Monday 18 June 2012

HARAP MAAF, nombor yang anda dail..........




apabila kita melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan kepada manusia lain, pastinya ada meninggalkan kesan luka di hati mereka. lalu, bagi manusia yang sangat menitik beratkan nilai silaturrahim, pastinya dia akan berusaha untuk mengungkapkan kata maaf kepada insan tersebut, walapun kadang kala terasa sukar untuk melafazkan kata 'maaf' itu. namun, ada jugak manusia yang memang tidak mahu meminta maaf walaupun memang terang, jelas dan nyata bahawa dia telah melukakan hati insan itu. mungkin di hatinya terdetik. "bukan salah aku". tak kurang juga ada yang berkata, 'ahh..lantak dia lah nak marah ke, nak merajuk ke..ada aku kisah?''

tetapi ketahuilah bahawa dengan meminta maaf itu, tidak akan ada satu pun kerugian kepada kita. 
 
jika maaf sudah diungkapkan, bagaimana pula dengan insan tersebut? adakah dia akan menerima maaf kita? yang itu, terpulanglah kepada mereka sama ada nak memaafkan atau pun tidak. ada di antara kita, golongan yang sukar memaafkan kesalahan manusia lain sehingga memerlukan masa yang lama untuk memaafkan. ALLAH dah sebut dalam al-Quran, surah an-Nur , ayat 22 ;

       "... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang,".

dengan meminta dan menerima maaf kita itu, moga-moga dapatlah meringankan hisab kita antara manusia di akhirat kelak.. ameen, ameen, ameen. insyaALLAH ^_^




No comments:

Post a Comment