Kereta buatan Malaysia itu meluncur
laju keluar dari persimpangan Nilai Utara. Jam di dashboard kereta menunjukkan
pukul 6.15 petang. Lebuhraya PLUS menghala ke utara masih lancar perjalanannya.
Cuma lebuhraya menghala ke selatan sahaja agak perlahan. Mungkin ada kemalangan
di hadapan sana.
“Afif. Kenyang tak makan tadi?” soal
Sumayyah kepada adik bongsunya itu.
“Kenyang je. Sedap la makanan kat
restoran tu. Lain kali boleh kakak bawa Afif makan kat situ lagi,” gurau Afif
sambil memandang kakaknya yang sedang memandu.
“Insya-Allah, boleh je. Tapi Afif
kena la datang sini selalu,” balas Sumayyah sambil memandang cermin sisi
keretanya.
“Alaaa.. tak datang sini selalu pun
tak apa. Kakak belajar la masak. Nanti boleh masak kat rumah kalau kakak balik
kampung,” sengih Afif.
Kereta itu semakin meluncur laju di
lorong tengah jalan raya. Mungkin hamper 20 minit lagi mereka akan sampai ke
destinasi yang dituju.
Tiba-tiba……
“Ehh… Benda apa tu kat tengah
jalan?” soal Sumayyah terkejut sambil cuba mengelak daripada melanggar ‘benda’
yang dimaksudkan itu. Namun, gagal. Keretanya tetap melanggar ‘benda’ itu.
“Afif rasa macam bata. Warna orange.
Bunyi langgar pun macam kuat je,” Afif menjawab.
Sumayyah meneruskan pemanduannya.
Semakin lama semakin terasa berat stereng keretanya.
‘Ehh. Kenapa rasa lain je ni kereta
ni,’ gumamnya dalam hati. Lantas, dia menukar keretanya ke lorong kiri
lebuhraya.
“Afif. Kakak rasa macam tayar pancit
je sebab rasa macam lain je stereng ni. Berat,” ucap Sumayyah stelah berdiam
diri untuk beberapa ketika.
“Kalau macam tu, kakak berhenti je
lah kat tepi jalan ni. Tak pun, berhenti je terus kat R&R tu,” cadabg Afif
sambil menunjukkan R&R Nilai yang semakin dekat dengan mereka.
Kereta Proton Wira itu semakin
perlahan menyusur ke bahagian tepi jalan raya melepasi kawasan R&R Nilai.
Lalu, lampu kecemasan terus dipasang.
Hanya sepi yang menemani pasangan
adik beradik itu.
‘Nak buat macam mana ni,’ si kakak
bermonolog di dalam hati. Dikeluarkannya telefon bimbitnya.
Lantas, dia mendaftar masuk ke akaun
facebooknya.
“Kadang-kadang kita tak sedar,
disebabkan sikap pentingkan diri atau kecuaian kita, orang lain telah
teraniaya. Tayar keretaku pancit. Huhu. Sedih”. Lalu, ditekan butang ‘post’ selepas menaip status terbarunya.
Status itu kelihatannya kecewa dengan insiden pelanggaran bata tadi. Sejurus
selepas itu, dia menghubungi abahnya.
“Assalamualaikum , abah. Abah, tayar kereta kakak pancit la. Macam mana ya?” soal Sumayyah setelah
panggilannya dijawab oleh abah.
“Laa.. ye ke. Kakak kat mana ni?”
soalan Sumayyah dibalas dengan soalan juga.
“Kakak berhenti kat tepi highway ni.
Lepas sikit dari R&R Nilai. Abah boleh datang tak?” sebak suaranya.
“Abah tak dapat pergi la sayang.
Abah ada hal ni. Ok, macam ni. Nanti abah cari nombor PLUS dulu. Lepas tu,
kakak cuba call ya,” jawapan diberi kepada soalan anak daranya itu. Suara itu
kedengarnnya risau. Mana mungkin Encik Muhammad tidak risau. Sekarang sudah
hampir senja tetapi anak-anaknya masih di tepi jalan tanpa arah tuju.
“Ok. Terima kasih abah. Nanti kakak
call,” jawab Sumayyah perlahan.
“Macam mana kakak. Kita nak buat apa
ni?” Afif bersuara setelah berdiam diri untuk beberapa ketika.
“Abah ada bagi nombor telefon PLUS.
Abah suruh call sebab abah ada hal. Tak dapat datang,” jawab Sumayyah sambil
menghubungi PLUS setelah abahnya menghantar nombor telefon tersebut melalu SMS.
“Ishhh. Lamanya iklan. Boleh ke tak
ni PLUS ni? Time emergency pun sempat lagi nak beriklan lama-lama,” Sumayyah
membebel. Tertekan mungkin. Ditambah pulak dengan rasa letih yang bertandang.
Setelah dicuba beberapa kali, barulah
Sumayyah dapat bercakap dengan pekerja PLUS yang sedang bertugas ketika itu.
Setelah memberitahu lokasi, nombor plat kereta dan masalah yang dihadapi,
Sumayyah bersandar di tempat duduk keretanya itu. Menghela nafas panjang.
Lama juga mereka menunggu. Sehingga
hampir masuk waktu Maghrib, datang sebuah kereta Toyota Vios putih, berhenti di
belakang kereta mereka. Keluar seorang lelaki.
“Tayar pancit ke dik?” tanya pemuda
yang berumur linkungan 30-an itu.
“Ya, tayar pancit,” ringkas jawapan Sumayyah.
“Ada tayar spare? Saya boleh tolong
tukarkan,” pemuda itu menawarkan pertolongan.
Kaku tubuh Sumayyah berdiri di tepi
keretanya. Tidak ada jawapan untuk soalan itu.
“Jangan risau. Saya memang nak
tolong. Adik boleh ambik i/c saya,” ucap pemuda itu sambil mengeluarkan dompet
dari poket seluarnya. Dihulurnya kad pengenalan miliknya kepada Sumayyah.
Diam. Sumayyah diam lagi untuk
beberapa saat. Kemudian, dia kembali bersuara, “Ada. Saya ada tayar spare.
Sekejap ye.”
Dibukanya boot kereta Proton Wira hijau
itu.
“Dah masuk maghrib ni. Kalau adik
nak solat dulu, boleh lah. Solat kat surau R&R tu,” pemuda itu menuding
jarinya ke arah R&R Nilai.
“Ok,” ringkas lagi jawapan Sumayyah.
Ditangan kirinya ada kad pengenalan pemuda itu. Tangan kanannya memegang tangan
adiknya yang berumur 10 tahun itu.
Usai menunaikan solat Maghrib,
mereka kembali ke kereta. Pemuda itu kelihatannya sudah selesai melakukan kerja
membaiki tayar pancit.
“Dah siap solat? Saya pun sah siap
tukar tayar ni,” pemuda itu menuturkan kata tanpa sempat Sumayyah bertanyakan
apa-apa.
“Oh.. ye ke. Terima kasih
banyak-banyak sebab tolong kami adik-beradik. Hanya Allah sahaja yang mampu
membalasnya,” Sumayyah hanya mampu mengucapkan ayat itu sebagai tanda terima
kasihnya kepada pemuda itu.
“Tak ada apa-apa
pun. Ok. Hati-hati drive,” ucap pemuda itu ringkas beserta pesanan di hujung
tuturnya.
Sumayyah berlalu pergi dari tempat dia berdiri dan menuju ke keretanya.
Sumayyah berlalu pergi dari tempat dia berdiri dan menuju ke keretanya.
“Adik,”
panggil pemuda itu.
Sumayyah
berpaling.
“Anggaplah
ini ujian daripada Allah. Kalau kita mengadu dan minta pertolongan padaNYA,
insyaAllah, Dia akan permudahlan urusan kita,” kata pemuda itu sambil
tersenyum.
Sumayyah
senyum lagi. Afif pun begitu. Senyum lagi. Sumayyah
duduk di tempat duduk pemandu. Diam. Untuk tempoh yang agak lama.
‘Ya Allah.
Apa aku buat ni. Sepatutnya, bila aku ada masalah, aku mesti cari Allah dulu.
Minta tolong dengan Allah. Bukan mengadu dan meraih simpati di facebook. Ampuni
aku di atas kelalaianku ya Allah. Malunya aku denganMu,’ Sumayyah berfikir
sendiri sambil meraup wajah.
Ada mutiara
jernih mengalir dipipinya. Empangannya pecah. Kemudian, dia menghidupkan enjin
keretanya, menuju ke destinasinya iaitu rumah mereka. Hatinya tenang.
‘Terima
kasih ya Allah untuk ujian hari ini,’ desis hati kecilnya. untuk ke berapa
kali, Sumayyah senyum lagi.
No comments:
Post a Comment