Wednesday 10 April 2013

monyet dan angin


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji hanya untukMU ya Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Allahummasolli’alamuhammad.

Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang update, finally I’m back! Hee.. ter’excited’ la pulak. =D


 hee..

Alhamdulillah, baru-baru ni saya diberi kesempatan untuk menyertai satu program kepimpinan anjuran MPP USIM dengan kerjasama JAKIM di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Wilayah Timur, Besut, Terengganu. Banyak sangat-sangat pengalaman yang saya dapat.
Alhamdulillah. Rasa macam tak tau nak cerita yang mana satu. Hee.
Perjalanan yang bermula jam 12 tengah malam dan mengambil masa
selama hampir 11 jam itu berakhir lebih kurang pada pukul 10.30 pagi
setelah diuji dengan beberapa ujian yang kami semua
mampu menanggungnya. Alhamdulillah. :)

Dalam banyak-banyak part yang saya lalui sepanjang program tersebut, antara yang saya rasakan ianya sangat menarik untuk dikongsi bersama adalah kisah ‘monyet dan angin’ dan juga kisah ‘lembu dan tuannya’.

PART 1 : KISAH MONYET DAN ANGIN

Seekor monyet sedang bermain-main di dalam sebuah hutan dengan gembiranya.
Dipanjatnya dari satu pokok ke satu pokok yang lain dengan riangnya.
Angin yang melihat keseronokan monyet bermain itu berasa kurang senang.
Lantas dihembusnya angin yang kuat sehingga menyebabkan monyet yang
sedang bersantai-santai di atas dahan pokok itu menguatkan lagi pegangannya
pada dahan pokok tersebut. Monyet itu tidak jatuh.

“Tak boleh jadi ni,” desis angin.

Kemudian, dikuatkan lagi tiupan angin itu. Namun, monyet masih lagi berpegang erat pada dahan pokok tersebut. Untuk kedua kalinya, monyet itu masih tidak jatuh dari pokok.

Angin bertambah geram kerana usahanya tidak membuahkan hasil. Lantas, ditiupnya angin dengan semakin kuat untuk menjatuhkan monyet tersebut. Ternyata, usahanya tetap tidak menjadi.


macam ni la kot reaksi monyet tu lepas jatuh daripada pokok. hehe

Lalu, angin tersebut menukar strateginya. Ditiupnya angin secara perlahan-lahan dan sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba….. gedebukkkk..!!! Monyet tersebut jatuh menyembah ke lantai bumi.

PENGAJARAN

janganlah kita risau andai diuji dengan kesusahan tapi risaulah andai kita diuji dengan kesenangan. Fitarah bertuhan itu merupakan fitrah manusia namun fitrah itu jarang hadir dalam diri kita sewaktu kita senang. Fitrah itu hanya akan kembali dalam diri kita andai kita diuji dengan kesusahan. Jadi, bersyukurlah duhai hati andai diuji dengan kesusahan kerana itu merupakan satu jalan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.

Nak tahu kisah ‘lembu dan tuannya’?? Tunggu entri seterusnya ok! Hee. insyaALLAH.
Ampun maaf dipinta andai ada salah silap. Wallahua’lam. Salam kasih dari ‘home sweet home’. Hee

 home sweet home! ~hepinya~ ;)





No comments:

Post a Comment