Suasana dalam Makmal Kimia itu
semakin kelam kabut. Ada yang berlari ke sana. Ada yang berkejar-kejaran ke
bahagian belakang makmal. Masa semakin suntuk. Tetapi masih ada kumpulan yang
tidak dapat menyiapkan eksperimen dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Bagi kumpulan yang dapat menyiapkan
eksperimen dalam tempoh yang ditetapkan, mereka dibenarkan untuk keluar dari
makmal. Di suatu sudut sebuah meja, terdapat dua orang pelajar sedang
bercakap-cakap. Sekejap, suara mereka perlahan. Sekejap, suara mereka bertukar
menjadi keras.
“Aku nak balik dah ni. Aku ada janji
dengan orang lain. Kau salin cepat sikit boleh tak?” soal gadis bertudung merah
jambu itu seakan memaksa. Bagaikan tidak sabar. Farhana mengemas barang-barang
miliknya.
“Kejap la. Aku tengah salin la ni,”
jawab Syahira sambil menyalin data eksperimen dengan sepantas yang boleh.
“Kau ni. Aku nak balik sekarang.
Nanti kau pass pada Izzati. Tak kira, aku nak, malam ni buku tu dah ada pada
aku,” Farhana memberi kata putus dan terus berlalu.
Mengingatkan dirinya telah terlewat
lima minit, Farhana membuka langkah seluasnya setelah keluar dari lif dan
menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Beep..beep..beep..
Telefon bimbitnya berbunyi. Itu
tandanya ada mesej yang diterima.
“Aku tak sangka. Orang lembut macam
kau ni rupa-rupanya hati keras. Sabar sikit tak boleh ke??? Kalau macam ni la
perangai kau, sampai bila pun kau tak akan berjaya,” mesej daripada Syahira dibaca dalam
hatinya.
Tersentak! Sentap!
Ditatapnya mesej yang diterima baru
sebentar tadi. Hatinya menjadi tidak keruan. Perasaannya bercampur baur saat
itu. Geram. Sakit hati. Sedih. Terkejut.
“Sorry very much. Perang mulut bukan
habit aku. Cuma satu peringatan dari aku, nak tegur salah silap orang, ada
caranya. Baru orang rasional nak terima. Aku rasa kau lagi tahu daripada aku. Ye
la, kau kan jadi AJK Unit Tarbiah untuk kelas la, fakulti la. Lagi satu, fikir
banyak kali sikit kalau kau nak doa yang bukan-bukan kat orang lain. Takut doa
tu kena kat kau sendiri je,” balas Farhana sambil mendengus kuat. Rasa puas barangkali. Puas sebab
dapat melepaskan amarah di hati.
Farhana meneruskan pemanduannya. Fikirannya
bercelaru. Air matanya bercucuran laju. Sedih dengan sikap manusia yang selama
ini dipandang tinggi. Dipandang tinggi kerana ilmu agamanya. Dipandang tinggi
kerana auratnya dijaga. Dihormati kerana manusia itu mementingkan penerapan
nilai-nilai agama dalam diri sahabat-sahabantnya. Tetapi hari ini, hanya dalam
sekelip mata sahaja segala rasa hormatnya pada Syahira lenyap begitu sahaja.
Perkataan “tarbiah” tak pernah
lekang dari bibir Syahira setiap kali menyampaikan tazkirah ringkas sebelum
kelas bermula. Namun, hari ini lain pula ceritanya. Lebih sudu dari kuahnya. Bicaranya
padu tapi tindakannya kosong. Tiada makna walau sekelumit.
Beep..beep..beep..
Telefon bombitnya berbunyi lagi. Ditekannya
butang ‘unlock’ untuk membaca mesej yang diterima.
“Orang macam kau ni, macam tu je
cara nak tegur. Aku dah lama bersabar dengan kau. Nampak je lembut tapi mulut
macam longkang. Kalau hati tu dah keras, orang tegur cara lembut pun, tetap kau
tak boleh terima,” mesej
dari Syahira bunyinya seakan-akan melepaskan dendam di hati. Bukan mahu menegur
seikhlas hati.
Farhana menggengam telefon bombitnya
erat. Meluahkan rasa yang tidak terluah pada manusia lain.
‘Aku kecewa dengan dia. Bercakap bagaikan
bergegar dunia ini. Tapi, bila dengan aku, tak pula dia guna ilmu yang dia ada
dengan sebaiknya. Harap pakai tudung labuh saja. Tapi bila bercakap, langsung
tak dijaga perkataan yang keluar. Aku kecewa dengan golongan seperti ini,’ bungkam Farhana di dalam hati. Membulatkan
tekadnya untuk sekadar mendengar ‘ceramah’ dari manusia seperti Syahira tetapi
untuk menerimanya, tidak mungkin sama sekali.
*************************
PENGAJARAN : Sebagai seorang daei', perlulah difahami akan makna "hikmah" itu dengan baik. Jika tidak, mad'u akan lari meninggalkan kita dan lebih parah, mad'u lari meninggalkan Islam. Pada waktu itu, salah siapa? Salah daei' atau salah mad'u?
No comments:
Post a Comment