malam semalam kakak saya call. dia ada bagi tahu saya yang emak dan ayah saudara saya ada di NCI (institut cancer kebangsaan). anaknya atau sepupu saya itu dimasukkan ke wad pada 28 feb 2012 yang lepas. selepas itu saya terus call emak saudara saya, bertanyakan tentang anaknya yang sekarang sedang belajar di MIAT, Sepang. kata emak saudara saya, tulang belakang anaknya itu jadi renggang sebab selalu buat kerja yang berat. katanya lagi, keadaan anaknya itu sama seperti ayah saya dulu.
detik itu, fikiran saya melayang jauh, teringatkan ayah di kampung. pada penghujung tahun 2009, (tak ingat pulak saya bila tarikhnya) ayah telah menjalani satu pembedahan tulang belakang. kata doktor, ada cecair dan lendir yang perlu dibuang. cecair dan lendir itulah yang menyebabkan ayah tidak dapat berjalan untuk tempoh yang lama. pada masa itu, tidak sampai sebulan saya mendaftar sebagai mahasiswi. hati saya terasa sangat tidak tenang sewaktu ayah dibedah walaupun saya tahu penyakit ayah itu tidaklah membawa maut.
sememangnya ayah tidak membenarkan saya untuk balik ke kampung ketika itu. merasakan hati yang sangat tak tenang, seminggu selepas itu saya balik ke kampung bersama kakak. kata doktor, ayah jadi macam tu sebab banyak buat kerja yang berat. kata-kata itu diakui oleh emak. sedari dulu ayah memang seorang yang sangat kuat bekerja demi membesarkan permata hati yang dikasihi. bagi ayah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. ayah tidak mempunyai kepakaran lain selain mengajar dan melakukan kerja-kerja kampung. emak pernah bercerita, bermula dari pagi sampai ke petang, ayah hanya berhenti untuk solat sahaja.
teringat pada kata-kata ayah.. "ayah tak kisah kalau kena bersusah-payah untuk anak-anak. nak bagi pelajaran yang sebaik-baiknya. bergantung pada diri sendiri, nak atau tidak je." Alhamdulillah, sekarang ni anak-anak ayah sudah berjaya walaupun tidak ada yang bekerja professional tapi boleh membuatkan ayah dan emak hanya berehat di rumah. kini, hanya saya sahaja yang masih belajar dan merupakan harapan keluarga juga.
Ya ALLAH. bantulah hamba-MU ini. permudahkanlah segala urusan kerjaku. jadikanlah kami adik-beradik sebagai anak-anak yang berbakti kepada emak dan ayah dan juga menghargai diri mereka. amin.Betapa besarnya pengorbanan emak dan ayah sedari kami dalam kandungan hinggalah sekarang. sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas dengan apa pun.
~*sayarindukanemakdanayahdikampung*~
No comments:
Post a Comment