Monday 4 February 2013

C.I.N.T.A :) ~~Hilal Asyraf dan zaujahnya~~


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya untuk Pencipta seluruh alam ini. selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala Muhammad. 

Alhamdulillah, ALLAH bagi saya kesempatan dan kekuatan untuk menghadiri Bengkel Penulisan Islamik Zon Utara (BPIZU) bersama Saudara Hilal Asyraf, anjuran Langit Illahi Consultancy. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat melalui program tersebut seperti tujuan kita menulis, niat kita sebelum menulis, macam mana nak menulis, perkara yang macam mana kita nak tulis, untuk siapa karya kita ditujukan dan macam-macam lagi. Banyak kan..? hee..

Dalam bengkel tersebut, masa tengah rehat untuk makan tengah hari, saya sempat bertemu dan bersembang dengan zaujah saudara Hilal. First impression saya pada Puan Tengku Masyitah, beliau seorang yang sopan dan sangat berbudi bahasa. Saya happy sangat sebab Allah bagi saya peluang untuk bertentang mata dan berbicara dengan seorang insan yang saya kira tulang belakang yang sangat penting bagi saudara Hilal. ~sempat jugak saya tangkap gambar dengan Puan Tengku Masyitah bersama sahabat saya, Nia..hehe~



kami.. bergambar selepas bengkel.. :)

Dalam bengkel tersebut, saudara Hilal ada menyentuh sedikit tentang pergaulan antara lelaki dan wanita sebelum bernikah iaitu fasa antara pertunangan dan pernikahan. Ceritanya, antara beliau dan zaujahnya, dalam tempoh dua tahun, mereka pernah berhubung melalui telefon hanya dua kali. Itu pun disebabkan ada urusan pernikahan yang perlu diselesaikan. Saya impressed..!! hehe.. 

Bila ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana
Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa

haaa.. tau kan ni lagu siapa..? lagu Amy Mastura yang agak popular dalam sitkom 'Puteri' satu ketika dulu..hee


Bila disebut tentang cinta, mata yang mengantuk pasti celik. Yang rasa malas pasti rasa segar. Ada yang hanya menyedari cinta itu adalah antara manusia sahaja. Tapi, sebenarnya kita lupa bahawa cinta yang utama adalah cinta ALLAH dan RasuluNYA. Manusia adalah pemilik cinta selepas kita mencintai ALLAH dan Rasul.

Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)

Apabila berbicara tentang cinta, ia agak sinonim dalam kalangan remaja. Rasa ingin menyayangi dan disayangi, ingin mengasihi dan dikasihi, ingin mencintai dan dicintai oleh orang lain yang mungkin juga boleh dikatakan oleh insan yang berlainan jantina. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu banyak dipaparkan pada dada-dada akhbar tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti pasangan ditangkap ketika berkahlwat, berzina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya menyebabkan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa dan pelbagai lagi kes yang melibatkan remaja akibat terlalu dibuai dengan perasaan cinta.

Perasaan ingin mencintai dan dicintai itu adalah fitrah yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambaNYA. Cinta itu hakikatnya suci dan murni. Tapi, kadang-kala cinta itu dikotorkan oleh sang pencinta itu sendiri dengan perkara-perkara yang salah disisi syarak seperti keluar berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan, berhibur bersama pasangan sehingga lewat malam dan macam-macam lagi yang jelas, terang dan nyata salah di dalam Islam. Apabila nafsu menjadi tuan kepada diri kita, pasti natijah buruk yang akan berlaku. Apabila diri kita telah dikuasai oleh nafsu, maka kita akan menjadi hamba kepada syahwat. Hati kita  semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menahan ‘pohon’ penyesalan dalam hatinya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Jihad paling utama adalah memerangi nafsu..”


Rasanya cukuplah untuk kali ini. Rasa macam tak pandai sangat nak tulis tentang cinta. Hehe. Semoga Allah pelihara cinta kita semua agar kita meletakkan rasa cinta itu pada tempat yang selayaknya. Saya sangat tertarik dengan kata-kata ustazah Fatimah Syarha setiap kali beliau ingin memulakan bicara iaitu :

“……..Dr. Farhan Hadi, pemilik cintaku selepas ALLAH dan Rasul…”.

Hehe.. :) saya suka kalam bicara Ustazah Fatimah Syarha. Butir bicaranya penuh dengan motivasi yang sangat berguna. Ampun maaf dipinta andai ada salah bicara dalam penulisan entri ini. Segala kelemahan adalah dari diri saya. Wallahu’alam. Wassaalam.. :)


2 comments: