Thursday, 23 February 2012

TIP-TIP MEMUTIHKAN GIGI




Cara-cara  yang disenaraikan di bawah boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Bahan-bahan yang perlu anda ada :
~straw
~berus gigi
~jus lemon
~garam
~baking soda
~hydrogen peroxide
~strawberi

LANGKAH 1
Hadkan pengambilan minuman yang boleh meninggalkan kesan degil warna pada gigi seperti kopi, teh susu, minuman bergas yang berwarna dan minuman beralkohol. Jika anda tidak boleh untuk berpisah dengan minuman kegemaran yang berwarna, gunakan straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dengan gigi.

LANGKAH 2
Berus gigi anda dengan segera selepas makan, lebih-lebih lagi jika makan makanan yang meninggalkan kesan warna yang degil seperti buah beri.

LANGKAH 3
Gosok strawberi mentah pada gigi anda, sebaik-baiknya strawberi ynag asli (bukan jem strawberi). Terdapat satu enzimpada strawberi yang mampu bertindak sebagai agen pemutihan. Kumur-kumur selepas anda rasakan gula semulajadi dan asid pada strawberi sudah dikeluarkan oleh strawberi pada gigi.

LANGKAH 4
Makan makanan yang rangup yang memerlukan banyak kunyahan seperti lobak, daun saderi, brokoli, dan epal kerana makan seumpama ini membantu dalam membuang plak yang terkumpul di celahan gigi.



LANGKAH 5
Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi. Hasilnya memuaskan walaupun rasanya tidak sesedap yang dirasa.

LANGKAH 6
Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes. Berus gigi anda dengan pes tersebut dan bilas. Sekali lagi, rasanya tidak menyenangka tetapi pastinya gigi anda berterima kasih kepada anda..! (^_^)

LANGKAH 7
Gunakan hydrogen peroksida untuk memberus gigi anda. Celup berus gigi anda ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang anda lakukan dengan ubat gigi biasa. *hati-hati agar tidak tertelan. Bilas dengan air.

TIP TAMBAHAN
~beli ubat gigi yang mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semulajadi
~berus gigi setiap kali selepasa makan dan  kerap floss gigi adalah langkah pertama untuk senyuman yang kekal berseri.

No comments:

Post a Comment