Bila terbaca pasal aurat ni, teringat kisah anak saudara saya yang berumur enam tahun pada tahun ni. Tapi kalau ikut bulan, dia baru berumur lima tahun dua bulan. Nama diberi Nawwar Basirah binti Abdul Ghaffar. Nawwar,
adalah nama panggilannya dalam keluarga kami. Nawwar anak sulung kepada abang saya yang sulung.
Seorang yang amat petah berkata-kata, sangat mendengar cakap, senang untuk menghulurkan bantuan tanpa banyak bicara. Itu adalah antara karakter dan sifat-sifatnya sebagai seorang kanak-kanak. Mendengar butir bicaranya seperti tidak percaya yang nawwar hanyalah seorang kanak2 berumur lima tahun. Katanya dia rindu sangat dengan ibu saudaranya yang seorang ni atau lebih mesra dengan panggilan mak cik (sayalah orangnya.hehe).
Nawwar Basirah binti Abdul Ghaffar
Kebetulan hari jumaat di tempat saya ada pasar malam. Jadi saya berjanji dengannya yang saya akan membawanya ke pasar malam. Masa nak keluar tu, saya cakap kat dia yang dia tak perlu pakai tudung sebab kecik lagi. Lagipun cuaca agak panas masa tu. Saat itu, saya lupa bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, jawapan yang diberikan agak mengejutkan saya. Katanya, "Nawwar nak pakai tudung. Nak jadi macam ibu nawwar. Ibu nawwar tak pernah buka tudung kalau keluar jalan-jalan. Nanti ALLAH marah kalau nawwar tak tutup aurat." Diam. Terkedu saya mendengar jawapannya.
Subhanallah..!! Moga Nawwar Basirah menjadi anak yang solehah untuk ibu dan babanya. Hanya itu yang saya
doakan untuknya. Ya ALLAH. Kanak-kanak pun tau apa itu AURAT..!
Apa yang saya dapat daripada kisah di atas antaranya, benarlah kanak-kanak itu adalah acuan didikan kita. Sebagai analoginya, kalau bulat acuannya, maka bulatlah bentuknya. Begitulah kanak-kanak. Kalau baik acuannya, maka baiklah jadinya. Insya-Allah. Kanak-kanak juga mudah untuk meniru apa yang dilihatnya seperti dakwah Rasulullah S.A.W, dakwah bil hal atau dakwah melalui perbuatan. Sesungguhnya sebagai seorang muslim atau muslimah, sangatlah penting atau lebih tepat lagi untuk kita menjaga aurat bagi mengelakkan masalah yang tak diingini berlaku. Menjaga dan menutup aurat itu adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. Kanak-kanak pun tahu..!!
No comments:
Post a Comment