KALAULAH MULUT KITA ADA PASANGAN......
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "hendaklah kamu berkata baik ataupun diam." Diam yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah mengandungi banyak hikmah, antaranya :
1. apabila kurang bercakap kita akan berfikir dan apabila lenuh berfikir, akal akan menjadi lebih tajam.
2. fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan, bukan pada nafsu.
3. kurang dosa, kerana banyak bercakap, banyak pula dosanya. Apabila banyak dosa, kurang rasa malunya. Apabila kurang rasa malu, manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.
4. tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya.
5. dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.
No comments:
Post a Comment