KENANGAN....
Bismillah..
Sungguh, tidak ALLAH timpakan sesuatu ujian itu melainkan seseorang itu mampu untuk memikulnya. Pada 3hb mei 2012 bersamaan 11 Jamadilakhir 1433 hijrah, ayah saya yang tersayang telah kembali ke rahmatullah tanpa sebarang penyakit. Perasaan sedih itu memang tak dinafikan kerana 'sedih' itu adalah persaan yang dikurniakan oleh ALLAh kepada kita sebagai manusia biasa.
Tidak dapat saya gambarkan kesedihan saya itu macam mana tapi yang pastinya di sebalik kesedihan saya itu terselit sejuta rasa syukur kepada ALLAH kerana telah mempermudahkan segalanya. Arwah ayah saya telah meninggal ketika tidur ketika emak di sebelah tapi emak sendiri tidak menyedari saat arwah ayah saya di datangi malaikat maut, Izrail. Padahal emak pada malam itu tak tidur dengan nyenyak dan emak bangun pada tengah malam tapi masih tidak menyedari bahawa ayah telah meninggal dunia. Hanya pada waktu subuh baru emak menyedari bahawa arwah ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sewaktu hayat arwah ayah, beliau merupakan seorang bilal di masjid dan surau di kampung saya. Arwah ayah ada memgang banyak jawatan seperti setiausaha untuk parti, bendahari untuk khairat kematian dan sebagainya. Arwah ayah seorang yang sangat jujur dan sangat mudah untuk berurusan dengan manusia di sekelilingnya. Mungkin disebabkan itulah, sebagai ganjaran ALLAH mempermudahkan saat sakaratul mautnya walaupun sakitnya bagaikan disiat-siat kulit kita. Hanya arwah ayah yang merasainya.Pemergian arwah ayah menghadap ILLAHI banyak memberi pengajaran dan ingatan buat saya sekeluarga. Antaranya :
1) hidup di dunia ini hanya sementara. Sungguh, dunia ini sangat melalaikan andai nafsu menjadi tuan buat diri kita.2) kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Sengaja ALLAH rahsiakan bila masa kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Dari situ lah ALLAH akan menilai sejauh mana ingatan kita kepada saat kematian dan kepadaNYA. Kita sihat atau sakit, bila-bila masa saja kita boleh mati.3) tidak ALLAH bebankan seseorang hamba itu melainkan dia mampu untuk menangggungnya.4) hargailah ibu bapa kita selagi mereka hidup. Berbuat baiklah kepada mereka. Sungguh, hanya tiga perkara yang akan mengiringi apabila matinya seseorang anak adam itu. Yang pertama, doa anak yang soleh. Yang kedua, sedekah amal jariah. Yang ketiga, ilmu yang dimanfaatkan. 5) kadang-kadang ALLAH bagi ujian kepada kita sebagai peringatan untuk diri kita. Mungkin kita semakin hari semakin jauh dari ALLAH. Jadi, ALLAH nak kita kembali semula ke jalan yang lurus.6) apabila kita mudahkan orang lain, maka ALLAH akan mudahkan kita. InsyaALLAH. ^_^7) baru kini saya mengerti apa itu 'IKHLAS' dan 'REDHA' yang sebenar-benarnya.
Pemergian arwah ayah benar-benar meyakinkan saya bahawa 'cukuplah ALLAH bagiku. Cukuplah ALLAH sebagai tempat bergantung aku yang paling kukuh, ALLAH sebagai tempatku untuk mengadu segala-galanya.'Seorang sahabat saya pernah berpesan kepada saya saat saya dirundung kesedihan, "moga-moga perpisahan sementara ini akan digantikan dengan pertemuan yang selama-lamanya di syurga kelak. Kuatkan pergantungan kita kepada ALLAH YANG TAK AKAN MATI. Masa boleh mengubat kesedihan ini. Jangan lupa baca al-Quran dan solat malam. Itu akan lagi menguatkan jiwa. Tak salah kita bersedih asalkan kesedihan kita itu menguatkan lagi keyakinan kita terhadap ALLAH."
Kata-kata azimat arwah ayah yang tak pernah lekang di bibirnya hingga akhir hayat adalah, "man jadda wa jada.. sesiapa yang bersungguh-sungguh, nescaya dapat. Insaya-ALLAH."
Ya ALLAH, ampunilah segala dosa arwah ayahku. Rahmatilah, sejahterakanlah dan bahagiakanlah rohnya di alam sana.tempatkanlah beliau bersama para solihin dan orang bertaqwa. Kurniakanlah jannah-MU buat dirinya. Hanya pada-MU tempatku memohon. Ameen.
nice entri..
ReplyDeletesys follow sini..folow back :)
syida.. serius aku minta maaf aku tak tahu pun pasal ayah kau.takziah syida..semoga bersabar okey :)
ReplyDeleteafiqa~ its ok.. =) ak pn ari tu just bgtaw 2 3 org je sbb ase tkejut sgt n ak mase tu kat kolej.. but i juz hepy wif my life now.. tlg doakan ya.. ^_^
Delete