Sunday, 12 February 2012

Ujian Itu Tanda Kasih ALLAH kepada HambaNYA.



Assalamualaikum.

Saya just nak kongsi satu benda dengan anda. 10hb januari 2012, saya sekeluarga telah diuji
 oleh ALLAH. Rumah saya telah dimasuki perompak. Kejadiaan tu berlaku pada waktu subuh. Saya pada ketika itu ada di asrama di salah satu IPTA di Negeri Sembilan. Kebiasaannya, memang emak tinggal berdua sahaja dengan ayah. Saya tengah dalam musim exam masa tu. Memang agak terkejut bila ayah call, bagitahu saya pasal tu. Bila dengar sendiri cerita emak, memang tak senang duduk saya dibuatnya. Ye lah, emak cakap, perompak tu masuk dengan bersenjatakan pisau potong daging dan sabit rumput dan kebetulan pagi tu memang emak saya tak sihat. Perompak-perompak tu ikat tangan, kaki dan mulut emak. Ayah pulak kat surau.
Untuk masa tu, senang cerita memang saya duduk dalam keadaan yang sangat tak tenteram.. tiap-tiap hari rasa macam ada orang dok tengok je rumah saya ni.. nak keluar masuk asyik kunci pintu je.



apa yang saya nak kongsi kat sini, bila kita diuji, benarlah kata Allah dalam Al Quran, baru kita nak ingat kat Allah betul2. saat kita mendapat nikmat dariNYA, kita selalu lupa pada DIA yang mencipa alam ini. Lagi satu, apa yang saya nak kongsikan kat sini lagi, kebergantungan kita pada ALLAH. emak selalu cakap lepas dari kejadian tu, "kalau selalu dok jaga pintu je, tapi tak doa, tak jaga hubungan dengan ALLAH sebaik2 baiknya, tak jadi jugak. doa tu kan senjata orang mukmin.."


mungkin inilah salah satu hikmah yang Allah nak tunjuk kat kami sekeluarga. sebelum kakak saya balik KL, kakak saya ada jugak cakap, "jangan sebab kejadiaan tu jadi time subuh, lepas ni terus tak pi surau. sebeb apa..? sebab takut perompak tu masuk lagi. kita pi surau, lepas tu kita kunci la pintu.. then, tawakkal kat DIA. benda ni jadi mungkin ALLAH nak kita lebih dekat dgn DIA.."

 (^_^) ~hargailah nyawa kita. Sesungguhnya nyawa itu adalah amanah dari ALLAH. ~ Jaga diri.

No comments:

Post a Comment