, "betapa malangnya bagi mereka yang apabila Ramadhan datang, dia dalam keadaan yang berdosa. perginya Ramadhan, dosanya semakin bertambah."

salam muhasabah untuk kita semua terutamanya diri ini..ameen3x

Thursday, 26 July 2012

MASUK NERAKA KERANA SEBIJI TELUR

BISMILLAH....

siapa yang tengah baca entri ni, pernah duduk asrama..? tak kisah la, masa sekolah ke, masa di matrik ke, masa dah dekat universiti ke. ^_^ jom kita tengok kat bawah nie. boleh masuk neraka hanya kerana sebiji telur..??? biar betul..??

entri yang ni pun, saya masih ambil daripada 'updated status' oleh 'friend list' saya dalam FB iaitu ustaz ibnu batoota. saya tak ingat bila masa beliau update tapi baru2 ni jugak la. around one or two weeks ago.. ^_^ moga kita menjadi hamba ALLAH yang benar2 berfikir dalam setiap tindak tanduk kita. =)

---------------------------------------

Ibnu batoota= IB
Ustaz= U
Kawan= kawan

K: bro,ada telor tak?aku nak masak meggi ni..esok aku ganti balik....

IB: nak telor org ke telor ayam?

K: telor ayam la moron...

IB: ok.....(bg telur sebijik,saiz besar,gred A)

Esoknya....

K: abg telor,ni telor ko yg aku pinjam semalam...nah...

IB: less teach(kurang ajar) punya budak...pape pun,trima kasih.....

................
................
Err.....
Tapi.....

K: tapi apa?ni telor ayam bukan telor buaya...

IB: ye aku tau,tapi telor ni kecik,gred F,aku bagi smlm telor besar,gred A....

K: aku nk buat mcm mana,kat kedai jual ni je...ala kira halal la ek...

IB: aku tak kisah...cuma dlm mazhab syafie,makanan yg ditukar dgn makanan,wajib sama rata dari segi sukatan,saiz,berat,jenis,gred....kalau tak...jadi RIBA!

K: ha??

IB: AKU TAK NAK MASUK NERAKA SEBAB TELOR!!!!!!

K: Wei!!rileks la...!!!

IB: huh..huh...(slpas ditenangkan)

K: jom tanya ustad psl ni....

Esoknya..dlm kelas...selepas cerita kt ustad..

U: ye,jadi riba,habis aar korang!!masuk neraka sebab telor!!!

K dan IB: TIDAAAAAAAAKKKKKK!!!!!!

U: hehehehehe...dah2,pegi sembahyang taubat..lps ni jgn buat lagi...

CELAKA PUNYA TELOR!!!

Pengajaran: aku yakin benda ni byk berlaku kat korang..dan lepas ni jgn buat lagi...kalau korang nak pakai telur,gula,garam,buah,makanan2 lah,JANGAN GUNA AKAD PINJAM...tp akadkan sbg hadiah...dan bila ganti balik pun,gunakan akad hadiah..sbb kalau pinjam makanan,wajib bayar dgn makanan tu jugak..kalau tak jadi riba...

--------------------------

mungkin ada di antara kita termasuk saya, baru tahu pasal nie.. riba itu boleh terjadi dalam keadaan yang kita tak sangka atau tak tahu. sekarang ni kita dah tahu kan..? ^_^ lepas ni kita semua perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. moga menjadi pengajaran buat kita semua.. ameen3x.. =)

~~SALAM RAMDHAN KAREEM

Wednesday, 25 July 2012

OPSSS..!! SORRY...


BISMILLAH.....


Sometime we feel stupid when we ask others' forgiveness. Sometime we feel like we are a looser when we say "sorry". Sometime we feel like it's so shameful when we "kneel down" to say "sorry". But, one thing that we must know is, we do not loss anything, other than blessing of ALLAH SWT. We should worry that if we are too obvious in taking care of our EGO (by not saying 'SORRY' and not giving forgiveness) without thinking about our good deed including our fasting and prayer, they are accepted or not by ALLAH?



May be to some of us, it is so hard to say 'sorry'.

~"what happen if he/she doesn't forgive me..?"
~"why should I apologize first..?"
~"who cares if he/she does not forgive me.."

I believe that, there are some of us think like these. I know that apologizing doesn't come easy for some of us. Throw it away from our mind. Believe that, by saying that simple word (SORRY), we do not loss anything but the situation will get better. The words, “I’m sorry” can get us out of trouble when we have done something wrong or hurt someone we care about.

Just go to that person and say like these :

~"if I have done anything wrong to you, I'm sorry.."
~"I'm sorry for troubling you.."
~"I'm sorry for all my doing wrong to you.."~

Just choose. Let us discipline ourselves to be humble enough to graciously and freely say we are sorry when we have offended others.
Humble ourselves and do so, and say it like we mean it. We do not loss anything. Set it in our mind. ^_^



~~sorry for everything.. =) ~~ salam RAMADHAN KAREEM