بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH, syukur atas segala nikmat yg
ALLAH kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam ke atas jujungan besar kita,
NABI MUHAMMAD SAW dan juga ke atas ahli keluarganya.
Hari ni, hari last untuk sem nie. Yeayyyy..!!!!
hee.. semalam saya dah submit report terakhir utk sem ni and seat for the last
test for this semester. Heavennya rasa…Hehe.. tapi semua itu hanyalah untuk
sementara. =) pesan sahabatku, “seorang Muslim itu tiada waktu untuk dibuang
begitu sahaja..” lepas ni, Insya ALLAH, saya akan menduduki final exam yang
akan start pada 7 januari 2013 nanti. Doakan saya.. =)
Insya ALLAH, malam ni saya akan bertolak pulang
ke kampung pada pukul 10 malam. Doakan saya moga ALLAH pelihara perjalanan saya
untuk bertemu dgn mereka2 yang saya rindu sangat2. Can’t wait for that precious
moment. Moga ALLAH panjangkan umur saya. =)
Insya ALLAH, saya bercadang bila sampai kampung
nanti, saya nak pergi tempat pelembut jiwa. Nak “jumpa dia”. Tau tak tempat
pelembut jiwa tu apa..? =) itu adalah kubur. Bakal menjadi tempat persemadian
diri saya nanti. =) “jumpa dia” tu merujuk kpd saya nak ziarah arwah ayah saya.
Ya ALLAH.. betapa saya rindukan tempat itu dan ayah saya. =)
Percayalah, kubur adalah salah satu tempat yang
mampu melembutkan hati kita yang keras (dgn izin ALLAH). Dulu, saya jarang
ziarah kubur. Kalau lalu tepi kubur, tak rasa pun “aura” takut dan insaf tu. Tapi,
bila ayah dah tak ada, setiap kali saya lalu tepi kubur, rasa mcm satu perasaan
yang lain sangat. Perasaan yang tak
dapat digambarkan. ALHAMDULILLAH, ALLAH uji diri saya dgn pemergian ayah yang
tersayang. Dgn ujian yg ALLAH berikan itulah, ianya mampu menjentik hati saya
yang semakin hari semakin lalai untuk mengingati mati. Bersediakah saya..?? ya
ALLAH…
Moga2 ALLAH izinkan saya untuk ziarah tempat
pelembut jiwa itu dan “bertemu dengan dia”.. dan moga2 kalau saya diberi
kesempatan itu, ziarah itu mampu melembutkan jiwaku yang semakin hari semakin
lalai. T_T
Wassalam.
Salam ziarah syida. :)
ReplyDeleteSubhanallah, nice entry dear.
Allah da jemput insan2 tersayang kita,
kita yg msih bernafas ni, moga Allah sematkan kukuh dalam hati & minda, agr sentiasa bersedia & mngingati mati. Amiiin~
*Allahummakhtim lana bihusnil khotimah,
wala takhtim 'alaina bissu il khotimah*
syg ku rus... sedih lagi until now even masa tgh type entry ni.. T_T
DeleteAllahuakhbar.
ReplyDeleterus pn faham syida.
rus pn rasa yg syida rasa.
pernah &&& masih.
kita sama2 pujuk diri ya.
syida cuba hayati lirik lagu ni.
insyaAllah sdikit sebnyak mungubat kesedihan.
*Kemarau Hati-Mestica*
Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu
Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata
C/O
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu
Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati
Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu....
tqvm syg.. =)
Deletelaayukallifullahu nafsan illa wus'aha..^^,arwah meniggalkan anak nya untuk meneruskan perjuangan meninggikan syiar Islam di atas muka bumi ini..terus bersemangat sahabatku!^^
ReplyDeletedoakan aku sahabat..impian ku hanya satu, nak jadi anak yang boleh membahagiakan ayah ibuku bila "disana" nanti.. moga aku benar2 layak.. =)
Delete