بسم الله الرحمن الرحيم
Pertama-tama
dan selamanya, saya rasa bersyukur sangat di atas segala nikmat yang ALLAH
kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam buat Rasul mulia, Nabi Muhammad
SAW.. Allahumma solli ‘ala Muhammad.
Setelah beberapa
hari sunyi tanpa update dari blog ni, Alhamdulillah, ALLAH bagi kesempatan dan
kekuatan untuk melayarkan sesuatu di sini. J Rasa tak tau nak mula kat mana
sebab rasa excited sangat. Rasa macam banyak sangat benda nak cerita..hee..
30
januari sampai 1 februari baru2 ni, Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang, amanah
dan kekuatan kepada saya untuk jadi facilitator di sekolah menengah saya dulu
(SMK Agama Sik) untuk program Tautan Ukhwah Tingkatan 1.. seronok sangat2 sebab
dapat jumpa kawan2, adik2 junior, cikgu2 dan ramai lagi.. dapat tengok keadaan
sekolah yang terkini..cantik..!! hee.. ;)
Program
tu bermula dengan sesi “ice breaking” atau pun nama lainnya adalah sesi
penegnalan. Kenal dengan faci, kenal dengan adik2 form 1. Yang faci2 tu,
semuanya hebat2 belaka.. ~saya ja yg tak berapa hebat..hee~ takpa2..masing2 ALLAH dah tentukan
rezekinya.. ye dak..? J
ice breaking session.. :)
Banyak
benda yang saya dapat dari program tersebut. Alhamdulillah, segalanya adalah
dari ALLAH dan milikNYA. Pertamanya, masa sesi lantikan penghulu dan
penghuluwati dalam kalangan adik2 form 1, apabila ditanya “siapa yang sukarela
nak jadi penghulu dan penghuluwati?”, ramai sangat adik2 form 1 yang bergerak
ke hadapan tanpa perlu disuruh, dipaksa apatah lagi.. J waaaahhhhh..!!! terujanya saya time
tu..rasa kagum sangat dengan adik2 yang sangat berani untuk menjadi penghulu
dan penghuluwati..faci 2 sampai tak tau nak buat macam mana sebab ramai sangat
nak jadi ketua.. kami konpius..! kami serba salah..! hee.. lalu, sebagai orang
yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot tersebut, YDP UKM (beliau adalah
bekas pelajar sekolah saya dulu..hee..) telah menerangkan kepada mereka tentang
tanggungjawab seorang pemimpin dan juga amanah. Sungguh, amanah itu bukanlah
suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Sesungguhnya, jawatan yang kita
pegang itu bukanlah sesuatu yang kita boleh bangga-banggakan kerana ia
sebenarnya adalah amanah dari ALLAH. Kata Imam al-Ghazali :
“perkara yang paling berat di dunia
ini adalah AMANAH..”
haaa...!! kat depan stage tu, nie la adik2 yang ramai2
nak jadi penghulu dan penghuluwati tu..hee..
layar perak. scene "solat dalam dorm".. :)
Perkara kedua
yang membuatkan saya teruja dan hepy sangat bila ada kat sana adalah tentang Yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) SMKAS. Gelaran diberi padanya
adalah “Ustaz Lah”..hee.. hmm.. sebenarnya, apa yang membuatkan saya kagum sangat
tentang dia..?? pertamanya, dia seorang yang berani..keduanya, dia seorang yang
bijak. J
ketiganya, dia seorang yang rendah diri dan sangat menghormati orang lain.
Berani yang
macam mana..? dia berani untuk menyuarakan ideanya bagi memantapkan lagi
program tersebut. Dia berani untuk bagi tips kat faci yg lebih berusia sedikit darinya,
macam mana nak handle adik2 form 1. Seterusnya, dia seorang yang bijak. Bijak
yang macam mana..? dia bijak dalam mengawal situasi, bijak dalam percakapannya
dan juga dia bijak dalam memberi idea. Dalam percakapannya, tidak ada rasa
bangga diri dan juga sombong. Setiap kali bercakap dengan orang yang lebih
dewasa daripadanya, pasti terungkap kata “maaf” sama ada sebelum atau selepas
percakapnnya. Antara ayatnya yang agak menarik perhatian saya adalah, “saya
mintak maaf sangat akak2, abang2. Bukan saya nak tunjuk saya pandai.. saya
hanya nak memberi cadangan…………” antara lain ayatnya yang membuatkan saya
berfikir perkara yang sama setiap hari adalah :
“sebaik-baik manusia adalah yang
memberikan manfaat kepada orang lain..”
Ayat itu
sangat sesuai untuk kita sama2 bermuhasabah diri tentang apakah sumbang bakti
kita kepada emak ayah, maysarakat sekeliling, negara dan yang paling penting
adalah untuk agama kita iaitu agama ISLAM.
K.A.M.I :) Alhamdulillah..
Rasanya terlalu
banyak yang saya ingin coretkan tapi tak dapat nak luah dengan kata-kata sebab
seronok sangat dapat jumpa dengan adik2 SMKAS walaupun kami tak pernah
bertentang mata sebelum ni. ALHAMDULILLAH, segalanya dari ALLAH dan milikNYA.
Cukuplah sekadar
ini dulu untuk kali ini. Segala kekurangan, adalah dari diri saya dan saya
minta maaf sangat2. Wallhua’alam. Wassalam.
bestnya syidah... ramai ka yg turun sekolah hr tu?
ReplyDeletealhamdulillah, mey.. hmm.. kalau yang batch kita, lbh kurang 10 org cmtu la, termasuk laki pompuan.. yg lain2 tu ada k.piqah asna, k.tiqah zainal abidin n angah(adik junior).. :)
Delete