Tuesday 15 January 2013

selamat hari lahir..!!! ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada diri ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga ahli keluarganya.

Alhamdulillah, syukur sangat2.. saya dah habis final exam untuk sem 5 sesi 2012/2013. Hee. Segala natijahnya, saya serahkan pada ALLAH yang Maha Berkuasa atas segalanya sebab DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri saya.. ^_^

Hari tu, masa dalam tempoh exam, ada birthday seorang sahabat saya iaitu pada 7hb januari 2013. Namanya RUS FARAH IZZATY BINTI RUSLAN.. sedap kan namanya..? hehe. Entri ini saya tujukan khas untuk beliau yang saya selalu panggil dengan nama “Rus”.

                                         -----------------------------------------------------

Buat sahabat yang disayangi dan dikasihi hanya kerana ALLAH.

Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Illahi sebab syidah diberi peluang untuk mencoret sesuatu di blog yang tak seberapa ini. Tercapai jugak hasrat syidah untuk buat satu entri pasal Rus walaupun ianya mungkin tidak seberapa di mata Rus. =) Sekali lagi syidah nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 22 pada Rus walaupun hari tu syidah dah ucap. Sehari pulak tu lambat.hee.. bukan syidah tak ingat atau lupa tapi saja je syidah buat macam tu.hee.. Rus, rus sedih ke syidah tak wish on that day..? hee. sorry taw. Sory sangat. Tapi syidah bukan tak ingat taw..hehe.


ni kek untuk rus..hehe.. buat tatapan pancaindera matamu.hee..

Di hari lahir Rus, syidah tak ada apa yang syidah mampu bagi pada Rus melainkan hanya ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada Rus untuk segala yang telah Rus berikan pada syidah selama kita bersahabat. (kenapa syidah menangis ni..? huhu) . Rus selalu berkorban untuk syidah. Korban perasaan, korban duit, korban waktu dan macam-macam lagi lah. Rus banyak bersabar dengan syidah yang terlalu banyak kerenah dan tak semua orang boleh sabar dengan syidah. Hee.

Rus yang syidah sayang hanya kerana ALLAH,

Ketahuilah , syidah sayang sangat pada Rus walaupun mungkin nilainya tak sama seperti mana Rus sayang syidah. Syidah selalu cuba untuk jadi lebih baik tapi kadang-kadang syidah tak kuat. Alhamdulillah, ALLAH kurniakan pada syidah sahabat-sahabat yang saling memberi kekuatan antara satu sama lain. Syidah simpan lagi mesej yang Rus bagi masa syidah tengah sedih dan stress hari tu. Tapi syidah dah tak ingat syidah sedih dan stress pasal apa. Hehe.

“At times when I feel lonely, no one to keep me calmly. You were there. At times when I feel so troble, no one for me to turn to You. You were there. You always there. Sesungguhnya ALLAH berada lebih dekat dengan hambaNYA lebih daripada dekatnya urat nadi kita sendiri. Terkadang ujian ditimpakan kepada kita kerana ALLAH rindukan rintihan kita kepadaNYA. Moga syidah beroleh kekuatan dalam setiap ujian yang dating bertamu. Moga ALLAH bersamamu setiap detik dan waktu. Syidah kuat dan Rus tau syidah boleh buat!”

Rus..Rus ingat lagi tak macam mana Rus pujuk syidah untuk mohon zakat tu..? haha.. kalau ingat balik, syidah rasa macam kelakar je. Hehe. Daripada syidah tak nak, sekejap nak, sekejap tak nak, terus nak. Lepas tu, rus la yang bersusah payah pegi mintak sign En.Asri untuk borang syidah tu..hee.. tapi tak tau lagi kita dapat ke tak kan.. harap-harap dapat. Ameen3x.. =)

Itu sahaja dari syidah untuk Rus. Maafkan syidah andai syidah gagal menunaikan hak Rus sebagai seorang sahabat. Tapi syidah rasa macam banyak sangat hak rus yang syidah tak buat.huu.. doakan syidah ea, moga syidah diberi kekuaatan untuk terus berubah kea rah yang lebih baik. Akhir kalam, syidah sayang Rus sangat. <3

--------------------------------------------



Buat sahabat-sahabat saya yang mungkin membaca entri ini, please…please..please.. jangan kecik hati ye..hee.. yang pastinya saya sayang semua sahabat saya. Maafkan saya jugak andai saya gagal menunaikan hak-hak kalian sebagi sahabat.Moga ukhwah kekal hingga ke syurga. Ameen3.. bila dah nak start cuti ni, saya jugak akan start merindui kalian.. ^_^ jaga diri.. wassalam.

2 comments:

  1. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.

    Salam syg penuh kerinduan buat bakal penghuni syurga, saudaraku Rasyidah Bt Ismail...

    Setelah sekian lama, baru hari ni, malam ni, Allah gerakkan hati rus utk melihat-lihat & meninjau-ninjau prkembangan blog ni. *Sebab da rindu sgt kt syida sebenanye, terus jalan2 ke sysukahijau ni. hehe*

    Terkedu rus bila tgk 1 entry yg rus kira, subhanallah, sgt panjang, sgt ikhlas, which I can feel, truly from the bottom of your purified heart, & its all about me, you & our togetherness!

    Allahuakhbar, macamana la selama ni rus boleh x terperasan dgn kehadiran entri ni? Mesti Allah da tulis siap2, bhwasanya, mlm ni la yg akn jd mlm yg sgt special buat seorg RUS FARAH IZZATY RUSLAN utk menyedari kasih sayang seorg RASYIDAH ISMAIL. :)

    Dan sebenanye, rus bukan sape2 pun, utk buat syida gembira. Tapi alhamdulillah, Allah pilih waktu yg tepat utk kita sama2 hadapi suka duka pahit manis kehidupan ni & semuanya lagi indah & bermakna bila kita harunginya semata-mata kerana Allah. <3

    p/s : Maaf na syidah syg. I'm not good with words. But deep inside, I really hope & pray, Allah akan terus tanamkan & sematkan kukuh dalam hati-hati kita ini, kasih sayang yg walaupun x terzahir atau tak terungkap, akan kekal utuh, hinngga ke jannahnya. Amiiin ya rabb. <3


    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..rus..syidah pun bru je bacab komen rus ni sbb da bnyak hari dah xbkak blog ni.. :) btw rus, tqvm utk segala2nya.. :)may ALLAH bless you.. <3

      Delete