Monday 24 December 2012

exam mood =)


بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH, syukur di atas segala nikmat yg ALLAH kurniakan pada diri ini. Masih lagi diberi modal usia dan kesihatan, dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dan segala nikmat yg terlalu banyak dari ALLAH hatta nikmat untuk menggerakkan jari untuk menaip entri ini dan kerlipan mata untuk menghadap laptop. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita NABI MUHAMMAD sollallahu’alaihiwasallam dan juga ke atas ahli keluarganya.

Currently, saya ada di kampung. =) balik untuk study week. =) dok buka balik video2 lama, tengok apa yang ada. And finally, I found and watched Aiman Azlan’s video which is “why we SHOULD NOT CHEAT on EXAMS..?” he is a famous vlogger and blogger ~maybe~ hee.. it’s really interesting since I’m now in the exam mood. =) kepada sesiapa yang tak tengok lagi video tu, boleh klik link ini. =)


ni orangnya.. Aiman Azlan. now, beliau di Toronto

Berdasarkan video Aiman Azlan tersebut, menipu time exam adalah masalah global. And it means that, ianya merupakan masalah yang besar. Dan sebagai seorang MUSLIM, satu perkara yang mesti kita tahu adalah:

“menipu sewaktu peperiksaan berkait rapat dengan keJUJURan dan AMANAH pada diri sendiri dan juga keBERKATan dalam hidup”.. =)

Kata Imam al-Ghazali :

“perkara yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH”..

Jangan kita ingat amanah tu bila kita jadi bendahari ja.. hee.. =) kuku, rambut, suara, air liur, bulu roma yang kita ada ni dan macam2 lagi, semuanya adalah amanah dari PENCIPTA kita. =)
Kenapa ya kita tak boleh menipu time exam..??? =) jom baca kat bawah ni berdasarkan apa yang Aiman Azlan cakap dan ditambah sikit2 oleh saya.. ^_^

1. ALLAH SWT memberi ganjaran untuk usaha kita, bukannya result yang kita dapat. =)

Sebagai seorang MUSLIM yang berpegang pada Ahli sunnah wal jamaah, kita wajib tahu bahawa “manusia berusaha, ALLAH yang tentukan”. Jadi, usaha itu adalah hak kita, kejayaan itu adalah hak ALLAH. So, we’ve choice right..? kita ada pilihan untuk berusaha dengan bersunguh-sungguh ataupun tak. ALLAH akan memberi ganjaran berdasarkan usaha kita.

ALLAH dah berfirman dalam Al-Quran (13 : 11) ;

“ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”..

kalau kita usaha sungguh2 dah tapi tak dapat jugak A tu, it’s doesn’t matter. =) analogi : MUSLIM yang tengah berperang dekat GAZA sana nuu.. how hard they are..??? tapi, kejayaan untuk mereka (mungkin jugak kita) tu, ALLAH tak bagi lagi. See.. =) we should try our BEST.

2.  Kita tak boleh control keputusan yang kita dapat, tapi kita boleh control usaha kita. =)

Kita boleh pilih untuk baca dan study before masuk exam tapi kita tak boleh pilih untuk dapat A tau pun tak sebab seperti yang telah ditulis kat atas, kejayaan itu ALLAH yang punya. Bukan kita punya. Sebagai analoginya, kita tanam pokok mangga. Kita ada pilihan untuk usaha jaga pokok tu atau pun tak. Kita boleh usaha dengan cara siram air, letak baja, pastikan tanah tu sentiasa ada nutrient yang sepatunya untuk pokok tu dan segala macam yang kita boleh usaha, tapi…….. penghujungnya, boleh kah kita pasti kan yang pokok mangga tu benar2 akan membesar dengan jayanya..? menghasilkan buah yang banyak..? tak boleh kan..?? =)

Sebagai analogi lagi, cuba kita singkap kembali sirah para Anbiya’, bagaimana NABI NUH a.s berdakwah kepada umatnya..? berapa lama Baginda berdakwah..? 950 tahun..!! lama kan..? orang utara kataa, “lama gila”.. hee.. =) betapa bersungguh-sungguhnya Baginda berusaha tapi penghujungnya…….?? ALLAH tak murka pun bila Baginda gagal menarik ramai manusia untuk kembali kepada ALLAH. sebab hidayah tu milik ALLAH.

3.  We want to EARN that A man..!! (nada : macam Aiman Azlan cakap.. hee)

If kita dapat A dalam subjek yang kita menipu time exam tu, dengan bangganya kita tunjuk kat parents kita A yang kita dapat tu. Kononya, itu adalah usaha kita. Jom tanya diri, “usaha aku ke ni”..?? kesalahan pertama, kita menipu ibu bapa kita. Ketahuilah, dengan A yang kita dapat tu lah, kita akan graduate, then dapat kerja hasil “usaha yang tak betul” and lastly, we will earn what we get for ourselves and our FAMILY seacara haram tanpa kita sedar. Jom sama2 kita fikir untuk jangka masa yang panjang.. =) bukan untuk grad semata2, bukan untuk orang cakap kita ni pandai. =)

Siapa kenal Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud? Alaaa.. yg selalu masuk tv tu.. beliau selalu jadi moderator untuk rancangan2 ilmiah di TV1.. beliau pernah pesan kepada saya dan sahabat seperjuangan, “jangan kerana sebuah kebahagiaan, sanggup kita lacurkan sebuah kejujuran..”

Ustaz Mohd Hariri. salah seorang trainer di JAKIM

Pesan saya, pada diriku terutamanya dan juga sahabat2, jangan kerana untuk dapat pointer 3.0 above, sanggup kita gadaikan kejujuran dalam diri kita..” hidup ini adalah pilihan. Pilihlah yang terbaik untuk diri kita sendiri dengan meminta petunjuk dari ALLAH, jalan yang membawa diri ke neraka atau jalan yang membawa diri ke syurga.. Ingin juga ku berpesan lagi kpd diriku dan juga sahabat2, sama2lah kita jadikan solat sunat istikharah itu sebagai amalan yg lazim dalam hidup kita. Jangan bila nak kahwin, baru nak solat istikharah..hehe..

~dari hati yang tulus dan sebenar2nya, sama2lah kita memperingatkan diri kita sendiri, “kalau kita ada rasa nak menipu time exam, tak kisahlah dgn apa cara sekalipun, tolong jangan libatkan orang lain dan tolong JANGAN tarik orang lain untuk sama2 buat salah dan tanggung dosa. Dan tolonglah sama2 kita hormati hak orang lain untuk jawab exam dengan lapang dada dan tenang tanpa sebarang gangguan.” tak nak la kan, nanti ada pulak yang cakap2 belakang seperti :
“kedekut la dia ni. tanya sikit pun tak boleh..”
“Berlagak baik la pulak minah ni..”

Selamat study kpd sahabat2 yang akan mengahadapi apa jua jenis exam. Dan moga2 kita mendapat KEJAYAAN YANG BERKAT.. ^_^

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg
terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya
 seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang
 akan memberi peringatan."

(Al-Imam Hassan al-Basri)"

Ampun maaf dipinta andai entri ini ada membuatkan jiwa dan hati yang terluka. Sesungguhnya, entri ini ditujukan jugak kepada diri ini terutamanya. Segala kelemahan itu adalah dari diri saya, dan segala kelbihan itu adalah dari ALLAH SWT. Wallahu’alam. Wassalam. (panjang la pulak entri kali ni..hee)







No comments:

Post a Comment