Friday 27 July 2012

AJAIBNYA RAMADHAN

BISMILLAH....


Alhamdulillah, tadi lebih kurang pukul 9.40 malam, 26 julai 2012 bersamaan 6 RAMADHAN 1433 H saya telah bersempatan menonton rancangan 'SEMAIS KURMA' yang bertajuk "ajaibnya RAMADHAN'.. tetamu yang hadir adalah Ustaz Haslin dan dua orang mualaf perempuan.

antara yang sangat2 menarik perhatian saya rancangan semanis kurma malam ni adalah :

saya sangat kagum dengan dua mualaf tersebut. betapa mereka begitu teruja dan sangat2 menghargai bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. salah seorang dari mereka ada cakap, beliau paling sedih kalau datang 10 hari terakhir Ramadhan. betapa beliau mengharap agar Ramadhan tak pergi meninggalkannya. betapa mereka berjuang habis-habisan untuk menyempurnakan sebulan Ramadhan, tidak mencari sebarang alasan. betapa mereka menghargai solat tarawih dan sahur. kagumnya saya melihat cara berpakaian mereka. betapa mereka menjaga aurat. seinci lengan pun tak nampak. betapa mereka berusaha bersungguh2 untuk belajar al-Quran. seorang lagi mualaf tersebut ada cakap, "seorang syeikh pernah berkata pada saya, kalau kamu faham Al Quran walaupun sedikit dan melekat di hati, itu lebih baik daripada kamu ingat tapi tak faham dan tak lekat di hati.." sesungguhnya mereka yang mendapat cahaya ISLAM bukan dari keturunan itu sangat menghargai hidayah yang ALLAH bagi pada mereka. ya ALLAH.... Subhanallah....'azim

cuba kita bandingkan dengan diri kita yang memang sejak lahir dah hidup dalam agama ISLAM. macam mana puasa kita? macam mana aurat kita? sedihkah kita apabila RAMADHAN akan pergi meninggalkan kita? ada seorang dari mualaf tersebut menceritakan bagaimana beliau terpaksa bersahur secara sembunyi2 untuk mengelakkan daripada sahabat-sahabatnya yang beragama kristian tahu bahawa beliau telah memeluk agama ISLAM.

ada seorang penonton yang berkongsi pengalamannya tentang BETAPA AJAIBNYA RAMADHAN. beliau merupakan seorang wanita yang telah disahkan oleh doktor bahawa telah menghidap penyakit kanser ovari pada tahun 2001 yang mana penyakit ini menyebabkan beliau SANGAT SUSAH untuk hamil. jadi doktor telah meminta beliau untuk makan ubat kesuburan. setiap kali Ramadhan beliau akan berdoa bersungguh2 pada ALLAH untuk menyembuhkannya bagi mempunyai zuriat sendiri dan beliau sangat yakin dengan kuasa ALLAH. Alhamdulillah, berkat kesabaran beliau, keberkatan bulan Ramadhan dan kuasa ALLAH yang sangat hebat, pada bulan syawal tahun 2008, beliau telah disahkan hamil.

Subhanallah... betapa hebatnya kuasa ALLAH.. betapa ajaibnya Ramadhan.. betapa ruginya kalau kita membiarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa apa2 perubahan yang baik dalam diri kita.

sebagai rumusan, Ustaz Haslin cakap : Nabi SAW pernah bersabda, "betapa malangnya bagi mereka yang apabila Ramadhan datang, dia dalam keadaan yang berdosa. perginya Ramadhan, dosanya semakin bertambah."

salam muhasabah untuk kita semua terutamanya diri ini..ameen3x

Thursday 26 July 2012

MASUK NERAKA KERANA SEBIJI TELUR

BISMILLAH....

siapa yang tengah baca entri ni, pernah duduk asrama..? tak kisah la, masa sekolah ke, masa di matrik ke, masa dah dekat universiti ke. ^_^ jom kita tengok kat bawah nie. boleh masuk neraka hanya kerana sebiji telur..??? biar betul..??

entri yang ni pun, saya masih ambil daripada 'updated status' oleh 'friend list' saya dalam FB iaitu ustaz ibnu batoota. saya tak ingat bila masa beliau update tapi baru2 ni jugak la. around one or two weeks ago.. ^_^ moga kita menjadi hamba ALLAH yang benar2 berfikir dalam setiap tindak tanduk kita. =)

---------------------------------------

Ibnu batoota= IB
Ustaz= U
Kawan= kawan

K: bro,ada telor tak?aku nak masak meggi ni..esok aku ganti balik....

IB: nak telor org ke telor ayam?

K: telor ayam la moron...

IB: ok.....(bg telur sebijik,saiz besar,gred A)

Esoknya....

K: abg telor,ni telor ko yg aku pinjam semalam...nah...

IB: less teach(kurang ajar) punya budak...pape pun,trima kasih.....

................
................
Err.....
Tapi.....

K: tapi apa?ni telor ayam bukan telor buaya...

IB: ye aku tau,tapi telor ni kecik,gred F,aku bagi smlm telor besar,gred A....

K: aku nk buat mcm mana,kat kedai jual ni je...ala kira halal la ek...

IB: aku tak kisah...cuma dlm mazhab syafie,makanan yg ditukar dgn makanan,wajib sama rata dari segi sukatan,saiz,berat,jenis,gred....kalau tak...jadi RIBA!

K: ha??

IB: AKU TAK NAK MASUK NERAKA SEBAB TELOR!!!!!!

K: Wei!!rileks la...!!!

IB: huh..huh...(slpas ditenangkan)

K: jom tanya ustad psl ni....

Esoknya..dlm kelas...selepas cerita kt ustad..

U: ye,jadi riba,habis aar korang!!masuk neraka sebab telor!!!

K dan IB: TIDAAAAAAAAKKKKKK!!!!!!

U: hehehehehe...dah2,pegi sembahyang taubat..lps ni jgn buat lagi...

CELAKA PUNYA TELOR!!!

Pengajaran: aku yakin benda ni byk berlaku kat korang..dan lepas ni jgn buat lagi...kalau korang nak pakai telur,gula,garam,buah,makanan2 lah,JANGAN GUNA AKAD PINJAM...tp akadkan sbg hadiah...dan bila ganti balik pun,gunakan akad hadiah..sbb kalau pinjam makanan,wajib bayar dgn makanan tu jugak..kalau tak jadi riba...

--------------------------

mungkin ada di antara kita termasuk saya, baru tahu pasal nie.. riba itu boleh terjadi dalam keadaan yang kita tak sangka atau tak tahu. sekarang ni kita dah tahu kan..? ^_^ lepas ni kita semua perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. moga menjadi pengajaran buat kita semua.. ameen3x.. =)

~~SALAM RAMDHAN KAREEM

Wednesday 25 July 2012

OPSSS..!! SORRY...


BISMILLAH.....


Sometime we feel stupid when we ask others' forgiveness. Sometime we feel like we are a looser when we say "sorry". Sometime we feel like it's so shameful when we "kneel down" to say "sorry". But, one thing that we must know is, we do not loss anything, other than blessing of ALLAH SWT. We should worry that if we are too obvious in taking care of our EGO (by not saying 'SORRY' and not giving forgiveness) without thinking about our good deed including our fasting and prayer, they are accepted or not by ALLAH?



May be to some of us, it is so hard to say 'sorry'.

~"what happen if he/she doesn't forgive me..?"
~"why should I apologize first..?"
~"who cares if he/she does not forgive me.."

I believe that, there are some of us think like these. I know that apologizing doesn't come easy for some of us. Throw it away from our mind. Believe that, by saying that simple word (SORRY), we do not loss anything but the situation will get better. The words, “I’m sorry” can get us out of trouble when we have done something wrong or hurt someone we care about.

Just go to that person and say like these :

~"if I have done anything wrong to you, I'm sorry.."
~"I'm sorry for troubling you.."
~"I'm sorry for all my doing wrong to you.."~

Just choose. Let us discipline ourselves to be humble enough to graciously and freely say we are sorry when we have offended others.
Humble ourselves and do so, and say it like we mean it. We do not loss anything. Set it in our mind. ^_^



~~sorry for everything.. =) ~~ salam RAMADHAN KAREEM

Tuesday 24 July 2012

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. bukan sekadar ucapan di bibir.

BISMILLAH...


Alhamdulillah, ALLAH masih bagi peluang untuk saya pada hari ini bagi merasai dan menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.. hari ini hari keempat RAMADHAN kareem.. ALHAMDULILLAH..

kali ni, entri saya masih lagi saya ambil daripada "updated status" oleh 'friend list' dalam FB saya iaitu ustaz Ibnu Batoota. ^_^ di"update" oleh beliau pada 24 julai 2012 bersamaan 4 RAMADHAN 1433 H.. moga ia nya memberi manfaat kpd kita semua, insya ALLAH..

-------------------------------------------

AMARAN: STATUS NI SANGAT BERBAHAYA KEPADA HATI YANG BUSUK,HANYA UNTUK YANG BERHATI WANGI SAHAJA,SILA PERGI DENGAN SOPAN DAN PENUH ADAB KETIMURAN JIKA TIDAK SUKA.

Ibnu batoota nikah gantung dengan bidadarinya dan kami berhubung dengan SMS:

-Bercinta hingga syurga-

IB: assalamualaikum,bidadariku~tiap hari lepas baca quran mesti sayang bagi laporan berapa juz dah habis,kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

B: wa'alaikumussalam...orang merajuk! :'(

IB: laaa kenapa ni?

B: semalam abang ponteng tahajud!sayang call kejut abang tak jawab.... :'(

IB: astagfirullahal'azim.....abang penat+malas semalam... :'(

B: tapi dulu abang dah janji dengan sayang nak masuk syurga sama2..

IB: betul lah tu..hm...abang minta maaf... :'(

B: kalau abang ponteng amal,sayang akan lebih amal,bila sayang lebih,sayang takut syurga sayang lagi tinggi,abang duk syurga rendah,mcm mana kita nak jumpa?sayang tak mau berpisah ngn abang...abang yang janji nak bercinta sampai syurga kan???

IB: (mengalir air mata)...semoga allah ampunkan abang...malam ni abang janji tak malas-malas lagi...jangan merajuk lagi ye?

B: ala..orang boleh merajuk kejap je pun,sebab tiap-tiap malam kan sayang mintak maaf kat abang sebelum tidur....abang,kenapa suara abang tak macho hari ni?

IB: hidung tersumbat la... =.="

B: abang,abang...sayang nak ckp ni,sayang dah khatam quran semalam...hari ketiga pun dapat 10juz.. ^_^

IB: alhamdulillah...lepas ni cuba 15 juz sehari pulak ye?

B: ala abang ni,suka letak target rendah-rendah...abang tau tak,sayang dengan adik beradik sekarang tengah cuba sahut cabaran abi tau...nak tau tak berapa abi cabar?

IB: nak tau!nak tau!nak tau!hee~

B: 30 juz dalam masa 15 jam...

IB: =.="

Note: 

Sekarang syurga tengah kecoh sebab bidadari dalam syurga tengah meratap sedih tak tentu arah kerana terlampau cemburu kepada bidadari dunia wanita acuan rasulullah...
Penuhkan dunia dengan bidadari...gegarkan syurga dengan tangisan dan ratapan cemburu para hurul 'ain(bidadari syurga)...

*belum berhenti menangis sejak status ni ditulis*

-------------------------------------

ya ALLAH.. betapa kerdilnya diri ini.. moga menjadi teladan buat kita semua, baik lelaki mahu pun perempuan. 

BUKAN TAK BOLEH TAPI............

BISMILLAH

~~sekali lagi entri saya, copied from updated status 'friend list' dalam FB saya, ustaz ibnoo batoota. di'update' oleh beliau pada 22 julai 2012 bersamaan 2 RAMADHAN 1433 H~

---------------------------------------


Wahai sekalian muslimah,kekasih Rasulullah....


Islam tak pernah haramkan kalian berhias,berfesyen..
Tapi islam haramkan ia dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..


Islam tak pernah haramkan pakai myk wangi kuat2...
Tapi islam haramkan ia dipakai utk lelaki bukan mahram cium baunya...


Islam tak pernah haramkan make up tebal2...
Tapi islam haramkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..


Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...


Islam tak pernah haramkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dgn bkn mahram...


Islam tak pernah sekat apa2 kebebasan wanita..
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram..


Kerana apa?


Kerana muslimah sgt berharga..
Mereka umpama mutiara..
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya..


Kerana apa lagi?


Kerana islam membezakan manusia dan haiwan...
Yang memisahkan lelaki dan perempuan...
Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan...


Original from ibnu batoota~penuhkan dunia dengan bidadari..


Sunday 22 July 2012

WALAU SEBIJI MANIK....

BISMILLAH....

kali ini, entri saya berkisarkan tentang cinta.. bukan kisah cinta yang direka-reka, bukan kisah cinta yang ditambah gula utnuk menjadi "oh, sweetnya dia".. semua itu bukan..tapi inilah kisah cinta di alam realiti.. CINTA YANG HALAL DI SISI ALLAH DAN SUDAH PASTINYA HALAL DALAM ISLAM..
Duhai wanita, moga kita benar-benar mengerti.. ^_^



entri ini saya ambil dari satu updated status dari seorang 'friend list' saya.. iaitu ustaz ibnu batoota.. ^_^
(di update oleh beliau pada 22 julai 2012, bersamaan 2 RAMADHAN 1433 H...)

                  ---------------------------bidadari di sini merujuk kpd isteri beliau---------------------



Ok...nak baca ttg bidadariku lagi?(kalau dia tau satu dunia tau tentang dia,mampus aku)

Pagi tadi lepas sahur,aku bagi mesej rindu padanya yang halal buatku....dan hatiku,betul-betul tersentuh dengan perbualan kami yang berlaku baru kejap tadi(11 pagi)

Ibn batoota:IB
Bidadariku:B

IB: assalamualaikum,bidadari abg dah tidur ke?nak cakap something ni...(sms lepas waktu sahur)

B: wa'alaikumussalam,maaf bang,tadi pagi syg tidur,lepas tu baca quran,ni baru tengok hp,tak perasan mesej abang... :'( maaf ye...abang nak ckp apa?(dalam pukul 10.30 baru dia reply)

IB: takpe,abang pun tidur jugak tadi sebab tunggu sayang tak reply...macam ni baby,abang ada satu permintaan nak sayang tunaikan...

B: err..menakutkan je abang ni,nak minta apa ye?

IB: abang nak masa kenduri 2 september ni,sayang pakai abaya hitam yang abang beli kat madinah yang abang bagi sebagai hantaran baru-baru ni boleh?memang abang beli tu untuk sayang pakai masa kahwin...boleh kan?

B: hm...boleh tu boleh bang...tapi...abaya tu ada bunga-bunga kat tangan dia dan ada batu-batu kelip kat tengah baju.......... :'(

IB: err..abang tak faham maksud sayang...kan cantik macam tu?

B: memang lah cantik,sayang suka sangat,terima kasih sangat,tapi tu semua kan termasuk sebagai perhiasan... :'(

IB: jadi apa masalahnya?abang nak isteri abang cantik-cantik apa salahnya?

B: masalahnya,sayang takut ada lelaki bukan mahram nampak sayang dalam keadaan pakai abaya cantik berhias tu....sayang tak mau berhias kepada sapa-sapa pun kecuali kat abang..... :'(

IB: allah,allah....err..(tergamam tak tahu nak jawab apa)..jadi sayang tak pernah ada baju bunga-bunga?baju selain baju hitam?

B: ada tu ada...tapi tak pernah sekali pun seumur hidup sayang pakai baju warna selain hitam,berbunga walau sedikit,dan apa saja jenis bentuk perhiasan walau sebijik manik pun bila keluar dari rumah...baju tu semua pakai dalam rumah je...

IB: kenapa ye?

B: sebab abi tak bagi,abi cakap "kalau tutup aurat tapi berhias untuk laki yang haram bagi kamu tu tengok,bermakna kamu masih belum menutup aurat!" dan sebab kedua,sayang nak berhias untuk suami sayang je nanti,sayang takut suami sayang kecewa yang sayang pernah pamerkan kecantikan sayang kat laki lain yang tak halal bagi sayang.....

IB: (ya allah,dengan siapakah aku kahwin ni?*cakap dalam hati*)...erm....pasal kenduri tu,macam ni...sayang pakai baju hitam semua tanpa hiasan bila datang rumah abang,kemudian masuk bilik pengantin,baru tukar baju abaya cantik tu ye?abang nak sayang cantik-cantik hari tu,tapi utk tontonan kaum wanita dan abang je....ok?

B: yeeaayy... ^_^ terima kasih abang...sayang abang... ♥

Note: aku sendiri yang kononnya keras dalam bab aurat pun tak terfikir tentang amalan isteri aku ni,di dunia realiti,ramai perempuan tutup aurat dengan sempurna,pakai purdah dan lain2,tapi mereka pamerkan gambar2 mereka di fb dalam pakaian yang cantik2,dalam posing2 yang cantik,semua tu jadi makanan laki2 bukan mahram...dalam masa yang sma mereka anggap diri mereka sudah SOLEHAH...dan sering bagitau yang nak buat itu buat ini khas utk suami,zauji,ucapan itu utk suami sahaja,kecantikan utk suami sahaja dan lain2 yang berkaitan...sedangkan mereka baru saja 'diratah' lelaki2 ajnabi.....

Mungkin status ini dapat insafkan beberapa insan bergelar wanita lalu mereka delete gambar2 mereka walaupun berpurdah utk tatapan suami sahaja spertimana bidadari ini lakukan....apatah lagi yang belum berpurdah,kecantikan demi kecantikannya yang milik suami(atau bakal suaminya) tersebar secara percuma kepada lelaki yang haram baginya....

Aku bukan berfatwa itu haram ini haram..tapi aku mengajarkan kalian apa itu makna 'wanita solehah'....

Friday 20 July 2012

CARA TERINDAH UNTUK MATI.. ^_^

Bismillah..

Alhamdulillah, baru-baru ni saya berkesempatan menjejakkan kaki ke "PESTA BUKU HABIBI" yang diadakan di tempat saya. banyak sangat buku-buku yang dijual. daripada untuk kanak-kanak sampailah untuk golongan dewasa. di pesta buku tu, saya telah membeli tiga buah buku. salah satu tajuknya adalah "Cara Terindah Untuk MATI". best sangat buku ni. alhamdulillah, saya dah start baca tapi tak habis lagi. ^_^ bagi saya, buku ni, kalau dibaca dengan hati yang penuh penghayatan, memang menginsafkan kita. mengalir jugak la air mata saya. =).

~saya ingat nak publish cover depan buku tu tapi laptop macam problem sikit..huhu.. mintak maaf sgt2 ya sahabat2.. ^_^

apabila disebut MATI, ada manusia yang berasa gerun lalu mereka perhebatkan lagi ibadah mereka. ada jugak yang gerun tapi masih macam tu jugak, tak berubah dari segi amalan kebaikan. ada jugak golongan yang memang langsung tak ingat mati atau pun ada yang tahu bahawa mati itu pasti tapi tak rasa apa-apa. kita termasuk dalam golongan yang manakah..? yang tu kita kena tepuk dada, tanya iman sendiri. =)

mati itu kiriman ALLAH. suatu panggilan pulang yang pasti terjadi kepada setiap manusia di dunia ini. tidak kira cepat atau lambat, tiada jiwa yang mungkin terlepas daripadanya. tiada insan yang tahu baki umurnya di dunia ini. setahun lagikah..? atupun beberapa saat lagikah..? tiada siapa pun yang bisa menjangka bila masanya sakaratul maut itu, baik orang yang biasa-biasa saja atupun orang yang hebat. yang perlu kita tahu adalah MATI ITU PASTI.

semoga kita dikurniakan HUSNUL KHATIMAH. oleh itu kita dianjurkan supaya sentiasa berwaspada dan memperbanyakkan doa seperti dalam surah ali-Imran : "wahai Tuhan kami. jangan Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kpd kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-MU. sesungguhnya Engaku pemberi kunia.."

ada jugak doa  lain yang boleh diamalkan.. =)

Sempena RAMADHAN KAREEM yang dah menjelma, sama-samalah kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah sempat kita merasai nikmat RAMADHAN pada tahun ini sehingga akirnya..? =) moga kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk merasai nikmat bulan yang penuh barakah ini hingga akhirnya dan yang seterusnya..ameen3x.. insyaALLAH..



Sunday 15 July 2012

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM.. DAH BERAPA PERCENT YE..?


Bismillah...

Ramai beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin. Dalam erti kata lain untuk melahirkan rasa simpati dan empati. Anggapan ini ada kebenarannya tapi sebenarnya kurang tepat. Ikut logiknya, oleh kerana orang yang miskin itu sudah biasa dengan lapar dan dahaga, biarlah orang yang selalu kaya yang selalu kenyang sahaja yang diwajibkan berpuasa? Lapar kerana kesempitan hidup dan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam berlapar HANYA KERANA ALLAH. Ini kerana melalui ibadah puasa, ALLAH melatih kita untuk menjadi hambaNYA yang BERTAQWA. Firman ALLAH SWTyang bermaksud : "wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (Surah al-Baqarah 2:183).



SANGAT KECEWA DAN RUGILAH BAGI :
1. orang yang apabila disebut nama MUHAMMAD, tidak dibaca selawat atasnya.
2.orang yang sempat hidup bersama kedua ibu bapanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
3. oarng yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
(bisik dalam hati : "adakah sempat kita sampai ke dalam bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi? Dan andai kata kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan ini, adakah ini Ramadhan terakhir kita? ) ^_^

Tuesday 3 July 2012

KAU SAHABAT, KAU TEMAN






"Aku tidakkan berdaya,
Menahan hubanya rasa,
Kau meninggalkan diriku,
Redhalah apa terjadi,
Usahlah dikau kesali,
Mungkin ada rahmat yg tersembunyi.."

Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku bait-bait nasyid "Sahabat Sejati" dendangan UNIC yang begitu tersirat maksud disebalik liriknya, telah berupaya merungkaikan seribu satu kenangan yang tersimpul jauh di sudut hatiku. Kembali memekarkan nostalgia lalu yang kini kian luput satu persatu dari kotak mindaku. Nasyid kegemaran aku dan dia, suatu ketika dahulu.
Kan air memecah kesunyian tasik yang membiru, hembusan bayu mengusik jiwa nan lara sambil mataku sayu memandang pepohon hijau melambai-lambai seolah-olah menggamit aku untuk mengimbau kembali memori lalu bagi melenyapkan detik-detik silam yang pahit untukku telan atas kesilapan menurutkan nafsu.
Kini aku seakan terasing  di bumi sendiri. Kesunyian dan kesepian memnuhi segenap ruang dalam jiwaku. Sejuta kekesalan beraja di hati. Namun apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kealpaanku mengejar keseronokan dan kemewahan duniawi membuatkan diriku terpesong dari landasan ukhrawi. Aku lupa segala-galanya. Lupa pada asal-usulku, keluargaku…. Alpa dengan tanggungjawab yang ku pikul, juga lupa pada sebuah ikatan persahabatan yang suci.
Kususri tepian tasik sendirian merenung betapa indah dan agungnya alam yang terbentang luas ciptaan yang Maha Esa. Ada sepi yang menhiris pilu tasik hatiku. Ada rindu terpahat indah dilubuk sukma. Mengikat hati dan perasaan. Sebaris nama yang menghidupkan kembali perjuangan menggapai kejayaan yang suatu ketika dahulu hanyut dek keseronokan di dunia yang penuh dengan kepuran-puraan.
Iffa Natasya Nasir. Selamanya kau tetap bersemi si hati. Hanya dikaulah yang mengerti budi dan jasa, memahami citra dan cinta, berusaha mengembalikanku seperti sediakala biarpun aku seringkali bersikap dingin terhadapmu dan menganggap kau parasit hidupku. Aku ingin tabah dan secekalmu, wahai sahabatku dalam menempuh kehidupan yang penug berliku, penuh onak dan cabaran. 
Tatkala melihat kehijauan dedaunan hijau nun jauh di hujung tasik, rindu di hati ini tidak mampu kutanggung lagi. Sambil mengetap bibir, ku lepaskan keluhan dalam-dalam, "terima kasih Iffa! Entah mengapa rindu di hati ini padamu semakin kuat seakan kau kini bersamaku setiap waktu."
 Kolam air mata yang tadinya berkaca, akhirnya pecah melimpahkan tinta mutiara jernih membasahi pipi. Sebak hati bertandang mengupasi derita sepi yang memanjang penuh kehibaan. Sesungguhnya hidup ini perjuangan dan memerlukan pengorbanan. Perjuangan masih belum selesai. Masihku ku ingat suara merdumu bak buluh perindu menasihatiku, memecah kesunyian bilik A106, aras 3, asrama banat, Darul Quran JAKIM yang dihuni oleh kita berdua  yang umpama belangkas, ibarat isi dengan kuku.
"Iesya! Kenapa kau jado begini? Sudah lupakah kau pada beban yang kau galas? Lupakah kau pada ikrar yang  kita lafazkan di Dewan Muktamar Darul Quran tanggal 4 Januari lalu? Lupakah kau pada semua itu Iesya?"
"Hey Iffa!  Yang kau sibuk-sibuk ni apesal, ha? Jangan campur urusan aku! Don't busy body, ok!"
" Masya-ALLAH. Kenapa kau sanggup kata macam tu kat aku? Sudah bencikah kau pada sahabatmu ini? Aku sedar Iesya, aku tidak setaraf denganmu. Aku ibarat pipit. Kau pula enggang. Masakan pipit dapat terbang beriringan dengan enggang tapi sebagai saudara seagama denganmu, sudah menjadi tanggungjawabku menasihatimu agar kau tidak terus tersasar dari posisi sebenarnya. Ingatlah Iesya, kau ke sinin membawaharapan ibu dan bapamu yang terlalu inginkan kau menjadi professional yang huffaz yang bias mengembalikan kegemilangan Islam, mampu bergelar tokoh ilmuan terbilang dengan bibir sentiasadibasahi dengan kalimah-kalimah suci bukannya menjadi seorang hamba ALLAH yang dilaknat, yang hanya mengundang kemurkaan ALLAH. Iesya, kita bukannya akan kekal di dunia ini yang hanya menjadi tempat persinggahan. Di sini adalh lading untuk kita bajai dan suburi serta kita Tanami dengan amalan-amalan soleh yang mampu memberikan hasil terbaik di akhirat kelak. Jadilah Iesya yang ku kenal dulu," tambahnya lagi.
Satu demi satu nasihat Iffa menusuk kalbuku. Memang benar belaka kata-katanya. Namun keegoan membatasi segalanya. Aki berlalu tanpa sepatah kata sambil menjeling tajam ke arahnya. Dari riak wajahnya, terukir kekecewaan dengan sikapku lantas air mata yang sejak tadi berkaca di kolam matanya mula pecah mengalirkan mutiara sepi, mengalir membasahi pipi. Aku puas.
"Padan muka. Suka sangat menyibuk halo rang. Diri sendiri pun tak terjaga," bisik hati kecilku yang kini mulai dipengaruhi dengan bisikan syaitan.
 Di suatu senja, ketika mentari ingin kembali ke peraduannya, aku termangu di jendela. Kulepaskan pandanganku jauh kea lam semesta. Iffa perlahan-lahan menghampiriku. Ditatapnya wajahku penuhku kasih lalu dipeluknya kau penuh saying. Tanda kasih dan saying seorang sahabat terhadap sahabat yang dianggap seperti saudara kandungnya. Ku perhatikan tubuh badannya kian susut dan wajahnya pucat. Hajat di hati ingin tahu namun keegoan sangat menebal diriku. Tatkala masing-masing bisu tanpa kata, telefon bimbitku berbunyi memecahkan suasana. Ku lihat nama yang tertera di skrin telefon nama lalu terukir senyuman di bibirku.
"Hello Iesya. Jom keluar. Riz ambik Iesya pukul 3 petang ye." Kedengaran suara oaring yang tersayang di hujung talian.
"Ok, bye," lalu ku matikan panggilan itu. Hatiku melonjak gembira. Perkenalan dengannya benar-benar memberi aku seribu erti. Khairul Rizman Ridhuan. Seorang pemuda tampan yang mampu bertakhta di hati setelah banyak kali kecewa dengan lelaki.
Aku segera ke bilik mandi untuk menyegarkan badan. Kemudian kau bersiap-siap. Iffa yang tadinya bisu tanpa bicara, perlahan-lahan mendekatiku dan dia mula bersuara,
"Iesya nak pi mana?"
"nak keluarlah. Nak pi mana lagi! Jom keluar sekali. Ikut aku. Alaaa.. Iffa.. seseekali kau enjoy apa salahnya," aku cuba mengajaknya.
"kau ingat aku apa?" Iffa bersuara tegas sedangkan sebelum ini tidak pernah sekalipun dia menengkingku. Malahan tutur katanya penuh hikmah, "Aku masih ada pegangan, aku masih seperti apa yang kau lihat sekarang. Mana mungkin aku berubah daripada apa yang diperjuangkan selama ini. Mana mungkin aku melawan arus yang telah tersurat untukku. Mana mungkin aku mampu menanggung azab di akhirat kelak," suaranya semakin tegas.
Relakslah…kalau asyik fikirkan pasal pegangan, pasal tersuarat dan tersirat smapai bila puntak habis. Takde kemajuan langsung. Lagipun kat luar tu macam-macam ada! Happening beb!lagipun, muda hanya sekali. Enjoy la dulu,”aku terus memujuk.
"Iesya, kenapa kau berubah sampai macam ni?mana perilakumu yang mulia dulu? Beginikah akhlak al-Quran yang ingin kau tonjolkan?jangan kau ikutkan kata hatimu,"dia kembali menutur bicaranya. Kulihat mukanya merah ibarat udang yang dibakar.matanya mula berkaca.
"ok. Kalau kau tak nak pergi tak pe tapi tak payah la nak berkhutbah depan aku pulak kan. Jangan nak masuk campur urusan aku lagi faham???" aku bersuara melepaskan geram di hati. Aku berlalu dari situ membiarkannya terus kecewa dengan sikapku. Tiba-tiba Iffa menarikku dan memelukku seerat-eratnya. Lalu aku terus leraikan pelukannya dan turun ke lobi asrama. Senyum di bibir terukir apabila ternampak oranag tersayang. Aku masuk ke dalam kereta. Sportage itu meluncur laju lenyusuri jalan di Kuala Kubu Bharu. Aku terus bisu tanpa kata dan tiba-tiba…… Pon…! Pon…!! Ya ALLAH….
"iesya,"suar alembut ibuku,Siti Saerah memanggil namaku.
Aku cuba membuka mata namun pandangaku kelam tiada cahaya. Kucuba sekali lagi, namun tetap sama.tiada cahaya. Kucuba sekali lagi namun tetap sama. Pandanganku hitam berwarna. Seribu satu persoalan tertanam di dalam jiwa. Apakah yang  telah terjadi sebenarnya. Lantas aku tanyakan kepada ibuku, "kenapa dengan mata Iesya ibu?"
"Iesya, ibu harap Iesya dapat menerima kenyataan ini. Mata Iesya tidak dapat berfungsi seperti biasa sebab tertusuk objek tajam dalam kemalangan hari tu. Iesya hanya dapat tengok seperti biasa kalau ada penderma yang sudi mendermakan organ penglihatannya kepada Iesya, saying,"balas ibuku menjawab persoalanku. Jiwaku meronta-ronta.
Selang beberapa hari, aku telah menerima satu perkhabaran gembira yang mengatakan bahawa ada insane yang sanggup mendermakan organ penglihatannya untukku. Yak dapat kuungkapkan dengan dengan perkataan, tidak mampu kuungkapkan dengan perkataan betapa gembiranya aku saat itu.
Aku membuka mata. Pandanganku berpinar-pinar. Selama empat hari empat malam mataku dibalut selepas pembedahan. Aku toleh ke kanan. Kulihat ibu dan ayahku tersenyum melihatku.
Aku sampaikan hasrat hati kepada ibu dan ayah, "Ibu, siapa yang mulia sungguh hatinya membantu Iesya?"
Kulihat ibu hanya bisu tanpa kata. Kurenung mata ibu dalam-dalam. Aku dapat rasakan bagai ada sesuatu yang disorok oleh ibu. Suasana sepi. Masing-masing diam membisu.
Ibu bersuara, "Iesya, insane itu sudah tiada lagi tapi warkah ini pengganti dirinya."

Assalamualaikum..
Salam selautan kasih penuh hormat buat sahabatku tersayang, Aliesya Raihana. Semoga sentiasa dalam peliharaan yang Maha Esa.
Aliesya,
Warkah yang tidak diundang ini tidak sesekali berhajat mengganggu apatah lagi mengusutkan fikiranmu yang sedang terganggu. Jika warkah ini ibarat mata pedang yang mampu merobek perasaanmuatau kandungannya lakasana duri dan sembilu yang bias menusukserta mengguris kalbumu maka campakkanlah ia. Bagaimanapun, ketahuilah sahabatku,  sesungguhnya bumi dan cakerawela menjadi saksi bahawa ketika pena ini memulakan coretannya, hatiku bersandar kepada keikhlasan, jiwaku bersemi kepadaketulusan dengan harapan coretan ini Berjaya mengetuk pintu hati kecilmu,a jiwamu yang berkecamuk, mudah-mudahan kau dapat menatap isinya dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Sahabatku,
Sewaktu kau menatap kata-kata ini, mungkin aku telah pergi menghadap ILLAHI. Kupohon maaf darimu atas segala salah dan silapku. Bukan niatku untuk mencampuri urusanmu tetapi percayalah. Aku hanya ingin kau Berjaya dan berubah seperti Aliesya Raihana Ehsan yang kukenal kira-kira setahun yang lalu. Kita sama-sama mengharungi cabaran dan dugaan hari demi hari. Aku telah disahkan menghidap barah otak yang bila-bila masa saja boleh meragut nyawaku. Oleh itu, aku amat berharap kau dapat meneruskan perjuangan dan cita-citaku ini. Sempurnakanlah segala citraku wahai teman. Ingatlah Iesya, jalan menuju kejayaan tidak selalunya ditaburi mawar merah yang harum mewangi melainkan duri-duri dan kepayahan yang mengganggu-gugatmu. Sebelum aku pergi, tiada apa yang mamapu aku berikan melainkan 'sinar' ini. Kuharap 'sinar' baru ini mampu membuatkan kau lebih bahagia. Ketahuilah, tiada siapa yang mampu mengganti tempatmu dihatiku sebagai sahabat yang aku kasih. Sekian, wassalam.
Sahabatmu,
Iffa Natasya Nasir

Mutiara-mutiara jernih yang tadinya bertakung di kolam mata tidak mampu diatahan lagi. Deraian airmata mencurah-curah bagai air hujan yang membasahi bumi, meratapi insane yang banyak berjasa. Kiranya ku tahukau menderita, takkan kuperlakukan kau sebegitu rupa. Maafkanlah aku sahabat. Hanya itu yang mampu kuucapkan. Kini kusedari, kau satu dalam sejuta dan aku mengerti persahabatan lebih bernilai daripada cinta.cinta itu indah tetapi hanya pada ALLAH. Sesungguhnya, nur kasihmu mendamai di kalbuku. Kaulah sahabat, kaulah teman.