Saturday 31 March 2012

HOT..!! REALLY INTERESTING.. JOM PAKAT2 tweet kat dato' najib

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.
                                                                         
                                                                           TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
   ~Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
   ~Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
   ~Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.


Friday 23 March 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA.. UNTUNGLAAA....


 

Ini adalah salah sebuah buku yang saya beli meggunakan baucer buku 1 Malaysia. Tajuknya macam budak-budak sikit, "Hafalan Solat Delisa". walaupun macam budak-budak, tapi bila saya baca, ianya sangat menarik dan mempunyai banyak pengajaran yang sangat bermakna sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

sedikit tentang buku ini :
"Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.
namun, Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-NYA. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah delisa mampu tetap tersenyum seperti dulu dan menyudahkan hafalannya?"

~bagi sesiapa yang kurang minat membaca, cerita ini ada juga dalam bentuk filem.. ^_^ ~

 

moga bermanfaat untuk kita semua. Insya-ALLAH.

Friday 16 March 2012

SIMPLE POST TAPI... ^_^

‎"Wiwiting tresno jalaran soko kulino"..

cinta itu tertumbuh kerana terbiasa..
apabila seseorang yang sudah terbiasa dengan kemungkaran dan kemaksiatan, lama-kelamaan rasa cintanya pada kemungkaran dan kemaksitan itu berputik. sebaliknya, orang yang sudah terbiasa dengan kebaikan, insyaAllah rasa kecintaan kepada perkara kebaikan dan perkara menghala kepada keredhaan Allah akan mekar di dalam jiwanya.. 



~kita berada disisi yang mana..? yang terbiasa dengan kemungkarankah atau yang terbiasa dengan kebaikankah..? sama2 kita tepuk dada, tanya iman..

~antara intipati mutiara ilmu dari buku "ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang kita idamkan" oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi..~

Saturday 3 March 2012

BUAH HATI


malam semalam kakak saya call. dia ada bagi tahu saya yang emak dan ayah saudara saya ada di NCI (institut cancer kebangsaan). anaknya atau sepupu saya itu dimasukkan ke wad pada 28 feb 2012 yang lepas. selepas itu saya terus call emak saudara saya, bertanyakan tentang anaknya yang sekarang sedang belajar di MIAT, Sepang. kata emak saudara saya, tulang belakang anaknya itu jadi renggang sebab selalu buat kerja yang berat. katanya lagi, keadaan anaknya itu sama seperti ayah saya dulu.

detik itu, fikiran saya melayang jauh, teringatkan ayah di kampung. pada penghujung tahun 2009, (tak ingat pulak saya bila tarikhnya) ayah telah menjalani satu pembedahan tulang belakang. kata doktor, ada cecair dan lendir yang perlu dibuang. cecair dan lendir itulah yang menyebabkan ayah tidak dapat berjalan untuk tempoh yang lama. pada masa itu, tidak sampai sebulan saya mendaftar sebagai mahasiswi. hati saya terasa sangat tidak tenang sewaktu ayah dibedah walaupun saya tahu penyakit ayah itu tidaklah membawa maut.







sememangnya ayah tidak membenarkan saya untuk balik ke kampung ketika itu. merasakan hati yang sangat tak tenang, seminggu selepas itu saya balik ke kampung bersama kakak. kata doktor, ayah jadi macam tu sebab banyak buat kerja yang berat. kata-kata itu diakui oleh emak. sedari dulu ayah memang seorang yang sangat kuat bekerja demi membesarkan permata hati yang dikasihi. bagi ayah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. ayah tidak mempunyai kepakaran lain selain mengajar dan melakukan kerja-kerja kampung. emak pernah bercerita, bermula dari pagi sampai ke petang, ayah hanya berhenti untuk solat sahaja.

teringat pada kata-kata ayah.. "ayah tak kisah kalau kena bersusah-payah untuk anak-anak. nak bagi pelajaran yang sebaik-baiknya. bergantung pada diri sendiri, nak atau tidak je." Alhamdulillah, sekarang ni anak-anak ayah sudah berjaya walaupun tidak ada yang bekerja professional tapi boleh membuatkan ayah dan emak hanya berehat di rumah. kini, hanya saya sahaja yang masih belajar dan merupakan harapan keluarga juga.







Ya ALLAH. bantulah hamba-MU ini. permudahkanlah segala urusan kerjaku. jadikanlah kami adik-beradik sebagai anak-anak yang berbakti kepada emak dan ayah dan juga menghargai diri mereka. amin.
Betapa besarnya pengorbanan emak dan ayah sedari kami dalam kandungan hinggalah sekarang. sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas dengan apa pun.


~*sayarindukanemakdanayahdikampung*~

Friday 2 March 2012

SYRIA BERDARAH, PEDULIKAH KITA?


Alhamdulillah, pada 29 februari 2012, saya diberi kesempatan untuk menghadiri satu forum yang dianjurkan di universiti saya yang bertajuk "Syria Berdarah, Pedulikah Kita?". Ahli panel yang hadir pada forum tersebut adalah Prof Madya Dr. Kamaruzzaman Yusoff, merupakan pensyarah di Fakulti Sains Soaial dan Kemanusiaan, UKM.Beliau juga merupakan Felo Kanan Institut kajian Rantau Asia. Ahli panel yang kedua adalah Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.

  

Banyak input yang saya dapat daripada forum tersebut. sebelum forum tersebut bermula, kami semua dihidangkan dengan satu tayangan video berkaitan apa yang terjadi di Syria sekarang. menitis air mata saya melihat penderitaan mereka. kanak-kanak dibunuh tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan. para muslimin dipaksa untuk mengucapkan "tiada Tuhan melainkan Bashar Asad".. Ya Allah.. terbayang di mata saya detik itu, apakah yang akan saya lakukan jika berhadapan dengan situasi sebegitu? di waktu kita sedang bergembira, mereka bersedih menatap pemergian anak-anak, suami dan isteri. di waktu kita sedang sibuk ber'facebook', ber'twitter', ber'blogging', melayan drama dan filem korea, mereka umat Islam di bumi Syria bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan agama Islam yang suci. ya Tuhan.. memang tak dapat ditahan air mata saya ketika itu. 



sesungguhnya bashar Asad dan keluarganya mewakili agama Nusairiah di mana nusairiah ini bukanlah agama Islam tetapi merupakan salah satu cabang syiah atau juga dikenali sebagai Alawi. jadi, apa yang berlaku di Syria sana adalah orang bukan Islam membunuh orang Islam..! pekakah kita dengan situasi ini..? soalan ini untuk diri saya juga. Allahurabbi. betapa  lalainya saya selama ini dengan apa yang berlaku di sana.



di penghujung forum tersebut, ada yang bertanyakan soalan kepada ahli panel tentang peranan dan sumbangan yang boleh diberikan kepada umat Islam di Syria selain daripada mengambil tahu dalam konteks sebagai seorang pelajar. salah seorang ahli panel menjawab, generasi muda hari ini perlu membuat pelbagai persediaan dari pelbagai sudut. sebagai contoh, penggunaan facebook dan twitter menjadi satu trend terkini untuk golongan remaja khusunya. jadi para pelajar boleh menggunakan medium ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang situasi di syria sebagai tanda kita prihatin. dalam erti kata lain, menggunakan teknologi yang semakin hari semakin canggih ke arah yang boleh memberi manfaat bersama.


 

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan dan kemenangan umat Islam di Syria. sesungguhnya janji Allah itu pasti bahawa Islam akan tetap beroleh kemenangan. ALLAHUAKBAR...!!