بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah,
syukur di atas segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada diri ini. Selawat
dan salam buat junjungan besar mulia, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya
dan juga para sahabat, tabii dan tabiin.

Ada satu kisah
yang telah diceritakan oleh seorang ahli panel dalam forum tu adalah kisah Ibnu
Sirin. Siapa Ibnu Sirin ni.? Yang saya pernah dengar, beliau ini merupakan
salah seorang yang hebat dalam bab tafsir mimpi. Ustaz tu cakap, Ibnu Sirin ni
jugak merupakan seorang bisnesman yang hebat dan warak. Lalu, saya jadi
sangat-sangat nak tahu kisah Ibnu sirin ni. Saya pun mulalah menjalankan misi
saya untuk menulusuri kisah hidupnya. Jom, teruskan pembacaan.! Sila jangan
bosan..hee..
~Ini adalah serba sedikit tentang Ibnu Sirin~
Ibnu Sirin atau
nama sebenarnya Muhammad bin Sirin merupakan seorang anak kepada pasangan yang
cukup warak iaitu Sirin (bapanya merupakan hamba kepada Anas bin Malik) dan
Sofiah (ibunya merupakan hamba kepada saiyidina Abu Bakar as-Siddiq) . Beliau dilahirkan
pada zaman pemerintahan sahabat iaitu ketika zaman Khalifah Uthman bin Affan. Beliau
sempat hidup dan menuntut ilmu daripada beberapa orang sahabat yang hebat seperti
Zaid bin Thabit, Anas
bin Malik, Umran bin al-Husoin, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah
bin al-Zubair dan Abu Hurairah.
Ibnu Sirin merupakan
seorang yang berani dalam menyampaikan kebenaran secara terbuka. Banyak kisah
yang menarik tentang beliau akan hal ini. Salah satunya adalah kisah beliau
bertemu dengan Gabenor kerajaan Bani Umayyah di Iraq iaitu Umar bin Hubairah.
Umar bin Hubairah
bertanya kepada Ibnu Sirin, “Bagaimanakah keadaan penduduk bandar kamu ketika
kamu meninggalkan mereka wahai Abu Bakar (nama panggilan kepada Ibnu Sirin)?”
Lalu Ibnu Sirin menjawab, “Aku meninggalkan mereka pada masa kezaliman berlaku secara berleluasa sedangkan kamu tidak menghiraukannya.” Lantas anak saudara beliau menyinggung beliau dengan menggunakan bahunya. Selepas itu beliau menoleh kepada anak saudaranya dengan berkata, “Bukan kamu yang ditanya tetapi aku yang ditanya. Perkara tersebut adalah merupakan suatu penyaksian dan sesiapa yang menyembunyikannya dia akan berdosa.”
Setelah itu Ibnu Hubairah menghulurkan sesuatu pemberian kepada beliau tetapi beliau menolak. Kemudian anak saudara beliau menegur tindakan beliau dengan berkata, “Kenapa kamu tidak mahu menerima pemberian daripada gabenor?”
Beliau menjawab, “Dia memberikan kepada aku kerana dia menganggap aku seorang yang baik, jadi sekiranya aku memang tergolong dari kalangan orang yang baik, tidak sepatutnya aku menerima pemberian tersebut tetapi jika sebaliknya, lebih baik lagi aku tidak menerimanya.”

Muhammad bin Sirin hidup hingga umurnya mencecah 77 tahun. Ketika ajalnya tiba, harta yang dimilikinya tidaklah seberapa dan amat sedikit. Namun bekalannya melimpah ruah untuk kehidupan selepas mati.
Hebat kan Ibnu Sirin ni..? moga-moga, kisah hidup Ibnu Sirin ini, dapat
kita jadikan sebagai panduan dan pengajaran dalam menghadapi dunia yang semakin
mencabar ini. Sekian saja dari saya. Salah silap harap dimaafkan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment