Sunday 9 December 2012

How Much Our LOVE?


BISMILLAH..
Alhamdulillah3x… syukur kpd ALLAH atas segala nikmat yg ALLAH bagi pada diri ini. masih lagi diberi peluang untuk merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam kpd Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Alhamdulillah, finally, dapat jugak saya update blog ni setelah lama ditinggalkan..hehe..

Alhamdulillah, pagi semalam (8 dis 2012, 24 muharram 1434H) saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal secara live.. hee..best..plus teruja sebab kali pertama dapat tgk dan dengar secara live. =) kuliah ni diadakan di Masjid Hasanah, seksyen 9 Bandar Baru Bangi, dekat dengan rumah akak saya.

Tajuk kuliah dhuha tu yg sebetulnya,  saya tak pasti pulak..hee.. tapi yang pastinya pasal Hijrah Baginda SAW. Ya ALLAH.  rasa sayu sangat bila dengar kisah hijrah Nabi. Barulah diri ini menyedari, rupa-rupanya masih terlalu banyak yg saya tak tahu dan tak faham tentang hijrah Baginda. T_T insya ALLAH, dengan sedikit kekuatan yang diberi oleh ALLAH, saya nak kongsikan sedikit tentang inti kuliah tersebut. =)
Ada hikmah kenapa Nabi SAW mintak Saidina Ali r.a selimutkan dirinya dengan menggunakan selimut hijau (selimut kepunyaan Baginda) pada malam Baginda keluar berhijrah.


Betapa beratnya dugaan yang Baginda SAW terima semasa dakwahnya. Ketika sujudnya dalam solat, orang2 kafir letak perut unta atas belakang dan lehernya. Pointnya kat sini, perut unta tu sangat berat. Perut lembu pun 3 orang lelaki yang angkat. Inikan pula perut unta yang beratnya perlu 5 orang angkat.

Betapa bercahayanya tubuh badan badan Nabi SAW sehinggakan semasa berhijrah Baginda tidak menggunakan lampu suluh untuk mengelakkan daripada dikesan oleh musuh. Riwayat ada mengatakan tentang dua bayang2 yang kelihatan semasa peristiwa hijrah tersebut. Namun, bayang2 tersebut adalah bayang2 unta dan bayang2 Saiyidina Umar r.a. betapa bercahayanya tubuh Baginda SAW.

Bapa saudara Nabi, Abu Talib selepas menceritakan kepada Baginda SAW tentang rancangan jahat orang2 kafir (masa tu, Nabi dah tahu sebab ALLAH dah bagitau pada Nabi) ada berkata “betapa baiknya Tuhan kamu berbanding dengan Tuhan kami”.. hakikatnya, bapa saudara Baginda tidak menentang dakwah Nabi, tapi satu benda yang kita kena tahu, Hidayah itu milik ALLAH.. tapi kita diberi pilihan dengan cara BERUSAHA. Berusaha utk berfikir dan sebagainya.

Telah diceritakan jugak oleh Ustaz Don masa kuliah tu, Saiyidatina Aisyah r.ha rasa hairan sangat bila tiap2 hari beliau dengar Nabi SAW baca doa agar ditetapkan hati iaitu :
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU)
Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW, kenapa baginda selalu baca doa tu?

Nabi menjawab pertanyaan Saiyidatina Aisyah r,ha dengan satu ayat ALLAH dalan surah ali-Imran ayat 8 yang bermaksud :
(Mereka berdoa): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) sesatkan hati kami sesudah Engkau (Allah) berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat yang langsung daripada sisi Engkau (Allah). Sesungguhnya Engkau (Allah) adalah al-Wahhab (Maha Pemberi).”

Allah dah pesan pada kita, kalau kita dapat hidayah, kita still lagi perlu berdoa dan mintak padaNYA agar ditetapkan hati dlm agamaNYA. Sebab ALLAH maha kuasa dan berhak untuk tarik balik segala nikmat yang DIA bagi pada kita.. “Hidayah” tu nikmat dari ALLAH yang bukan semua orang boleh dapat tau.. =) betul tak..? ^_^

See… Nabi Muhammad SAW yang memang ALLAH dah janjikan syurga, masih amalkan dan mohon pada ALLAH agar ditetapkan hati dalam agamaNYA. Kita yang belum tentu macam mana penghujung hayat kita, lagi2 lah sangat2 digalakkan untuk amalkan dan hayati doa ini. =) kan..? hee.


Ya ALLAH.. rasa sayu dan sebak sangat dengar kuliah tu tadi. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW hanya kerana ALLAH dan sebagai syarat untuk kita layak mendapat syafaat dari Baginda SAW. Allahhumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. akhir kalam, sama2 kita tanya diri kita, sejauh mana kecintaan kita kpd Baginda SAW..tepuk dada, tanya iman. segala kekhilafan dan kelemahan dlm berkongsi entri ini, saya mohon sejuta kemaafan. =)



No comments:

Post a Comment