Thursday 21 March 2013

kalam cinta untuk sang pendakwah


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, di atas segala nikmat yang diberikan kepada diri ini. selawat dan salam buat Rasul Junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

tengok tajuk pun, mesti kamu-kamu ni dah boleh bayang sikit kan dalam kepala, apa makna pendakwah ni sebenarnya? hee.. ok, just a simple entri untuk kali ni. dibawah ni merupakan salah satu status yang diupdate oleh senior saya dalam facebooknya. lepas baca ni, jom kita fikir dengan mata hati ok? :)

***************

 salute!! hee

Saya cukup salute dengan pendakwah dan aktivis agama.

TAPI perlu diingatkan, orang sekeliling cukup pandang tinggi kepada pendakwah dan aktivis agama ni.

Saya faham ada dalam kalangan pendakwah tak mementingkan hal dunia TAPI kita sebagai pelajar dalam masa yang sama perlu juga melunaskan tanggung jawab sebagai seorang pelajar

Kerana ia menggambarkan imej kita sebagai pendakwah dan aktivis agama.

SEDAP KE BILA DENGAN LECTURER DAN ORANG BEKATA :

"BUDAK-BUDAK YANG ALIM DAN GIAT BERDAKWAH NI MEMANG SELALU :

*TAK HANTAR ASSIGNMENT
*TAK DATANG KELAS
*MARKAH UJIAN DAN CGPA RENDAH

#MENJADI PENDAKWAH DAN AKTIVIS ISLAM INI BESAR DAN BERAT TANGGUNGJAWABSEBENARNYA...

TOWARSD A BETTER MUSLIMS !!!!!

*****************




Kau bilang kau seorang pendakwah
Tapi solatmu dihujung waktu
Kau ucap kau seorang pendakwah
Tapi mulutmu berbisa bak ular
Kau mengaku kau seorang pendakwah
Tapi hatimu riak takbur saat menyeru ke jalanNYA
Kau kata kau seorang pendakwah
Tapi amalan sunatmu terbang entah ke mana

Kau bilang kau pendakwah
Tapi assignment yang menjadi tanggungjawabmu kau biarkan tidak bersentuh
Kau ucap kau seorang pendakwah
Tapi bila ada group discussion, kau tak mampu terima pandangan sahabatmu
Kau mengaku kau pendakwah
Tapi bila hantar assignment, kau paling lambat
Kau kata kau pendakwah
Tapi bila exam, kau main-main

Kau bilang kau pendakwah
Tapi bila berjanji, kau mungkiri
Janji pukul 3, pukul 3 baru kau keluar dari rumah
Kau ucap kau pendakwah
Tapi bila berbicara, kau selalu berdusta
Kononnya ilmumu tinggi bak gunung
Kau mengaku kau pendakwah
Tapi bila diberi amanah, kau khianatinya
Kau fikir tidak ada yang tahu
Kau kata kau pendakwah
Tapi bila ada sahabat dalam kesusahan,Kau biarkan
Kononnya ada lagi perkara yang perlu diberi perhatian

Kau bilang kau pendakwah
Tapi bila memberi, kau tidak ikhlas
Kau ucap kau pendakwah
Tapi bila pemberianmu tidak berbalas, dirimu mengungkit
Kau mengaku kau pendakwah
Tapi bila tiada habuan untuk bantuanmu, kau kecil hati
Kau kata kau pendakwah
Tapi bila insan lain berhajatkan sesuatu, kau berkira

Apa kau lupa?
Gerak kerja kita sentiasa dinilai olehNYA
Apa kau lupa?
Kerana tindakan kau, Islam dipandang rendah
Apa kau lupa?
Kerana engkau, golongan agama dibenci.
Apa kau lupa?
Kau akan ditanya apa sumbang baktimu untuk agama
Apa kau lupa?
Kau akan kembali kepada Tuhanmu
Apa kau lupa?
Kau akan dihisab

Andai kau seperti bicara di atas
lemparlah gelaran 'pendakwah' itu dari dirimu
Andai kau mengerti bahawa dakwah itu satu kewajipan
nescaya, semua itu tidak harus wujud dalam dirimu

Bukan pendakwah namanya kalau masih ada 'itu' dalam dirimu

******************

 hidupku, matiku hanya untukMu.. (tulus dari hati kita kah?)

sekian sahaja untuk entri kali ini. sungguh, entri ini saya tujukan untuk diri saya terutamanya.. moga-moga kita bukanlah 'pejuang' yang hanya bercakap dari belakang tapi tindakan tak ada bak kata seniorku "retorik je semua ni!!".. :)
maaf atas salah silap. wassalam.





Thursday 14 March 2013

aku sebuah kereta


Aku merupakan sebuah kereta keluaran Malaysia yang diberi nama Saga. Jadi, tentunya aku keluaran syarikat Proton Sdn. Bhd. Aku lahir pada tahun 1995. Kini usiaku mencecah hampir 18 tahun.

Suatu ketika dahulu, aku dibeli dan digunakan oleh seorang manusia yang bekerja sebagai ustazah. Orangnya sangat baik. Dia bijak menggunakan aku. Sehinggalah tahun 2011, aku telah bertukar tuan.

Tuan baruku ini merupakan seorang pelajar di sebuah universiti. Pada asalnya, dia membeliku untuk tujuan bisnes yang dijalankan olehnya secara part-time. Aku digunakan ke sana ke sini termasuklah ke kelasnya.


ini bukan diriku. ini kereta ferrari. tapi warna kami sama, merah.

Tuan baruku ini agak pemalas orangnya. Kebajikanku jarang dijaga olehnya. Masihku ingat detik itu. Aku tidak pernah di cuci olehnya sehinggalah suatu hari, diriku di’parking’ di suatu tempat di bawah pokok. Burung-burung yang hinggap di pokok tersebut telah melepaskan hajatnya ke atasku. Habis satu badanku dipenuhi dengan najis burung-burung tersebut. Disebabkan najis burung yang terlalu banyak di atas badanku, tuanku berasa sangat malu. Lalu, dia membawaku ke kedai cuci kereta. Setelah beberapa bulan menggunakan dirku, itulah kali pertama aku dicuci.

Masihku ingat ketika aku mula sampai ditempat belajarnya. Dia mengajak beberapa orang sahabatnya untuk pergi ke kelas dengan menggunakan diriku. aku sangat gembira dengan kebaikan hati tuanku. Tetapi, kegembiraan itu hanyalah untuk beberapa detik cuma bila mana tuanku berkata pada sahabat-sahabatnya,

“Jom gi kelas dengan aku nanti. Duit minyak nanti kita kongsi sama-sama”.

Aku jadi malu dengan tindakan tuanku ini. Dia ingin melakukan kebaikan tapi dalam masa yang sama dia sangat berkira soal duit. Ya, aku tahu, dia masih seorang pelajar dan tidak punya pendapatan tetap walaupan dia melakukan kerja part-time. Tetapi, tidakkah dia tahu, alangkah baiknnya jika dia berniat untuk menggunakan kereta tersebut kerana Allah tanpa berkira walaupun satu sen? Tidakkah dia tahu bahawa segala rezekinya telah ditulis oleh Allah sejak sebelum dirinya lahir ke dunia ini lagi? Jadi, untuk apa dia takut duitnya akan habis? Apakah dia hanya mengerti makna rezeki itu hanya pada duit?

Lama-kelamaan, bisnes yang dilakukan olehnya tidak begitu menjadi. Lantas dia mengambil keputusan untuk berhenti. Waktu itu, dirinya sedar bahawa tindakannya suatu ketika dahulu sewaktu mengajak sahabat-sahabatnya mengunakan aku itu adalah tidak benar. Jadi, dibulatkan hatinya untuk mengajak sahabat-sahabatnya untuk menggunakan aku tanpa mengambil satu sen pun. Dan dia sentiasa berdoa pada Allah agar dikurniakan hati yang sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua kebaikan.

Disebabkan dirinya yang tidak begitu kisah tentang bayaran duit minyak untukku, Allah tambahkan rezeki padanya. Ketika itu, barulah dia mengerti bahawa jika ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan tambahkan lagi rezeki untuk hamba-hambaNYA.


Namun, ikhlasnya itu tidak berpanjangan. Saat dirinya ditimpa ujian kekurangan duit, dirinya mula untuk berubah menjadi tidak ikhlas. Dia berasa berat andai ada sahabatnya meminta tolong dengannya untuk menghantar ke sesuatu tempat. Dia berasa dirinya seolah-olah dipergunakan andai sahabat-sahabatnya tidak menghulurkan duit minyak. Dia sedar bahawa dirinya tidak ikhlas. Dia cuba untuk berubah. Namun, dia gagal. Gagal dalam menempuh ujian kekurangan duit daripada Allah. Sekarang dirinya sedang diuji dengan penyakit hati tersebut. Aku menjadi kasihan pada tuanku. Kadang kala dirinya menangis disebabkan sikapnya yang tidak ikhlas dalam membantu sahabat-sahabatnya.  Aku juga turut kasihan padanya andai amalnya untuk membantu sahabat-sahabatnya itu menjadi sia-sia. Kudoakan moga tuanku diberi kekuatan untuk menempuh ujian kekurangan duit dan menjadi manusia yang ikhlas dalam melakukan apa jua kebaikan. 




Pesanku untuk tuanku yang dikasihi,

“Aku tahu, dirimu sedang diuji dengan kekurangan harta dan juga diuji dengan penyakit hati. Aku tahu, engkau sedih dan berasa lemah dengan kedua-dua ujian tersebut. Namun, apakah engkau lupa bahawa rezeki Allah itu bukan hanya pada duit semata-mata? Apakah engkau bimbang duitmu akan habis? Tidakkah engkau khuatir andai segala amalmu tidak diterima oleh Allah kerana tidak ikhlasnya hatimu dalam melakukan kebaikan? Apakah engaku sanggup menanggung azab api neraka dek kerana itu? Tuanku, buatlah kebaikan hanya kerana Allah. Nescaya, pasti datang pertolongan Allah yang lain. Dekatkanlah dirimu dengan Allah. Bergantunglah padaNYA dengan sebenar-benar pergantungan. Mintalah padaNYA agar diberi kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian. Sesungguhnya, ujian dari Allah itu engkau mampu menanggungnya. Jika tidak, masakan Allah berikan ujian itu pada dirimu? Salam sayang dariku, Saga.”

Tuesday 12 March 2013

s.i.s.t.a




to my beloved and beautiful sister, happy birthday..!! :)

may Allah bless you herein and hereafter.

tanx a lot for being my understanding sister and may be

"loving mom" for sometime..haha.. sometime you love to

 nag at me but i know you did it for a reason and of course it is because of love. :)

my beloved and my only sister,

you know how i love you 

eventhough sometime you scolded me, but you are the one 

who always concern about me. :)

when i have the syndrome of homesick and miss our

 beautiful mom like crazy, you just said, "mai je la rumah kakak ni".

then, you will cook my favourite dishes, prepare the breakfast,

wash my clothes and others.

tanx a lot for everything..

love u sooo mush sis..!! ;)





Saturday 9 March 2013

c.h.o.c.o.l.a.t.e




AURAT kita, MARUAH kita. 

if we're given two bar of chocolates, one of them is exposed and 

another one is covered well with a 

wrapper. which one we prefer? of course the covered one right?

because we know, it is not exposed to
 
unfavourable things such as ants, dust and may be mini tiny bacteria.

same goes to us. if we cover our aurah

well, we're protected from any dangerous, insyaALLAH. :)

LOVE ourselves! :)

Thursday 7 March 2013

tak best???

























Its better for us to say ALHAMDULILLAH. :)

my father always told me before,

"kalau sedap, makan banyak. Tapi kalau tak sedap,

tak payah cakap tak sedap. makan sikit sudah.."

the important keyword here is

BERSYUKUR. :)

Monday 4 March 2013

no rain, no rainbow


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala puji hanya untuk Pencipta, Pemilik diriku dan seluruh alam semesta ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Allah izinkan juga untuk saya update blog ni setelah sekian lama dipenuhi sarang labah-labah tanpa sebarang update. Hee. Rasa macam banyak benda sangat nak tulis kat sini. Tapi setelah ditapis-tapis, hati ini tertarik pada satu kisah yang saya kira sangat menarik. insyaALLAH.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 286, Allah telah berfirman :

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya……”

Allahurabbi.. ujian yang hadir dalam hidup kita, bukanlah saja-saja Allah berikan kepada kita tapi ada sesuatu yang DIA nak berikan kepada kita. J


Sekarang ini, dua orang sahabat yang amat saya sayang kerana Allah sedang diuji dengan penyakit yang berbeza.  Seorang, sahabat sejak dari sekolah menengah, A dan seorang lagi sahabat adalah sahabat di universiti saya sekarang, B. Penyakit yang dialami oleh mereka, saya kira bukanlah penyakit yang biasa-biasa.

Apa yang menyebabkan saya kagum dengan sahabat-sahabat saya ini adalah, mereka sangat yakin dengan segala ketentuan dan ketetapan yang telah ditulis oleh Allah. Mereka sangat kuat. Kuat semangat. Dan kuat dalam memperjuangkan agama Allah walaupun kesihatan agak terganggu. Allahurabbi.. bezanya dengan diri saya. Alhamdulillah, saya sihat tapi apa sumbang bakti saya pada masyarakat, negara dan agama? Huu.. Alhamdulillah, saya sihat tapi, macam mana keyakinan saya terhadap segala ketentuan Allah?



Sahabat A saya, sudah lama saya tidak bertentang mata dengannya. Rinduuuuuuu….sobs.. :’( baru-baru ni, A dimasukkan ke hospital. Seperti biasa, A tak bagitau apa-apa. Saya dapat tahu melalui blognya. Terus saya inbox A di facebooknya. Petang tu, A hantar mesej pada saya melaluinya handset. Terus saya tanya padanya. Katanya, ada luka di tempat pembedahan yang dulu. Apa yang membuatkan saya kagum dengan A adalah, A sangat yakin bahawa segala luahan hati itu akan lebih bermakna kalau kita luahkan pada ALLAH. Setepek saya terasa..!! sebab saya masih mencari manusia untuk mendengar segala luahan hati saya. Bukan tak boleh luahkan pada manusia tapi Allah adalah tempat yang terbaik untuk mencurahkan segalanya sebab DIA Maha Mendengar. Sedihnya la hai dengan diri sendiri ni.huu.

Sahabat B saya mengalami sakit tulang belakang yang agak serius. Sakit tulang belakang yang menyebabkan dirinya tak boleh drive, tak boleh jalan lama-lama, cepat penat bila bercakap, kena buat fisioterapi setiap dua minggu dan macam-macam lagi yang dialaminya. Disebabkan sahabat saya ini terlalu sibuk dengan urusan-urusan pentingnya, jadual ubat yang perlu diambil olehnya menjadi tidak begitu konsisten. Kalau ada masa, makanlah ubatnya. Tapi, kalau tak ada masa, B jadi lupa untuk makan ubat. Tindakannya itu menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk. Tulang belakangnya kini dijangkiti kuman. Dan kuman tersebut telah “makan” sedikit tulang belakangnya. Sekarang, B ada dikampungnya untuk menjalani rawatan. Tadi saya dapat mesej dari B. katanya, after buat check-up dengan doctor, doctor just cakap :

“Its miracle!”

Walaupun B tak cerita semuanya pada saya, tapi saya dapat rasakan ianya satu khabar gembira. Ohhh..!! hati saya pulak yang tengah berbunga-bunga dengan mekarnya..hehe. tak sabarnya saya nak tunggu cerita darinya. Malam ni B akan bertolak balik ke sini by flight. Moga B selamat sampai. Ameen3.

Semoga sahabat-sahabat saya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang telah dihidangkan oleh Allah kepada mereka. Saya sayang sangat pada sahabat-sahabat saya yang comel-comel ni. hee.. Sesungguhnya, ujian itu adalah tanda kasih sayangNYA. Bukan semua manusia dapat merasainya. Dan yang paling penting, kepada diriku terutamanya, setiap ujian itu pasti ada hikmah yang mengiringinya. Yang penting, kita kena jadi hambaNYA yang benar-benar berfikir, bukan menjadi manusia yang sekadar menerima sesuatu itu secara bulat-bulat.

Sekadar ini dulu untuk kali ini. Maaf andai ada salah silap. Moga bertemu di lain entri. insyaALLAH. Wallahu’alam.