Wednesday, 29 February 2012

UBAT PENYAKIT DENGKI





1. sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T pinjamkan kepada kita. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati dengan kejayaan orang lain.
2. selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.
3. perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tak ingat begitu, nanti kita akan lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.


4. tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram, nanti kita akan terjerumus ke lembah hina.
5. berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Biasanya kalau kita berburuk sangka. Nanti orang lain akan menjauhi kita.
6. selalulah mengikat silaturrahim dan saling membantu antara satu sama lain. Biasanya kalau kita tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.
7. sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.


Tuesday, 28 February 2012

KALAULAH MULUT KITA ADA PASANGAN......



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "hendaklah kamu berkata baik ataupun diam." Diam yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah mengandungi banyak hikmah, antaranya :

1. apabila kurang bercakap kita akan  berfikir dan apabila lenuh berfikir, akal akan menjadi lebih tajam. 



2. fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan, bukan pada nafsu.

3. kurang dosa, kerana banyak bercakap, banyak pula dosanya. Apabila banyak dosa, kurang rasa malunya. Apabila kurang rasa malu, manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.

4. tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya.

5. dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.



Thursday, 23 February 2012

TIP-TIP MEMUTIHKAN GIGI




Cara-cara  yang disenaraikan di bawah boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Bahan-bahan yang perlu anda ada :
~straw
~berus gigi
~jus lemon
~garam
~baking soda
~hydrogen peroxide
~strawberi

LANGKAH 1
Hadkan pengambilan minuman yang boleh meninggalkan kesan degil warna pada gigi seperti kopi, teh susu, minuman bergas yang berwarna dan minuman beralkohol. Jika anda tidak boleh untuk berpisah dengan minuman kegemaran yang berwarna, gunakan straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dengan gigi.

LANGKAH 2
Berus gigi anda dengan segera selepas makan, lebih-lebih lagi jika makan makanan yang meninggalkan kesan warna yang degil seperti buah beri.

LANGKAH 3
Gosok strawberi mentah pada gigi anda, sebaik-baiknya strawberi ynag asli (bukan jem strawberi). Terdapat satu enzimpada strawberi yang mampu bertindak sebagai agen pemutihan. Kumur-kumur selepas anda rasakan gula semulajadi dan asid pada strawberi sudah dikeluarkan oleh strawberi pada gigi.

LANGKAH 4
Makan makanan yang rangup yang memerlukan banyak kunyahan seperti lobak, daun saderi, brokoli, dan epal kerana makan seumpama ini membantu dalam membuang plak yang terkumpul di celahan gigi.



LANGKAH 5
Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi. Hasilnya memuaskan walaupun rasanya tidak sesedap yang dirasa.

LANGKAH 6
Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes. Berus gigi anda dengan pes tersebut dan bilas. Sekali lagi, rasanya tidak menyenangka tetapi pastinya gigi anda berterima kasih kepada anda..! (^_^)

LANGKAH 7
Gunakan hydrogen peroksida untuk memberus gigi anda. Celup berus gigi anda ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang anda lakukan dengan ubat gigi biasa. *hati-hati agar tidak tertelan. Bilas dengan air.

TIP TAMBAHAN
~beli ubat gigi yang mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semulajadi
~berus gigi setiap kali selepasa makan dan  kerap floss gigi adalah langkah pertama untuk senyuman yang kekal berseri.