Tuesday 4 September 2012

BARAKALLAHULAKUMA....

BISMILLAH.....

1 september 2012 baru-baru ni, one of my ex-schoolmates masa sekolah menengah dulu kahwin. ^_^ Hanzalah dan isterinya, Khaulah Faizah.. beliau adalah sahabat saya yang kedua yang telah berkahwin. nothing much to say and write here. just pictures.. ^_^


lafaz sakinah


ayah hanzalah, En. Tarmizi dan ayah mertua, en. Rosli


Khaulah Faizah tengah sign surat nikah (kot.. hee.. tak pasti)



sarung cincin



 salam seorang isteri



sampai bila2 pun, kena taat pada ibu. ^_^



mereka sekeluarga



kami.... ex-SMK Agama Sik



sahabat muslimat SMK Agama Sik



masa pi kenduri kahwin ni, rasa teruja dan kagum dengan majlis tu.. simple tapi puas hati. tak ada lagu2 yang melalaikan, lauk pauk pun sederhana (boleh elak pembaziran), pengantin pun simple ja.. pengantin perempuan tak da make up tebal2 pun. segalanya terjaga mengikut syariat ISLAM.. tahniah buat Hanzalah dan isteri, Khaulah Faizah.. moga baitul muslim yang dibina ini bahagia hingga ke syurga, disirami mawaddah dan rahmah.


kami.... kami bertiga.. atikah, fatin dan rasyidah..
friend till jannah.. ameen..

gambar-gambar kenduri kahwin di atas adalah ehsan Afnan Muhyiddin, (^_^) sahabat SMKAS dulu.. photographer profesional ni.. hee.. lepas ni sapa2 yang ada nak buat event dan perlukan photogarpher, boleh la contact dgn mr.afnan.. ^_^



Monday 3 September 2012

SANAH HELWAH..!!

BISMILLAH.....

lama sudah tak ber'update' blog ni.. ^_^ bulan puasa hari tu memang tak ada update langsung. terlintas dalam hati tu, macam-macam entri nak tulis tapi tak update jugak.. hihi.. macam2 cerita dah terlepas.. pengalaman pertama berpuasa tanpa ayah di sisi, hari raya, ziarah kubur ayah, reunion sekolah, hari lahir diri sendiri and the latest one is my ex-schoolmate's wedding.

masa BW tadi, ada terbaca satu entri ni, pasal MATI.. very interesting. hari lahir saya 26 ogos yang lepas. Alhamdulillah, ALLAH bagi saya peluang lagi untuk merasai segala nikmatNYA yang tak terhitung banyaknya.




Dulu, mak selalu cerita. Tahun 1990, mak tunai haji di mekah dgn ayah.. masa tu, mak ada anak 4 orang, 3 lelaki dan sorang ja perempuan (kakak). Masa mak dgn ayah pi mekah tu, mak memang teringin lagi sorang anak perempuan.. di mekah, mak dgn ayah ambik kesempatan utk berdoa , mintak kat ALLAH, nak lagi soran
g anak perempuan.. tahun 1991, I was born.. Alhamdulillah.. ^_^

ayah pulak selalu cerita pasal nama, macam mana beliau bagi nama pd saya. Dulu, abang sulung minat sangat dgn nama 'Masyitah' tapi mak dgn ayah nak letak nama lain.
Ayah pilih nama 'Rasyidah', yang telah diambil dari surah Hud, ayat 78 : ….'Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?'..
bijak = rasyid.. disebabkan saya perempuan, maka jadilah 'Rasyidah'.. ^_^ selama sy hidup bersama ayah hampir 21 tahun, ayah tak pernah panggil saya dgn nama singkatan seperti 'syidah', apatah lagi dgn gelaran 'adik' dan yang seangkatan dgnnya.. ayah akan panggil penuh nama saya. abg yg second selalu ckp, 'jgn nama ja maksud bijak.. kena bijak betoi2 la'.. whatever it is, sy syg bodyguardS sy.. ^_^

Sungguh, Allah dah ambil 21 tahun dari umur saya. Mesej hari lahir yg diberi oleh sahabat baik saya pada tahun 2009 sampai sekarang, still mesej yang sama tapi sgt mendalam maksudnya : "Semakin meningkat usia, semakin banyak tanggungjawab dan amanah, semakin dekat dengan kematian dan kubur, dan semakin dekat pertemuan dgn ALLAH".. pesanan dan soalan untuk diri saya, "fahamkan betul2 apa itu hakikat kehidupan yang sebenar..hidup bukan sekadar hidup..apa yang saya dah buat untuk agama ALLAH..?"