Wednesday 29 February 2012

UBAT PENYAKIT DENGKI





1. sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T pinjamkan kepada kita. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati dengan kejayaan orang lain.
2. selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.
3. perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tak ingat begitu, nanti kita akan lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.


4. tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram, nanti kita akan terjerumus ke lembah hina.
5. berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Biasanya kalau kita berburuk sangka. Nanti orang lain akan menjauhi kita.
6. selalulah mengikat silaturrahim dan saling membantu antara satu sama lain. Biasanya kalau kita tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.
7. sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.


Tuesday 28 February 2012

KALAULAH MULUT KITA ADA PASANGAN......



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "hendaklah kamu berkata baik ataupun diam." Diam yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah mengandungi banyak hikmah, antaranya :

1. apabila kurang bercakap kita akan  berfikir dan apabila lenuh berfikir, akal akan menjadi lebih tajam. 



2. fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan, bukan pada nafsu.

3. kurang dosa, kerana banyak bercakap, banyak pula dosanya. Apabila banyak dosa, kurang rasa malunya. Apabila kurang rasa malu, manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.

4. tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya.

5. dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.



Thursday 23 February 2012

TIP-TIP MEMUTIHKAN GIGI




Cara-cara  yang disenaraikan di bawah boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Bahan-bahan yang perlu anda ada :
~straw
~berus gigi
~jus lemon
~garam
~baking soda
~hydrogen peroxide
~strawberi

LANGKAH 1
Hadkan pengambilan minuman yang boleh meninggalkan kesan degil warna pada gigi seperti kopi, teh susu, minuman bergas yang berwarna dan minuman beralkohol. Jika anda tidak boleh untuk berpisah dengan minuman kegemaran yang berwarna, gunakan straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dengan gigi.

LANGKAH 2
Berus gigi anda dengan segera selepas makan, lebih-lebih lagi jika makan makanan yang meninggalkan kesan warna yang degil seperti buah beri.

LANGKAH 3
Gosok strawberi mentah pada gigi anda, sebaik-baiknya strawberi ynag asli (bukan jem strawberi). Terdapat satu enzimpada strawberi yang mampu bertindak sebagai agen pemutihan. Kumur-kumur selepas anda rasakan gula semulajadi dan asid pada strawberi sudah dikeluarkan oleh strawberi pada gigi.

LANGKAH 4
Makan makanan yang rangup yang memerlukan banyak kunyahan seperti lobak, daun saderi, brokoli, dan epal kerana makan seumpama ini membantu dalam membuang plak yang terkumpul di celahan gigi.



LANGKAH 5
Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi. Hasilnya memuaskan walaupun rasanya tidak sesedap yang dirasa.

LANGKAH 6
Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes. Berus gigi anda dengan pes tersebut dan bilas. Sekali lagi, rasanya tidak menyenangka tetapi pastinya gigi anda berterima kasih kepada anda..! (^_^)

LANGKAH 7
Gunakan hydrogen peroksida untuk memberus gigi anda. Celup berus gigi anda ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang anda lakukan dengan ubat gigi biasa. *hati-hati agar tidak tertelan. Bilas dengan air.

TIP TAMBAHAN
~beli ubat gigi yang mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semulajadi
~berus gigi setiap kali selepasa makan dan  kerap floss gigi adalah langkah pertama untuk senyuman yang kekal berseri.

Monday 20 February 2012

Sedutan Kitab - Mau'izahatul Mukminin oleh Imam Al-Ghazali


Renungan buat diri dan sahabat-sahabat

Renungkan kata kata ini: 
1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.

2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka lalu diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.

3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.



4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya.

5. Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual agama mu untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata orang yang memberinya.Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.


6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya. Ingat lah, jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.

7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik 
dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.

Friday 17 February 2012


SIAPA YANG PALING KUAT?



Pernah suatu ketika saya (Abdullah Azzam rahimahullah) melemparkan pertanyaan kepada para mahasiswa sebuah perguruan tinggi tempat saya mengajar : “Mana yang lebih kuat antara Amerika atau Rabbul ‘Alamin?” Lalu para mahasiswa tadi menjawab : “Ustaz, pertanyaan semacam ini tidak akan pernah ditanyakan oleh orang yang beriman.” Kemudian mereka saya tanya : “Apakah kalian percaya bahwa Allah lebih kuat daripada Amerika? Apakah kalian betul-betul yakin bahwa Rabbul ‘Izzati (Tuhan Yang Maha Perkasa) lebih kuat dari rudal-rudalnya dan armada-armada tentaranya?” Mereka menjawab serentak : “Itu tak perlu diragukan lagi.” Lalu saya katakan pada mereka : “Demi Allah, andaikan negeri-negeri Islam percaya bahwa Allah lebih kuat daripada Israel, maka kita tidak akan pernah mengalami kekalahan di semua medan kehidupan kita. Kita tidak akan kembali menelan kehinaan, penyesalan dan kerendahan dalam setiap aspek kehidupan … sekiranya kita meyakini bahwa Allah lebih tinggi, lebih agung dan lebih besar daripada Israel, maka kita tidak akan terjerumus lagi ke dalam lembah kehinaan seperti yang pernah menimpa kita.
Sekarang, siapa yang lebih kuat, Allah atau Rusia? Mana yang lebih kuat, Allah atau Amerika?
Orang-orang Afghan harus percaya dan yakin bahwasanya Allah ‘Azza wa Jalla, yang memenangkan mereka pada saat mana mereka dahulu berjihad dengan senjata tongkat dan batu melawan tank-tank, mampu untuk memenangkan mereka. Meski sekarang ini, sebagian besar puncak-puncak gunung telah diperkuat dengan senjata ZPU (anti pesawat tempur), namun mereka harus tetap yakin bahwa Allah-lah yang memenangkan mereka bukan senjata mereka. Mereka harus yakin; baik manusia membantu mereka atau tidak, baik Pakistan membuka wilayah perbatasannya atau tidak; bahwasanya Allah mampu untuk memenangkan mereka dengan satu syarat : Mereka harus bertawakkal kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan merasa yakin bahwa Allah lebih besar daripada komplotan negara-negara dunia. 



Bahawasanya :
“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.” (QS. Fathir : 43)
“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (QS. Ali Imran : 54)
“Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya.” (QS. Ibrahim : 46)
Tipu daya Tuhanmu amatlah kuat dan siksaan-Nya amatlah keras, kamu sekalian tidak akan mungkin mampu menghadapinya.
(Tarbiyah Jihadiyah 3)


ASPARAGUS


 siapa nak kulit cantik..?? mai sini nak habaq satu rahsia.. hehe  ^_^



Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.


Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

~*bak kata lecturer saya, nak makan apa pun, makan lah tapi ambil pada kadar yang sederhana cukup lah. besederhana iyu kan lebih baik. ^_^ *~




Wednesday 15 February 2012


KANAK-KANAK PUN TAHU..!


Bila terbaca pasal aurat ni, teringat kisah anak saudara saya yang berumur enam tahun pada tahun ni. Tapi kalau ikut bulan, dia baru berumur lima tahun dua bulan. Nama diberi Nawwar Basirah binti Abdul Ghaffar. Nawwar, 
adalah nama panggilannya dalam keluarga kami. Nawwar anak sulung kepada abang saya yang sulung.
Seorang yang amat petah berkata-kata, sangat mendengar cakap, senang untuk menghulurkan bantuan tanpa banyak bicara. Itu adalah antara karakter dan sifat-sifatnya sebagai seorang kanak-kanak. Mendengar butir bicaranya seperti tidak percaya yang nawwar hanyalah seorang kanak2 berumur lima tahun. Katanya dia rindu sangat dengan ibu saudaranya yang seorang ni atau lebih mesra dengan panggilan mak cik (sayalah orangnya.hehe).


Nawwar Basirah binti Abdul Ghaffar

Kebetulan hari jumaat di tempat saya ada pasar malam. Jadi saya berjanji dengannya yang saya akan membawanya ke pasar malam. Masa nak keluar tu, saya cakap kat dia yang dia tak perlu pakai tudung sebab kecik lagi. Lagipun cuaca agak panas masa tu. Saat itu, saya lupa bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Namun, jawapan yang diberikan agak mengejutkan saya. Katanya, "Nawwar nak pakai tudung. Nak jadi macam ibu nawwar. Ibu nawwar tak pernah buka tudung kalau keluar jalan-jalan. Nanti ALLAH marah kalau nawwar tak tutup aurat." Diam. Terkedu saya mendengar jawapannya.
 Subhanallah..!! Moga Nawwar Basirah menjadi anak yang solehah untuk ibu dan babanya. Hanya itu yang saya 
doakan untuknya. Ya ALLAH. Kanak-kanak pun tau apa itu AURAT..!


Apa yang saya dapat daripada kisah di atas antaranya, benarlah kanak-kanak itu adalah acuan didikan kita. Sebagai analoginya, kalau bulat acuannya, maka bulatlah bentuknya. Begitulah kanak-kanak. Kalau baik acuannya, maka baiklah jadinya. Insya-Allah. Kanak-kanak juga mudah untuk meniru apa yang dilihatnya seperti dakwah Rasulullah S.A.W, dakwah bil hal atau dakwah melalui perbuatan. Sesungguhnya sebagai seorang muslim atau muslimah, sangatlah penting atau lebih tepat lagi untuk kita menjaga aurat bagi mengelakkan masalah yang tak diingini berlaku. Menjaga dan menutup aurat itu adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. Kanak-kanak pun tahu..!!

Monday 13 February 2012


Valentine's day..?? Boleh ke sambut dalam Islam..?


Valentine's day..?? apa tu..? jom kita tengok dan baca entri ni.. hehe..
Bila sebut bulan februari, salah satu 'perayaan' yang agak sinonim dengan bulan ni adalah hari valentine atau dalam bahasa inggerisnya adalah Valentine's day.

Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa”



“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

~macam2 versi pernah saya baca pasal hari valentine ni. tapi ini adalah salah satu versinya. apa pun versinya, valentine's day sangatlah tidak elok untuk disambut dalam agama ISLAM, satu2nya agama yang ALLAH redhai. (^_^)

Sunday 12 February 2012


JOM baca kisah ni.. ~cinta~ hehe


Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ...... ...

Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak aka

...n menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....~
Top of Form


Bottom of Form

Ujian Itu Tanda Kasih ALLAH kepada HambaNYA.



Assalamualaikum.

Saya just nak kongsi satu benda dengan anda. 10hb januari 2012, saya sekeluarga telah diuji
 oleh ALLAH. Rumah saya telah dimasuki perompak. Kejadiaan tu berlaku pada waktu subuh. Saya pada ketika itu ada di asrama di salah satu IPTA di Negeri Sembilan. Kebiasaannya, memang emak tinggal berdua sahaja dengan ayah. Saya tengah dalam musim exam masa tu. Memang agak terkejut bila ayah call, bagitahu saya pasal tu. Bila dengar sendiri cerita emak, memang tak senang duduk saya dibuatnya. Ye lah, emak cakap, perompak tu masuk dengan bersenjatakan pisau potong daging dan sabit rumput dan kebetulan pagi tu memang emak saya tak sihat. Perompak-perompak tu ikat tangan, kaki dan mulut emak. Ayah pulak kat surau.
Untuk masa tu, senang cerita memang saya duduk dalam keadaan yang sangat tak tenteram.. tiap-tiap hari rasa macam ada orang dok tengok je rumah saya ni.. nak keluar masuk asyik kunci pintu je.



apa yang saya nak kongsi kat sini, bila kita diuji, benarlah kata Allah dalam Al Quran, baru kita nak ingat kat Allah betul2. saat kita mendapat nikmat dariNYA, kita selalu lupa pada DIA yang mencipa alam ini. Lagi satu, apa yang saya nak kongsikan kat sini lagi, kebergantungan kita pada ALLAH. emak selalu cakap lepas dari kejadian tu, "kalau selalu dok jaga pintu je, tapi tak doa, tak jaga hubungan dengan ALLAH sebaik2 baiknya, tak jadi jugak. doa tu kan senjata orang mukmin.."


mungkin inilah salah satu hikmah yang Allah nak tunjuk kat kami sekeluarga. sebelum kakak saya balik KL, kakak saya ada jugak cakap, "jangan sebab kejadiaan tu jadi time subuh, lepas ni terus tak pi surau. sebeb apa..? sebab takut perompak tu masuk lagi. kita pi surau, lepas tu kita kunci la pintu.. then, tawakkal kat DIA. benda ni jadi mungkin ALLAH nak kita lebih dekat dgn DIA.."

 (^_^) ~hargailah nyawa kita. Sesungguhnya nyawa itu adalah amanah dari ALLAH. ~ Jaga diri.