Monday 18 February 2013

harapan "kami"


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dari ALLAH.  selawat dan salam buat Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, finally ada juga kesempatan dan kekuatan dariNYA untuk saya update blog yang saya kira sudah lama tidak ber’update’ di sebabkan beberapa urusan keluarga. Tapi, bila dah ada masa untuk update blog, penyakit yang tidak ada ubatnya telah menyerang diriku dengan jayanya dan hebatnya iaitu penyakit MALAS. Penyakit itu memang memerlukan satu pengorbanan dan jihad melawan nafsu yang sangat tinggi levelnya.hee.

Entri kali ini, ingin sekali diri ini bercerita tentang seorang guruku yang berbangsa cina dan beliau bukan beragama Islam (non-Muslim). Ini semua gara-gara perayaan tahun baru cina baru-baru ini. Hehe.
Nama diberi pada cikgu tersebut adalah Weithing Chua dan saya mengenalinya sebagai Teacher Chua. Beliau merupakan cikgu praktikal di sekolah rendah saya masa saya darjah 5. Saya suka dan sayang sangat dengan cikgu ni.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, pernah satu ketika semasa saya sekolah rendah dan sekolah menengah, disebabkan saya terlalu sayang pada beliau, saya selalu berdoa dan minta pada ALLAH agar beliau tertarik dengan agama Islam, agama yang paling suci dan sempurna.  Pernah sahabat lelaki sekolah rendah saya ajak saya untuk melawat beliau di Kelantan tapi keadaan tak mengizinkan diri ini menziarahi Teacher Chua. Lalu sahabat saya meninggalkan pesanan ini pada diriku :

“sayang tece tak? Kalau sayang pada tece, berdoalah banyak-banyak dan sungguh-sungguh moga Allah kurniakan beliau hidayah untuk memeluk agama Islam.”




Satu benda yang saya perasan tentang sahabat saya ni, beliau selalu contact dengan Teacher Chua dan selalu menunjukkan nilai-nilai Islam pada cikgu tu. Sahabat saya sorang itu memang dikenali sebagai seorang yang tinggi akhlaknya dan baik agamanya. (tapi dia dah berpunya ye..kikiki..)

Saya jadi seronok sangat bila tengok di facebook, Tecaher Chua kadang-kadang dok “share” kata-kata hikmah dan nasihat dari Ustaz Azhar Idrus.

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Berdakwah itu menjadi kewajipan bagi setiap Muslim tak kiralah dengan apa cara sekali pun asalkan ianya bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Namun, satu perkara yang perlu kita ketahui adalah “hidayah itu milik Allah” dan kita tidak punya kuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapapun walaupun kepada insan-insan yang kita sayangi.

Jom kita sama-sama singkap kembali sirah Rasulullah SAW. Kisah bapa saudara Baginda SAW yang sentiasa menyokong perjuangan Baginda SAW walaupun beliau sendiri bukanlah seorang Muslim. Kasihnya kepada Rasulullah melebihi kasihnya pada anak-anaknya. Baginda Rasulullah SAW juga begitu, kasih dan sayang pada bapa saudaranya itu. Namun, Baginda SAW sendiri hanya mampu berdakwah padanya tetapi baginda SAW tidak mampu mengurniakan hidayah kepada bapa saudara yang sangat dikasihinya hatta ketika bapa saudaranya sedang berperang dengan sakaratul maut.

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Surah Al Qashash, ayat 56).

Harapan dan pinta saya pada ALLAH, Pemilik hidayah, moga Teacher Chua kesayangan saya itu menjadi salah seorang penerima hidayah untuk menganut agama Islam. Kepada sahabat-sahabat yang membaca entri ini, tolong doakan jugak untuk cikgu kesayangan saya itu. :) segala jasa baik kalian, hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Antara doa yang diajarkan oleh Baginda SAW agar ditetapkan hati di atas jalanNYA adalah :

"wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu".

"ya ALLAH, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah maha Pemberi (kurnia)". (doa ini ada dalam surah ali-Imran, ayat 8)

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga saya dikurniakan kelapangan waktu dan kekuatan untuk update blog selepas ini memandangkan saya dah start semester baru. ~thesis time~ Ampunkan segala salah silap saya. Wallahu’alam. Wassalam.



No comments:

Post a Comment