Monday, 18 February 2013

harapan "kami"


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dari ALLAH.  selawat dan salam buat Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, finally ada juga kesempatan dan kekuatan dariNYA untuk saya update blog yang saya kira sudah lama tidak ber’update’ di sebabkan beberapa urusan keluarga. Tapi, bila dah ada masa untuk update blog, penyakit yang tidak ada ubatnya telah menyerang diriku dengan jayanya dan hebatnya iaitu penyakit MALAS. Penyakit itu memang memerlukan satu pengorbanan dan jihad melawan nafsu yang sangat tinggi levelnya.hee.

Entri kali ini, ingin sekali diri ini bercerita tentang seorang guruku yang berbangsa cina dan beliau bukan beragama Islam (non-Muslim). Ini semua gara-gara perayaan tahun baru cina baru-baru ini. Hehe.
Nama diberi pada cikgu tersebut adalah Weithing Chua dan saya mengenalinya sebagai Teacher Chua. Beliau merupakan cikgu praktikal di sekolah rendah saya masa saya darjah 5. Saya suka dan sayang sangat dengan cikgu ni.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, pernah satu ketika semasa saya sekolah rendah dan sekolah menengah, disebabkan saya terlalu sayang pada beliau, saya selalu berdoa dan minta pada ALLAH agar beliau tertarik dengan agama Islam, agama yang paling suci dan sempurna.  Pernah sahabat lelaki sekolah rendah saya ajak saya untuk melawat beliau di Kelantan tapi keadaan tak mengizinkan diri ini menziarahi Teacher Chua. Lalu sahabat saya meninggalkan pesanan ini pada diriku :

“sayang tece tak? Kalau sayang pada tece, berdoalah banyak-banyak dan sungguh-sungguh moga Allah kurniakan beliau hidayah untuk memeluk agama Islam.”




Satu benda yang saya perasan tentang sahabat saya ni, beliau selalu contact dengan Teacher Chua dan selalu menunjukkan nilai-nilai Islam pada cikgu tu. Sahabat saya sorang itu memang dikenali sebagai seorang yang tinggi akhlaknya dan baik agamanya. (tapi dia dah berpunya ye..kikiki..)

Saya jadi seronok sangat bila tengok di facebook, Tecaher Chua kadang-kadang dok “share” kata-kata hikmah dan nasihat dari Ustaz Azhar Idrus.

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Berdakwah itu menjadi kewajipan bagi setiap Muslim tak kiralah dengan apa cara sekali pun asalkan ianya bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Namun, satu perkara yang perlu kita ketahui adalah “hidayah itu milik Allah” dan kita tidak punya kuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapapun walaupun kepada insan-insan yang kita sayangi.

Jom kita sama-sama singkap kembali sirah Rasulullah SAW. Kisah bapa saudara Baginda SAW yang sentiasa menyokong perjuangan Baginda SAW walaupun beliau sendiri bukanlah seorang Muslim. Kasihnya kepada Rasulullah melebihi kasihnya pada anak-anaknya. Baginda Rasulullah SAW juga begitu, kasih dan sayang pada bapa saudaranya itu. Namun, Baginda SAW sendiri hanya mampu berdakwah padanya tetapi baginda SAW tidak mampu mengurniakan hidayah kepada bapa saudara yang sangat dikasihinya hatta ketika bapa saudaranya sedang berperang dengan sakaratul maut.

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Surah Al Qashash, ayat 56).

Harapan dan pinta saya pada ALLAH, Pemilik hidayah, moga Teacher Chua kesayangan saya itu menjadi salah seorang penerima hidayah untuk menganut agama Islam. Kepada sahabat-sahabat yang membaca entri ini, tolong doakan jugak untuk cikgu kesayangan saya itu. :) segala jasa baik kalian, hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Antara doa yang diajarkan oleh Baginda SAW agar ditetapkan hati di atas jalanNYA adalah :

"wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu".

"ya ALLAH, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah maha Pemberi (kurnia)". (doa ini ada dalam surah ali-Imran, ayat 8)

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga saya dikurniakan kelapangan waktu dan kekuatan untuk update blog selepas ini memandangkan saya dah start semester baru. ~thesis time~ Ampunkan segala salah silap saya. Wallahu’alam. Wassalam.



Thursday, 7 February 2013

power of wudhuk


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Pertama dan selama-lamanaya, Alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberi pada diri ini. Selawat dan salam buat rasul mulia, Nabi Muhammad SAW.

~taken from genQ, edisi Februari 2013~ J

Sebelum bersolat, kita diwajibkan untuk berwudhuk. Tanpa wudhuk, solat kita tidak akan sah. Solat dan wudhuk ini ibarat aur dan tebing. Namun begitu, wudhuk juga boleh diaplikasikan sebelum melakukan sesuatu perkara yang lain seperti sebelum belajar, membaca buku dan sebelum tidur.



Sabda Rasulullah SAW :

“sesiapa yang berwudhuk dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya.” (Riwayat Muslim)

Antara sabda baginda yang lain :

“sesiapa yang tidur pada waktu malam dalam keadaan suci (berwudhuk), malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun, nescaya malaikat itu akan mengucapkan : ya ALLAH, ampunilah hamba-MU si polan kerana ia tidur pada malam hari dalam keadaan selalu suci.” (Riwayat al-Tabarani)


Info sains :

Sains telah membuktikan bahawa membasuh bahagian telinga dan berkumur-kumur dapat menghindari seseorang daripada terkena jangkitan penyakit akibat kuman dan bakteria yang terkumpul pada anggota-anggota tersebut.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jom sama-sama kita amalkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. insyaALLAH, banyak manfaatnya sama ada dari sudut rohani ataupun jasmani. J Wassalam. J

Wednesday, 6 February 2013

Superb G (part 1)


Tengah malam itu, Amir Asyraf berseorangan di tepi tingkap biliknya. Teman sebiliknya menghilang entah ke mana, tidak pulang untuk tidur di bilik pada malam itu. Melihat bulan dan bintang yang sungguh indah.  Hatinya tenang seusai menunaikan amalan sunat sebagai hamba ALLAH tatkala manusia lain sedang lena diulit mimpi.

Sunyi dan sejuknya detik itu menggamit perasaan di jiwanya. Amir Asyraf seakan-akan teringat bait-bait kisah lama. Memori silam yang kelam menghiasi kehidupannya meniti perlahan-lahan di benak mindanya. Peristiwa lampau yang menjadikannya leka dan terlalu dibuai dengan dunia yang sementara ini.

**********************

Dalam kuliah Biologi ketika itu, seperti biasa, Amir Asyraf tidak memberi perhatian kepada pensyarah yang sedang mengajar di hadapan dewan kuliah. “Game” di tangannya itu jugalah yang membuatkan dirinya lebih teruja berbanding dengan belajar di dalam kelas. Bukan untuk subjek Biologi sahaja dia bertindak sedemikian. Ketika belajar subjek-subjek yang lain, dia tetap begitu. Begitu asyik dengan “game”nya.

Walaupun begitu, setiap kali ujian, dia adalah pelajar yang paling cemerlang. Mungkin dek kerana itulah pensyarah-pensyarahnya tidak mampu lagi untuk menegur tindakannya yang suka bermain “game” sewaktu kelas. Sejak dahulu lagi, hobinya cenderung kepada bermain “game”, tidak kisahlah “game” yang ada di internet ataupun “game” yang ada di padang seperti bola sepak. Jika di internet, sebut sahaja nama-nama “game” yang ada seperti Assasin Creed, Need for Speed, PES13  dan Collin Mcrae Dirt. Segala maklumat terkini tentang “game” semuanya ada dalam kepala si bijak Amir Asyraf.

Apabila ditanya tentang tabiatnya itu, kononnya, prinsipnya cuma satu, “kejayaan itu ibarat game. Macam mana kita berusaha untuk menang dalam game yang kita main tu, macam itulah kita kena usaha untuk berjaya”. Dia seorang yang ada prinsip tapi dia sendiri tidak berpegang kepada prinsip tersebut. Hari-hari yang dilaluinya sebagai seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sama sahaja seperti pelajar-pelajar lain. Bangun pagi, kemudian menghadiri kelas sehingga petang, malamnya menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan akhirnya tidur. Tidak ada yang luar biasa yang dilakukan olehnya.
“bbrrrr..bbrrr..bbrrrrr”. Telefon bimbitnya bergetar beberapa kali.

1 message received. Lalu ditekannya butang “open”.

“hai sayang. Awak habis kelas pukul berapa hari ni? Jom lunch sama-sama hari ni.”

Mesej daripada Diana, teman wanitanya segera dibalas.

“hari ni saya kelas sampai pukul 2. Ok je kalau nak lunch. See you soon.”

Diana adalah teman wanitanya di KMPP sejak daripada semester pertama lagi. Dek kerana memiliki rupa paras ala-ala mat saleh, Amir Asyraf menjadi kegilaan ramai gadis di kolejnya. Mereka kerap bertemu walaupun tiada tujuan yang jelas.

Petang itu, setelah pulang dari kelas, Amir Asyraf seperti biasa, sambil duduk di meja belajarnya, dia meneruskan hobinya yang gemar bermain game.

“Amir. Jom join kitorang solat asar berjemaah”, ajak Luqman teman sebiliknya.

“Tak pe lah. Korang solat la dulu. Kejap lagi aku solat,” balas Amir Asyraf yang matanya sedang begitu asyik menatap skrin laptopnya.

“Alaaa.. kita solat kat bilik je pun. Bukannya kat masjid. Kalau masjid tu, ye la aku paham kau tak nak pergi,” tambah Firas yang juga ahli bilik tersebut.

“korang ni. Solat je la dulu. Nanti kang aku solat la. Nak habiskan “game” ni sikit je lagi,” ujar Amir Asyraf.

*************************

Peperiksaan akhir semester bagi semua kolej matrikulasi di Malaysia semakin hampir. Satu minggu diberi sebelum peperiksaan bermula sebagai minggu mengulang kaji. Semua pelajar sibuk mengulang kaji pelajaran masing-masing. Ada yang belajar secara berkumpulan, ada yang belajar seorang diri. Tak kurang juga pelajar yang mempunyai masa terluang, pasti mencari ruang untuk bersemuka dengan pensyarah.

Amir Asyraf seperti biasa mengulangkaji pelajaran bersama Diana, buah hatinya. Antara tempat yang menjadi pilihan mereka adalah seperti perpustakaan, bilik tutorial dan juga kafeteria. Azam mereka ingin menyambung ijazah di universiti yang sama  dan juga dalam kursus yang sama. Walaupun minggu tersebut adalah minggu ulang kaji, namun Amir Asyraf masih kekal utuh dengan hobinya. Tidak dapat berpisah lama. Sehinggakan sewaktu mengulangkaji bersama Diana, dia masih lagi dengan tabiat suka bermain “game” itu. Walaupun dinasihati oleh kawan-kawan lain termasuk kekasih hatinya, namun nasihat itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu itu tiba. Peperiksaan yang mengambil masa selama hampir dua minggu itu bermula dengan subjek Kimia dan berakhir dengan subjek Matematik. Masing-masing pulang ke kampung dengan rancangan yang tersendiri.

~~bersambung~~

Monday, 4 February 2013

C.I.N.T.A :) ~~Hilal Asyraf dan zaujahnya~~


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya untuk Pencipta seluruh alam ini. selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala Muhammad. 

Alhamdulillah, ALLAH bagi saya kesempatan dan kekuatan untuk menghadiri Bengkel Penulisan Islamik Zon Utara (BPIZU) bersama Saudara Hilal Asyraf, anjuran Langit Illahi Consultancy. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat melalui program tersebut seperti tujuan kita menulis, niat kita sebelum menulis, macam mana nak menulis, perkara yang macam mana kita nak tulis, untuk siapa karya kita ditujukan dan macam-macam lagi. Banyak kan..? hee..

Dalam bengkel tersebut, masa tengah rehat untuk makan tengah hari, saya sempat bertemu dan bersembang dengan zaujah saudara Hilal. First impression saya pada Puan Tengku Masyitah, beliau seorang yang sopan dan sangat berbudi bahasa. Saya happy sangat sebab Allah bagi saya peluang untuk bertentang mata dan berbicara dengan seorang insan yang saya kira tulang belakang yang sangat penting bagi saudara Hilal. ~sempat jugak saya tangkap gambar dengan Puan Tengku Masyitah bersama sahabat saya, Nia..hehe~



kami.. bergambar selepas bengkel.. :)

Dalam bengkel tersebut, saudara Hilal ada menyentuh sedikit tentang pergaulan antara lelaki dan wanita sebelum bernikah iaitu fasa antara pertunangan dan pernikahan. Ceritanya, antara beliau dan zaujahnya, dalam tempoh dua tahun, mereka pernah berhubung melalui telefon hanya dua kali. Itu pun disebabkan ada urusan pernikahan yang perlu diselesaikan. Saya impressed..!! hehe.. 

Bila ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana
Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa

haaa.. tau kan ni lagu siapa..? lagu Amy Mastura yang agak popular dalam sitkom 'Puteri' satu ketika dulu..hee


Bila disebut tentang cinta, mata yang mengantuk pasti celik. Yang rasa malas pasti rasa segar. Ada yang hanya menyedari cinta itu adalah antara manusia sahaja. Tapi, sebenarnya kita lupa bahawa cinta yang utama adalah cinta ALLAH dan RasuluNYA. Manusia adalah pemilik cinta selepas kita mencintai ALLAH dan Rasul.

Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)

Apabila berbicara tentang cinta, ia agak sinonim dalam kalangan remaja. Rasa ingin menyayangi dan disayangi, ingin mengasihi dan dikasihi, ingin mencintai dan dicintai oleh orang lain yang mungkin juga boleh dikatakan oleh insan yang berlainan jantina. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu banyak dipaparkan pada dada-dada akhbar tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti pasangan ditangkap ketika berkahlwat, berzina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya menyebabkan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa dan pelbagai lagi kes yang melibatkan remaja akibat terlalu dibuai dengan perasaan cinta.

Perasaan ingin mencintai dan dicintai itu adalah fitrah yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambaNYA. Cinta itu hakikatnya suci dan murni. Tapi, kadang-kala cinta itu dikotorkan oleh sang pencinta itu sendiri dengan perkara-perkara yang salah disisi syarak seperti keluar berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan, berhibur bersama pasangan sehingga lewat malam dan macam-macam lagi yang jelas, terang dan nyata salah di dalam Islam. Apabila nafsu menjadi tuan kepada diri kita, pasti natijah buruk yang akan berlaku. Apabila diri kita telah dikuasai oleh nafsu, maka kita akan menjadi hamba kepada syahwat. Hati kita  semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menahan ‘pohon’ penyesalan dalam hatinya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Jihad paling utama adalah memerangi nafsu..”


Rasanya cukuplah untuk kali ini. Rasa macam tak pandai sangat nak tulis tentang cinta. Hehe. Semoga Allah pelihara cinta kita semua agar kita meletakkan rasa cinta itu pada tempat yang selayaknya. Saya sangat tertarik dengan kata-kata ustazah Fatimah Syarha setiap kali beliau ingin memulakan bicara iaitu :

“……..Dr. Farhan Hadi, pemilik cintaku selepas ALLAH dan Rasul…”.

Hehe.. :) saya suka kalam bicara Ustazah Fatimah Syarha. Butir bicaranya penuh dengan motivasi yang sangat berguna. Ampun maaf dipinta andai ada salah bicara dalam penulisan entri ini. Segala kelemahan adalah dari diri saya. Wallahu’alam. Wassaalam.. :)


tautan ukhwah


بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama-tama dan selamanya, saya rasa bersyukur sangat di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam buat Rasul mulia, Nabi Muhammad SAW.. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

Setelah beberapa hari sunyi tanpa update dari blog ni, Alhamdulillah, ALLAH bagi kesempatan dan kekuatan untuk melayarkan sesuatu di sini. J Rasa tak tau nak mula kat mana sebab rasa excited sangat. Rasa macam banyak sangat benda nak cerita..hee..

30 januari sampai 1 februari baru2 ni, Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang, amanah dan kekuatan kepada saya untuk jadi facilitator di sekolah menengah saya dulu (SMK Agama Sik) untuk program Tautan Ukhwah Tingkatan 1.. seronok sangat2 sebab dapat jumpa kawan2, adik2 junior, cikgu2 dan ramai lagi.. dapat tengok keadaan sekolah yang terkini..cantik..!! hee.. ;)

Program tu bermula dengan sesi “ice breaking” atau pun nama lainnya adalah sesi penegnalan. Kenal dengan faci, kenal dengan adik2 form 1. Yang faci2 tu, semuanya hebat2 belaka.. ~saya ja yg tak berapa hebat..hee~  takpa2..masing2 ALLAH dah tentukan rezekinya.. ye dak..? J


 ice breaking session.. :)

Banyak benda yang saya dapat dari program tersebut. Alhamdulillah, segalanya adalah dari ALLAH dan milikNYA. Pertamanya, masa sesi lantikan penghulu dan penghuluwati dalam kalangan adik2 form 1, apabila ditanya “siapa yang sukarela nak jadi penghulu dan penghuluwati?”, ramai sangat adik2 form 1 yang bergerak ke hadapan tanpa perlu disuruh, dipaksa apatah lagi.. J waaaahhhhh..!!! terujanya saya time tu..rasa kagum sangat dengan adik2 yang sangat berani untuk menjadi penghulu dan penghuluwati..faci 2 sampai tak tau nak buat macam mana sebab ramai sangat nak jadi ketua.. kami konpius..! kami serba salah..! hee.. lalu, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot tersebut, YDP UKM (beliau adalah bekas pelajar sekolah saya dulu..hee..) telah menerangkan kepada mereka tentang tanggungjawab seorang pemimpin dan juga amanah. Sungguh, amanah itu bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Sesungguhnya, jawatan yang kita pegang itu bukanlah sesuatu yang kita boleh bangga-banggakan kerana ia sebenarnya adalah amanah dari ALLAH. Kata Imam al-Ghazali :

“perkara yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH..”





haaa...!! kat depan stage tu, nie la adik2 yang ramai2
nak jadi penghulu dan penghuluwati tu..hee..



layar perak. scene "solat dalam dorm".. :)


Perkara kedua yang membuatkan saya teruja dan hepy sangat bila ada kat sana adalah tentang Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) SMKAS. Gelaran diberi padanya adalah “Ustaz Lah”..hee.. hmm.. sebenarnya, apa yang membuatkan saya kagum sangat tentang dia..?? pertamanya, dia seorang yang berani..keduanya, dia seorang yang bijak. J ketiganya, dia seorang yang rendah diri dan sangat menghormati orang lain.

Berani yang macam mana..? dia berani untuk menyuarakan ideanya bagi memantapkan lagi program tersebut. Dia berani untuk bagi tips kat faci yg lebih berusia sedikit darinya, macam mana nak handle adik2 form 1. Seterusnya, dia seorang yang bijak. Bijak yang macam mana..? dia bijak dalam mengawal situasi, bijak dalam percakapannya dan juga dia bijak dalam memberi idea. Dalam percakapannya, tidak ada rasa bangga diri dan juga sombong. Setiap kali bercakap dengan orang yang lebih dewasa daripadanya, pasti terungkap kata “maaf” sama ada sebelum atau selepas percakapnnya. Antara ayatnya yang agak menarik perhatian saya adalah, “saya mintak maaf sangat akak2, abang2. Bukan saya nak tunjuk saya pandai.. saya hanya nak memberi cadangan…………” antara lain ayatnya yang membuatkan saya berfikir perkara yang sama setiap hari adalah :

“sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain..”

Ayat itu sangat sesuai untuk kita sama2 bermuhasabah diri tentang apakah sumbang bakti kita kepada emak ayah, maysarakat sekeliling, negara dan yang paling penting adalah untuk agama kita iaitu agama ISLAM.


K.A.M.I :) Alhamdulillah..


Rasanya terlalu banyak yang saya ingin coretkan tapi tak dapat nak luah dengan kata-kata sebab seronok sangat dapat jumpa dengan adik2 SMKAS walaupun kami tak pernah bertentang mata sebelum ni. ALHAMDULILLAH, segalanya dari ALLAH dan milikNYA.

Cukuplah sekadar ini dulu untuk kali ini. Segala kekurangan, adalah dari diri saya dan saya minta maaf sangat2. Wallhua’alam. Wassalam.