Friday, 16 March 2012

SIMPLE POST TAPI... ^_^

‎"Wiwiting tresno jalaran soko kulino"..

cinta itu tertumbuh kerana terbiasa..
apabila seseorang yang sudah terbiasa dengan kemungkaran dan kemaksiatan, lama-kelamaan rasa cintanya pada kemungkaran dan kemaksitan itu berputik. sebaliknya, orang yang sudah terbiasa dengan kebaikan, insyaAllah rasa kecintaan kepada perkara kebaikan dan perkara menghala kepada keredhaan Allah akan mekar di dalam jiwanya.. 



~kita berada disisi yang mana..? yang terbiasa dengan kemungkarankah atau yang terbiasa dengan kebaikankah..? sama2 kita tepuk dada, tanya iman..

~antara intipati mutiara ilmu dari buku "ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang kita idamkan" oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi..~

Saturday, 3 March 2012

BUAH HATI


malam semalam kakak saya call. dia ada bagi tahu saya yang emak dan ayah saudara saya ada di NCI (institut cancer kebangsaan). anaknya atau sepupu saya itu dimasukkan ke wad pada 28 feb 2012 yang lepas. selepas itu saya terus call emak saudara saya, bertanyakan tentang anaknya yang sekarang sedang belajar di MIAT, Sepang. kata emak saudara saya, tulang belakang anaknya itu jadi renggang sebab selalu buat kerja yang berat. katanya lagi, keadaan anaknya itu sama seperti ayah saya dulu.

detik itu, fikiran saya melayang jauh, teringatkan ayah di kampung. pada penghujung tahun 2009, (tak ingat pulak saya bila tarikhnya) ayah telah menjalani satu pembedahan tulang belakang. kata doktor, ada cecair dan lendir yang perlu dibuang. cecair dan lendir itulah yang menyebabkan ayah tidak dapat berjalan untuk tempoh yang lama. pada masa itu, tidak sampai sebulan saya mendaftar sebagai mahasiswi. hati saya terasa sangat tidak tenang sewaktu ayah dibedah walaupun saya tahu penyakit ayah itu tidaklah membawa maut.







sememangnya ayah tidak membenarkan saya untuk balik ke kampung ketika itu. merasakan hati yang sangat tak tenang, seminggu selepas itu saya balik ke kampung bersama kakak. kata doktor, ayah jadi macam tu sebab banyak buat kerja yang berat. kata-kata itu diakui oleh emak. sedari dulu ayah memang seorang yang sangat kuat bekerja demi membesarkan permata hati yang dikasihi. bagi ayah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. ayah tidak mempunyai kepakaran lain selain mengajar dan melakukan kerja-kerja kampung. emak pernah bercerita, bermula dari pagi sampai ke petang, ayah hanya berhenti untuk solat sahaja.

teringat pada kata-kata ayah.. "ayah tak kisah kalau kena bersusah-payah untuk anak-anak. nak bagi pelajaran yang sebaik-baiknya. bergantung pada diri sendiri, nak atau tidak je." Alhamdulillah, sekarang ni anak-anak ayah sudah berjaya walaupun tidak ada yang bekerja professional tapi boleh membuatkan ayah dan emak hanya berehat di rumah. kini, hanya saya sahaja yang masih belajar dan merupakan harapan keluarga juga.







Ya ALLAH. bantulah hamba-MU ini. permudahkanlah segala urusan kerjaku. jadikanlah kami adik-beradik sebagai anak-anak yang berbakti kepada emak dan ayah dan juga menghargai diri mereka. amin.
Betapa besarnya pengorbanan emak dan ayah sedari kami dalam kandungan hinggalah sekarang. sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas dengan apa pun.


~*sayarindukanemakdanayahdikampung*~

Friday, 2 March 2012

SYRIA BERDARAH, PEDULIKAH KITA?


Alhamdulillah, pada 29 februari 2012, saya diberi kesempatan untuk menghadiri satu forum yang dianjurkan di universiti saya yang bertajuk "Syria Berdarah, Pedulikah Kita?". Ahli panel yang hadir pada forum tersebut adalah Prof Madya Dr. Kamaruzzaman Yusoff, merupakan pensyarah di Fakulti Sains Soaial dan Kemanusiaan, UKM.Beliau juga merupakan Felo Kanan Institut kajian Rantau Asia. Ahli panel yang kedua adalah Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.

  

Banyak input yang saya dapat daripada forum tersebut. sebelum forum tersebut bermula, kami semua dihidangkan dengan satu tayangan video berkaitan apa yang terjadi di Syria sekarang. menitis air mata saya melihat penderitaan mereka. kanak-kanak dibunuh tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan. para muslimin dipaksa untuk mengucapkan "tiada Tuhan melainkan Bashar Asad".. Ya Allah.. terbayang di mata saya detik itu, apakah yang akan saya lakukan jika berhadapan dengan situasi sebegitu? di waktu kita sedang bergembira, mereka bersedih menatap pemergian anak-anak, suami dan isteri. di waktu kita sedang sibuk ber'facebook', ber'twitter', ber'blogging', melayan drama dan filem korea, mereka umat Islam di bumi Syria bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan agama Islam yang suci. ya Tuhan.. memang tak dapat ditahan air mata saya ketika itu. 



sesungguhnya bashar Asad dan keluarganya mewakili agama Nusairiah di mana nusairiah ini bukanlah agama Islam tetapi merupakan salah satu cabang syiah atau juga dikenali sebagai Alawi. jadi, apa yang berlaku di Syria sana adalah orang bukan Islam membunuh orang Islam..! pekakah kita dengan situasi ini..? soalan ini untuk diri saya juga. Allahurabbi. betapa  lalainya saya selama ini dengan apa yang berlaku di sana.



di penghujung forum tersebut, ada yang bertanyakan soalan kepada ahli panel tentang peranan dan sumbangan yang boleh diberikan kepada umat Islam di Syria selain daripada mengambil tahu dalam konteks sebagai seorang pelajar. salah seorang ahli panel menjawab, generasi muda hari ini perlu membuat pelbagai persediaan dari pelbagai sudut. sebagai contoh, penggunaan facebook dan twitter menjadi satu trend terkini untuk golongan remaja khusunya. jadi para pelajar boleh menggunakan medium ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang situasi di syria sebagai tanda kita prihatin. dalam erti kata lain, menggunakan teknologi yang semakin hari semakin canggih ke arah yang boleh memberi manfaat bersama.


 

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan dan kemenangan umat Islam di Syria. sesungguhnya janji Allah itu pasti bahawa Islam akan tetap beroleh kemenangan. ALLAHUAKBAR...!!