Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan
untuk merasai segala nikmat darinya terutama dua nikmat terbesar iaitu nikmat
iman dan Islam. Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,
Nabi Muhammad SAW dan juga ahli keluarganya. Allahummasolli ‘ala Muhammad.
Haaa.. dalam entri yang lepas, saya ada cakap
nak cerita pasal kisah “lembu dan tuannya” kan? Ok, kepada sesiapa yang tak
baca lagi kisah “monyet dan angin”, boleh klik sini.
Pada suatu hari, seorang lelaki bercakap dengan
seekor lembu. Perbualan mereka adalah seperti di bawah
.
TL = Tuan Lembu
L = Lembu
TL : lembu, semalam kau makan apa?
L : semalam aku makan rumput.
TL : ohhh.. aku makan nasi. Kiranya, kita ni tak
sama la kan. Semalam kau tidur kat mana?
L : aku tidur kat kandang je.
TL : ohh.. aku tidur kat atas katil. Kiranya kita
ni tak sama la kan.
~~Tiba-tiba, azan berkumandang. Lalu, si lembu
bertanyakan pada tuannya.
L : bunyi apa tu?
TL : tu bunyi azan.
L : tuan tak solat ke?
TL : ~~diam~~
L : kiranya, kita ni sama la kan. Sebab aku tak
solat jugak.
____________________________

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Salah silap
harap dimaafkan. Wallahu’alam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment