Thursday 18 April 2013

lembu dan tuannya


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai segala nikmat darinya terutama dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan juga ahli keluarganya. Allahummasolli ‘ala Muhammad.

Haaa.. dalam entri yang lepas, saya ada cakap nak cerita pasal kisah “lembu dan tuannya” kan? Ok, kepada sesiapa yang tak baca lagi kisah “monyet dan angin”, boleh klik sini.


Pada suatu hari, seorang lelaki bercakap dengan seekor lembu. Perbualan mereka adalah seperti di bawah
.
TL = Tuan Lembu
L = Lembu

TL : lembu, semalam kau makan apa?

L : semalam aku makan rumput.

TL : ohhh.. aku makan nasi. Kiranya, kita ni tak sama la kan. Semalam kau tidur kat mana?

L : aku tidur kat kandang je.

TL : ohh.. aku tidur kat atas katil. Kiranya kita ni tak sama la kan.

~~Tiba-tiba, azan berkumandang. Lalu, si lembu bertanyakan pada tuannya.

L : bunyi apa tu?

TL : tu bunyi azan.

L : tuan tak solat ke?

TL : ~~diam~~

L : kiranya, kita ni sama la kan. Sebab aku tak solat jugak.

____________________________
Haaa… begitulah kisahnya. Simple tapi mendalam maksudnya kan? Kesimpulannya, kalau kita tak solat, bermakna, kita ini samalah seperti lembu.  Mesti kita rasa macam pelik dan mungkin juga rasa nak marah kalau ada yang panggil kita dengan panggilan “lembu” instead of depa panggil nama kita kan? Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga solat dengan baik dan sempurna. Menjaga solat itu termasuklah mengambil wudhuk dengan sempurna (tidak membazir penggunaan air kerana membazir itu adalah amalan syaitan), solat di awal waktu, tidak tergopoh gapah, pakaian yang bersih dan tidak jarang (terutamanya wanita. Memang kita pakai telekung tapi ada certain telekung yang jarang. Jadi, kita perlulah pakai pakaian yang boleh melindungi daripada nampak bahagian dalam seperti warna kulit dan rambut kita). sesungguhnya solat itu merupkan satu kewajipan ke atas setiap muslim. dan sesugguhnya solat itu mampu mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. insyaAllah.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Salah silap harap dimaafkan. Wallahu’alam. Wassalam.


Wednesday 10 April 2013

monyet dan angin


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji hanya untukMU ya Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Allahummasolli’alamuhammad.

Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang update, finally I’m back! Hee.. ter’excited’ la pulak. =D


 hee..

Alhamdulillah, baru-baru ni saya diberi kesempatan untuk menyertai satu program kepimpinan anjuran MPP USIM dengan kerjasama JAKIM di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Wilayah Timur, Besut, Terengganu. Banyak sangat-sangat pengalaman yang saya dapat.
Alhamdulillah. Rasa macam tak tau nak cerita yang mana satu. Hee.
Perjalanan yang bermula jam 12 tengah malam dan mengambil masa
selama hampir 11 jam itu berakhir lebih kurang pada pukul 10.30 pagi
setelah diuji dengan beberapa ujian yang kami semua
mampu menanggungnya. Alhamdulillah. :)

Dalam banyak-banyak part yang saya lalui sepanjang program tersebut, antara yang saya rasakan ianya sangat menarik untuk dikongsi bersama adalah kisah ‘monyet dan angin’ dan juga kisah ‘lembu dan tuannya’.

PART 1 : KISAH MONYET DAN ANGIN

Seekor monyet sedang bermain-main di dalam sebuah hutan dengan gembiranya.
Dipanjatnya dari satu pokok ke satu pokok yang lain dengan riangnya.
Angin yang melihat keseronokan monyet bermain itu berasa kurang senang.
Lantas dihembusnya angin yang kuat sehingga menyebabkan monyet yang
sedang bersantai-santai di atas dahan pokok itu menguatkan lagi pegangannya
pada dahan pokok tersebut. Monyet itu tidak jatuh.

“Tak boleh jadi ni,” desis angin.

Kemudian, dikuatkan lagi tiupan angin itu. Namun, monyet masih lagi berpegang erat pada dahan pokok tersebut. Untuk kedua kalinya, monyet itu masih tidak jatuh dari pokok.

Angin bertambah geram kerana usahanya tidak membuahkan hasil. Lantas, ditiupnya angin dengan semakin kuat untuk menjatuhkan monyet tersebut. Ternyata, usahanya tetap tidak menjadi.


macam ni la kot reaksi monyet tu lepas jatuh daripada pokok. hehe

Lalu, angin tersebut menukar strateginya. Ditiupnya angin secara perlahan-lahan dan sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba….. gedebukkkk..!!! Monyet tersebut jatuh menyembah ke lantai bumi.

PENGAJARAN

janganlah kita risau andai diuji dengan kesusahan tapi risaulah andai kita diuji dengan kesenangan. Fitarah bertuhan itu merupakan fitrah manusia namun fitrah itu jarang hadir dalam diri kita sewaktu kita senang. Fitrah itu hanya akan kembali dalam diri kita andai kita diuji dengan kesusahan. Jadi, bersyukurlah duhai hati andai diuji dengan kesusahan kerana itu merupakan satu jalan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.

Nak tahu kisah ‘lembu dan tuannya’?? Tunggu entri seterusnya ok! Hee. insyaALLAH.
Ampun maaf dipinta andai ada salah silap. Wallahua’lam. Salam kasih dari ‘home sweet home’. Hee

 home sweet home! ~hepinya~ ;)





Wednesday 3 April 2013

He is always ready to acccept 'it'



Kisah Iktibar

Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih Muslim iaitu kisah pembunuh yang membunah seratus orang. Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah Taala akan menerima taubatnya. Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan. Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang di maksudkan. Di sana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.


*********************

Allah berfirman dalam Surah At-Tahrim : Ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha“, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
*********************
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat." (Riwayat Muslim).